HARI pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 13 Januari lalu, Instafamous, Hafiz Mahamad menerima khabar duka apabila dia disahkan positif Covid-19. Hanya beberapa hari selepas usahawan itu selesai menjalani tempoh kuarantin di rumah selama 10 hari, Hafiz membuat kejutan pada Selasa dengan menanggung kos ujian swab (swab test) Covid-19 melibatkan seramai 100 penghantar makanan termasuk orang awam. Hafiz atau nama sebenarnya Abdul Hafiz Harisuddin Mahamad berkata, dia terdetik hati untuk berbuat demikian selepas bertemu dengan seorang penjual mangga di persimpangan lampu isyarat di Sepang, Selangor pada minggu lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Khabar duka hari pertama PKP 2.0, Instafamous dapat tahu positif Covid-19 jam 1 pagi - "Sedih dengar suara anak, isteri dari tingkat bawah" ARTIKEL BERKAITAN: Mahu sambut anniversary naik belon udara, Instafamous sanggup kecewakan isteri, tidur asing - "Kejutan ni tak bersifat kebendaan, hanya hadiahkan gelang benang" Usahawan itu memberitahu, ketika itu dia baru saja mendapat surat pelepasan di Klinik Kesihatan Salak yang memaklumkan dirinya telah selesai menjalani kuarantin dan disahkan negatif Covid-19. "Hanya kira-kira 500 meter dari klinik, kereta saya berhenti di lampu isyarat dan ada seorang abang ni jual mangga. Sempat tegur dan beli manggga daripada abang tu. "Kasihan tengok dan tanya kesihatan dia sebab musim Covid-19 sekarang. Abang tu jawab tak tahu dia okay ke tak sebab nak buat swab test kena perah tenaga... saya faham apa yang abang tu cuba katakan sebab nak buat swab test bukannya murah," katanya kepada mStar. Hafiz (hadapan) bersama sekumpulan penghantar makanan. foto ihsan Hafiz Mahamad Hafiz yang berusia 27 tahun berkata, pengalamannya menjadi pesakit Covid-19 membuatkan dia dapat menyelami keadaan peniaga itu yang mencari rezeki demi menyara sekeluarga. "Saya pernah positif Covid-19 dan saya akui mental saya terganggu, rasa sangat stres. Tapi hati saya lebih tenang apabila memikirkan keselamatan keluarga. "Begitu juga segelintir rider, antara mereka takut-takut untuk buat swab test. Kebaikannya kalau mereka positif Covid-19, mereka dapat membuat persiapan dan melindungi keluarga mereka daripada dijangkiti. "Kalau positif, mereka juga kena kuarantin dan siapa nak sara keluarga mereka. Dalam keadaan Covid-19 sekarang, sudah tentu kesihatan keluarga diutamakan," ujarnya. Hafiz merupakan bekas pesakit Covid-19. Sehubungan itu katanya, dengan kerjasama sebuah klinik di Bangi, dia menanggung kos ujian swab kepada penghantar makanan yang terdedah dengan risiko wabak itu. "Bukan setakat rider, tapi juga peniaga-peniaga kecil dan orang awam. Ada yang mengadu mereka dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada individu yang positif Covid-19. Bila buat swab test, mereka boleh ambil langkah berjaga-jaga sama ada di luar dan di rumah. HAFIZ MAHAMAD "Tapi ada yang terpaksa duduk di rumah dulu sebab tak ada duit nak buat swab test. Pada masa sama, mereka juga terdesak nak tahu apakah status kesihatan mereka," katanya. Tambah bapa kepada seorang cahaya mata perempuan itu, mereka yang dibantu untuk menjalani ujian swab adalah sekumpulan penghantar makanan yang ditemuinya dua hari lalu, termasuk individu perseorangan yang menghantar mesej di laman sosial. Hafiz (hadapan, baju hitam) bersama sebahagian penghantar makanan yang menjalani ujian swab Covid-19. foto ihsan Hafiz Mahamad Menurut Hafiz, dia berusaha untuk membantu mempermudahkan urusan mereka dan diharapkan keputusan ujian masing-masing adalah negatif sekali gus membolehkan mereka mencari rezeki seperti biasa. "Saya faham mereka kena cari rezeki di luar dan terdedah dengan orang ramai. Bila buat swab test, mereka boleh ambil langkah berjaga-jaga sama ada di luar dan di rumah. "Dalam keadaan sekarang, adalah digalakkan untuk kita bantu antara sama lain. Saya rasa tenang bila tengok mereka gembira. "Sama juga gembiranya abang jual mangga hari tu dan adik jual mangga hari ni dekat klinik, saya borong semua mangga dan sumbangkan kepada orang awam," katanya. View this post on Instagram A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad) Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!