KERENAH dan ragam anak-anak dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini memang sangat luar biasa dan sukar untuk dijangka. Seperti yang kita sedia maklum, anak adalah anugerah yang sangat bernilai kepada pasangan suami isteri dan tidak dinafikan segala permintaan mereka sentiasa dipenuhi. Begitulah kisah si bapa yang berusia 32 tahun ini apabila dia berusaha sedaya upaya untuk memenuhi permintaan anaknya yang digelar Bambam walaupun berasa ia sesuatu yang mustahil untuk dilakukan lebih-lebih ketika ramai sedang dibuai mimpi. ARTIKEL BERKAITAN: Aksi anak panjat dinding, tiang rumah... ada kata berpotensi bergelar pendaki - “Baru hampir setahun tak ke sekolah, kalau lagi lama tak tahu jadi apa” ARTIKEL BERKAITAN: ‘Padah’ tak dengar kata! Bapa kongsi detik lucu 'insiden’ kereta terpacak di kepala anak, ada drama selepas kejadian - “Sempat la rekod sebelum tolong dia” “Bambam buat hal lagi... kalau tengah malam minta nasi goreng ikan bilis itu perkara biasa, tetapi lain macam pula perangai kali ini. Boleh pula awak kejut ayah nak ajak main layang-layang, ” tulisnya di laman Facebook miliknya. Ketika dihubungi mStar, Shahrul Ridzuan Abu Hassan yang menetap di Banting, Selangor berkata anaknya, Muhammad Asy-Syakirin yang berusia tiga tahun memang banyak sangat gelagat dan semuanya dilakukan secara spontan. Si bapa itu memberitahu bahawa sebenarnya dia langsung tidak jangka perkongsiannya itu akan tular dan mendapat banyak komen dalam kalangan ibu bapa biarpun yang positif atau negatif. Tular perkongsian Shahrul di laman Facebook mengenai kisah gelagat anaknya. Sehingga kini perkongsian di laman Facebook itu mendapat 12,000 tanda suka dan rata-rata ramai yang terhibur. “Saya pun pelik kadang-kadang anak saya ini memang banyak kerenah dan ada masa sangat melucukan. Apa yang dia buat semuanya tak tahu dia belajar dari mana atau entah ikut siapa, memang spontan. “Perkongsian itu biasa sahaja, kenangan untuk saya anak beranak tetapi kalau ada yang terhibur tu baguslah.. kalau yang tak berapa suka sebab ingat saya terlalu manjakan anak, mereka salah, ” ujarnya. Saya sebenarnya bukan apa nak gembirakan hati dia sahaja. SHAHRUL Jurutera teknikal ini mengakui kerap tiada di rumah kerana bekerja di luar kawasan (outstation) dan terasa sedih jika tidak dapat melayan permintaan anaknya. Bercerita lanjut mengenai insiden lucu bersama anaknya yang tular di laman Facebook, Shahrul berkata ketika dia nyenyak tidur Bambam mengejutkannya pada Khamis lalu, kira-kira dalam pukul 3 pagi. “Saya mula agak terkejut dia gerak pukul 3 pagi dan masa tu saya ingat dia mengigau tetapi bila tengok muka, senyuman dia nampak cergas semacam ja. Shahrul bersama isterinya, Nur Asyikin dan dua orang cahaya mata Muhammad Asy-Syakirin, 3 dan Nur Asy-Syifa Husna yang kini berusia tujuh bulan. “Selalunya dia akan bangun kalau nak susu atau lapar sahaja tetapi lain pula jadinya kali ini, boleh pula ajak saya main layang-layang. “Saya masa tu buntu tak tahu nak buat apa, saya kejutkan isteri dan tanya nak buat macam mana. Kalau tunggu esok pun bukan boleh main kat luar dan sebagainya. Saya pun bangun solat sunat dua rakaat. Lepas sahaja bagi salam saya nampak kerusi. Masa tu datang idea, ” ujarnya. Kemudian, Shahrul bersama isterinya iaitu Nur Asyikin Abdul Khak Salim, 32 terus bangun ke ruang tamu, menutup kipas siling, seterusnya mengambil kipas kecil dan layang-layang untuk melayan anak sulung mereka itu. Shahrul sentiasa melayan kerenah anaknya dan menganggap gembira anaknya itu satu kebahagian besar baginya. “Dapat sahaja idea guna kipas untuk main layang-layang tu, saya terus ajak isteri ke ruang tamu untuk bermain dengannya. “Yang terkejut, dia boleh buat tanda ‘peace’ padahal isteri saya tak cakap pun nak ambil gambar atau apa. “Saya sebenarnya bukan apa nak gembirakan hati dia sahaja. Saya tegas cuma takut apa-apa terjadi kalau tak sempat penuhi permintaan dia. Selagi saya mampu buat, apa salahnya, ” katanya. Dalam pada itu, Shahrul juga berkongsi bersama mStar bahawa sebelum ini anaknya itu pernah tular kira-kira tiga minggu lepas apabila dia menggantikan ikan laga Shahrul dengan ikan bilis. “Sejujurnya saya gembira tengok perkembangan dia membesar. Dia pernah tukar ikan laga saya dengan ikan bilis dan dia ambil ikan laga saya letak dalam kolam yang agak besar depan rumah sebab dia cakap mimpi ikan laga nak hidup bebas, ” ujarnya sambil ketawa. Pada Disember lalu, pernah tular kisah si bambam ini menggantikan ikan laga ayahnya dengan ikan bilis. Biarpun ramai netizen yang memuji tindakan si bapa ini tetapi ada juga yang meninggalkan komen negatif dengan berkata Shahrul terlalu manjakan anak. “Saya terima semua komen itu dengan hati yang terbuka. Biasalah ada yang boleh terima tindakan saya, ada yang tak. “Sebenarnya anak saya ini dulu dia kerap sangat sakit, tiga bulan sekali masuk hospital sampai kena duduk di wad seminggu dua tetapi alhamdulillah sekarang dah sihat banyak sebab itu saya nak dia ceria selalu, ” jelasnya. Shahrul mendirikan rumah tangga bersama Nur Asyikin pada tahun 2016 dan selain Bambam, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan Nur Asy-Syifa Husna yang baru berusia tujuh bulan. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!