suria

Masuk bilik, isteri senyap je... rupa-rupanya fikirkan burger dalam hati, suami terus keluar cari sampai tengah malam – “Bukan pelik tapi unik”

(gambar kiri) Md Nor (kanan) berkongsi kisah mengenai isterinya (kiri). (gambar kanan) Status WhatsApp milik isterinya. foto Facebook Md Nor Izzudin

BENARKAH hati perempuan terutama mereka yang bergelar isteri sukar dibaca?

Seorang suami berkongsi pengalamannya berhadapan dengan situasi di mana isterinya hanya mendiamkan diri, selepas dia pulang ke rumah lewat malam.

"Semalam aku terbalik lewat, dah nak pukul 11 malam macam tu. Cari rezeki ye guys bukan berfoya-foya. Masuk bilik isteri aku, dia senyap je.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami dapat 'baca' taktik isteri asyik nak pinjam duit, sengaja biarkan dompet duit berkepuk - "RM200 macam dapat RM200,000"

ARTIKEL BERKAITAN: Sengaja lupa birthday sebab nak buat prank, bagi hadiah pun kotak je gempak... suami tak sangka isteri menangis - "Dia marah saya sebab lain"

"Aku bercakap pun dia balas sepatah je. Sebab aku dah hidup dengan dia dekat tujuh tahun, aku tahulah kalau dia senyap macam ni mesti ada yang tak kena," tulis seorang pengguna Facebook bernama Md Nor Izzudin.

Md Izzudin atau nama sebenarnya Muhammad Nor Izzudin Hamzah berkata, dia 'mengaku kalah' dan memohon maaf kepada isterinya kerana pulang lewat ke rumah.



Perbualan Md Noor bersama isteri pada malam kejadian.

Suami berusia 31 tahun itu memberitahu insiden tersebut bukan pertama kali berlaku, tetapi cara penyampaian dan pemahaman setiap kejadian adalah berbeza.

"Kadang-kadang memang saya dah siap-siap belikan. Cuma malam tu je dia letak kat status WhatsApp. Kita pula memang kerja update status WhatsApp atas urusan kerja, itu yang terbaca terus ambil kunci untuk beli makanan," katanya kepada mStar.

Lebih mesra disapa Md Nor, dia mendedahkan ketika membuat semakan pada WhatsApp bagi meninjau prospek klien, barulah terlihat status isterinya yang berusia 31 tahun itu.

"Tiba-tiba ternampak status dia... lah lapar rupa-rupanya. Isteri saya ni memang kalau lapar, terus tak ada kudrat nak bercakap. Saya tanya, kenapa tadi tak pesan makanan, bolehla beli.

"Isteri jawab tadi kan Ika (pangggilan nama isteri) ada call, waktu cakap dengan abang tu Ika tengah fikirkan burger kat tempat biasa tu lah dalam hati.

"Ya Allah, dia fikir burger dalam hati guys. Macam mana lah saya nak tahu," katanya yang menetap di Senawang di Seremban, Negeri Sembilan.



Status isteri Md Noor di WhatsApp selepas menerima makanan kegemaran.

Md Nor yang merupakan perunding takaful berkata, dia terus mengambil kunci kereta untuk mencari makanan yang dihajati isterinya itu di kawasan berdekatan.

"Nasib masih ada kedai buka lagi. Sebab esoknya (19 Januari) dah PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) untuk Seremban. Makanan kegemaran isteri adalah burger ayam special kosong tak nak sayur, nak mayonis je.

"Cuma malam tu kedai burger semua dah tutup. Jadi, saya belikan nasi goreng Pattaya yang juga kesukaan isteri. Saya balik semula ke rumah ngam-ngam tengah malam, isteri dapat terus makan," ujar bapa kepada tiga anak itu.

Indah sungguh perkahwinan kalau kita dapat bina kefahaman antara suami dan isteri. Isteri ni bukan pelik, tapi dia unik

MUHAMMAD NOR IZZUDIN HAMZAH

Menurut Md Nor, wajah isterinya yang bertugas sebagai doktor itu berubah sebaik menerima makanan kesukaan pada tengah malam.

"Terus tersenyum-senyum, siap menyanyi sambil makan tengok Netflix. Lepas makan, mood isteri dah baik, dia sendiri minta maaf sebab bermasam muka," katanya yang menyifatkan isterinya sebagai seorang yang ceria dan happy go lucky.



Md Nor (belakang, kiri) bersama isteri dan anak-anak.

Walaupun kelakuan isterinya mungkin dianggap pelik atau mengada-ngada, tetapi kata Md Nor, isterinya sebenarnya sanggup bersusah dengannya sejak bertahun-tahun.

"Dalam pelik-pelik inilah, dia sanggup berhujan dengan saya atas motor dulu waktu baru kahwin, berjimat dengan saya waktu baru nak mula hidup.

"Indah sungguh perkahwinan kalau kita dapat bina kefahaman antara suami dan isteri. Isteri ni bukan pelik, tapi dia unik.

"Nak tak nak sebagai suami, kena cuba sedaya-upaya memahami sebaik mungkin isteri kita. Isteri pun sama perlu kenal suami sebaik-baiknya," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain