suria

Layan perasaan fikir masa depan... calon SPM ‘jatuh terduduk’, bukan ditolak tapi tiba-tiba tali buaian putus! - “Masa tu tengah feeling-feeling”

Paparan skrin rakaman CCTV yang dikongsi pelajar itu.

RASA tenang dalam diri pelajar ini ketika sedang 'melayan perasaan' bertukar lucu apabila tali buaian yang didudukinya terputus.

Malah, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu turut dikongsi di aplikasi TikTok sehingga ia menjadi bahan jenaka netizen yang lain.

Dalam rakaman itu, Kamarul Haikal Kamarul Azman, 18, terjatuh ke atas lantai di halaman rumahnya apabila tali buaian berkenaan yang sudah reput terputus secara tiba-tiba.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara kertas catatan basah akibat hujan, calon SPM create nota guna iPhone 7... berbaloi walau sekali hadap 2 jam!

ARTIKEL BERKAITAN: Lepak homestay sambut Tahun Baharu, geng calon SPM tak sangka foto solat jemaah jadi perhatian... nak cipta kenangan dapat sekali kecaman!

"Ia berlaku dua minggu lepas. Ikatan buaian tu tak kuat. Saya tahu tali tengah reput, tapi ia tebal... memang tak sangka akan putus. Saya masa tu tengah feeling-feeling, layan perasaan.

"Kebetulan baru habis main badminton. Biasalah, saya calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), masa tu tengah fikir nak study apa, exam tak lama lagi.

Kamarul berkongsi rakaman CCTV kejadian lucu itu menerusi aplikasi TikTok miliknya.

"Saya fikir ada orang tolak, bila jatuh tu saya macam tercari-cari. Lepas tu baru saya check CCTV.

"Agak sakit juga masa mula-mula jatuh, tapi tak teruk sangat," ujarnya yang menetap di Shah Alam, Selangor.

Mesra disapa Kamarul, dia berkata bapanya pada mulanya tidak percaya buaian itu terputus dengan sendiri.

Pesanan saya kepada calon SPM yang lain, teruskan study. Jangan putus asa.

KAMARUL

Bagi membuktikan apa yang berlaku, dia turut menunjukkan rakaman CCTV berkenaan kepada bapanya sebelum ia dikongsi menerusi TikTok.

"Ayah tak percaya macam mana ia boleh putus. Dia fikir saya main ganas. Jadi saya tunjuk CCTV pada dia.

"Buaian tu pun dah agak lama, dalam dua tahun dah rasanya. Jadi saya sekadar suka-suka kongsi di TikTok.

Tali buaian itu terputus, menyebabkan Kamarul terjatuh ke atas lantai.

"Sebab jarang tengok buaian putus. Ramai yang terhibur, komen negatif tak ada lagi setakat ini.

"Saya pun tak aktif sangat main TikTok sebab nak SPM tak lama lagi. Memang tak expect ramai juga akan tonton video tu," ujarnya lagi.

Bercerita mengenai dirinya, Kamarul berkata dia sedikit risau memandangkan sesi persekolahan sejak tahun lalu dijalankan dalam kaedah luar daripada kebiasaan.

"Agak risau. Bukan sebab tak study, tapi takut keputusan dapat tak seperti yang dijangka.

KPM meminda tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke 22 Februari 2021.

"Sebab selama ini kita study online dan study sendiri. Macam sekarang pun, agak takut nak pergi sekolah.

"Risau jika ada jangkitan Covid-19. Pesanan saya kepada calon SPM yang lain, teruskan study.

"Jangan putus asa, gunakan masa yang ada untuk study. Masih ada masa lagi, last minute pun OK," ujarnya.

Untuk rekod, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meminda tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke 22 Februari 2021.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain