JODOH, pertemuan, ajal dan maut itu adalah ketentuan Tuhan. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang, tetapi Dia yang menentukan. Begitulah juga seorang doktor, mereka hanya mampu berusaha untuk merawat pesakit dengan harapan diberikan kesembuhan dan kembali sihat. ARTIKEL BERKAITAN: "Kami dituduh pembunuh" - Doktor kongsi tak mudah berdepan saat kematian, sampai satu tahap perlu patuh pada ketentuan ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terbaring nafasnya laju, doktor dapat rasakan 'sesuatu' sebaik melangkah masuk rumah pesakit... selalu berselisih bahu tugas malaikat maut - "Aku bukan bomoh atau ustaz" Seorang doktor berasa sebak berkongsi kisah beliau yang menyaksikan 'drama air mata' antara seorang pesakit dan isterinya di hospital. Seorang pesakit disambungkan pada alat bantuan pernafasan. foto facebook Ahmad Samhan "Baru saja aku terangkan kepada isteri pesakit. Pesakit perlu diberi bantuan pernafasan kerana keadaan semakin kritikal. "Dia mengangguk faham dan bersetuju. Tapi mata sudah berkaca. Aku beri ruang padanya untuk berjumpa suami sebelum diintubasi," tulis Dr Ahmad Samhan Awang di Facebook. Sambil memeluk tubuh suaminya, wanita itu berulang kali berkata sesuatu kepada suaminya yang terlantar di katil. "Maafkan Ida bang, maafkan Ida bang. Halal makan minum Ida bang. Tangan suaminya mengusap lembut kepala isteri. Abang redakan Ida," kata Dr Ahmad Samhan mengimbas kembali perbualan suami isteri itu. Dr Ahmad Samhan Awang. Menurut Dr Ahmad Samhan, sudah jadi kebiasaan mereka akan memberi penerangan dan mendapat persetujuan daripada pesakit dan waris sebelum melakukan intubasi. Jelas doktor berusia 35 tahun itu, pesakit akan diberi ubat tidur dan dimasukkan tiub yang disambungkan pada alat bantuan pernafasan (ventilator). "Setelah diintubasi, mereka akan dipantau di ICU (unit rawatan rapi). Jika keadaan pesakit semakin baik, maka tiub tersebut akan dicabut. "Tetapi jika keadaan semakin kritikal, pesakit takkan sedarkan diri dan terus pergi tanpa dapat berbicara lagi," ujar beliau yang berpengalaman bertugas di Jabatan Kecemasan dan Trauma di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Perkongsian Dr Ahmad Samhan di Facebook. Memantau keadaan, Dr Ahmad Samhan yang berada dari kepala katil dapat melihat pergerakan dada pesakit selain nafasnya yang tercunga-cungap. "Turun naik dada pesakit. Mulutnya tercungap-cungap untuk memastikan lebih banyak oksigen memasuki paru-paru. Encik A, kami akan masukkan ubat tidur ya. Dia mengganguk. Yang pasti kita semua akan mati. Yang paling kaya pun mati. Yang paling miskin pun mati. Yang sihat mati, yang sakit apatah lagi DR AHMAD SAMHAN AWANG "Ikut saya mengucap, Lailahaillah muhammadurrasullah. Terkumat-kamit mulutnya mengikuti," kata beliau yang memimpin pesakit itu untuk mengucap dua kalimah syahadah.Walau bagaimanapun, Dr Ahmad Samhan berkata, setiap manusia tidak akan tahu bagaimana pengakhiran yang bakal dihadapi ketika ajal datang menjemput. Dr Ahmad Samhan bercerita tentang kematian. "Kita tidak pasti bagaimana pengakhiran yang bakal kita hadapi. Ada orang berakhir di atas jalan raya. Ada orang berakhir lemas dalam air. Ada orang berakhir terlantar di atas katil. "Yang pasti kita semua akan mati. Yang paling kaya pun mati. Yang paling miskin pun mati. Yang sihat mati, yang sakit apatah lagi. "Kita cuma perlu doa, moga dipermudahkan saat-saat roh kita terpisah dari tubuh. Dapat lafaz kalimah syahadah dengan baik dan diampunkan segala dosa sebelum diambilnya nyawa kita... dan berharap kita tidak menyusahkan sesiapa dan tidak tinggalkan beban pada mereka yang masih hidup," kata beliau. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!