RAGAM pelanggan menjadi antara cabaran utama buat setiap peniaga. Ada pelanggan yang cerewet, mengada-ngada, ada pula yang baik hati dan cukup memahami kesusahan para peniaga. Terbaharu, lain pula ceritanya apabila rungutan seorang pelanggan menjadi tular di laman Facebook dan Twitter. ARTIKEL BERKAITAN: Murahnya harga sebiji telur! Pasangan peniaga suami isteri ini tak mahu fikir rugi, yang penting 2,000 papan telur licin tak sampai sejam ARTIKEL BERKAITAN: Order ‘kencang’ dari pagi sampai malam... video sayu peniaga dikompaun selepas jual 5 botol air terima 1.3 juta tontonan! Menurut individu yang tidak dikenali itu, dia memohon mereka yang tidak pandai memasak agar tidak menceburkan diri dalam perniagaan berasaskan makanan. "Siapa yang tak pandai masak, tolonglah jangan berniaga. Stress betul la, beli-beli tak sedap. "Bukan tak bersyukur, tapi kalau dah tak reti masak tu, tak payah berniaga boleh tak?" soal individu itu. Rungutan seorang individu mengenai kualiti rasa makanan yang dibeli tular di media sosial. Tambahnya lagi, dia berhak berkata demikian memandangkan makanan tersebut dibeli menggunakan wang miliknya sendiri. "Ingat orang beli guna daun ke? Kalau tak reti masak, belajarlah. Ni dah tahu tak sedap, masih nak jual. "Time awak masak, awak tak try ke benda tu sedap atau tak?" soalnya lagi. Para peniaga dinasihatkan agar menjaga kualiti makanan sebelum dijual kepada pelanggan. -Gambar hiasan Dikongsi di Facebook, paparan skrin kenyataan lelaki itu ditularkan pula ke laman Twitter sehingga menerima lebih 5,600 ulang kicau (Retweet). Jika disoroti ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan pendapat dan bersetuju dengan kenyataan tersebut. Kalau tak reti masak, belajarlah. Ni dah tahu tak sedap, masih nak jual. PELANGGAN Tambah netizen lagi, tak semua individu memiliki kebolehan untuk memasak dalam skala besar, khususnya untuk dijadikan sebagai bahan jualan. Malah, ada dalam kalangan peniaga sendiri yang turut bersetuju degan kenyataan itu. "Betul tu! Dulu sebelum saya mula niaga pun saya test banyak kali sampai kena kat tekak baru jual. Kesianlah kat pembeli kan kalau dapat yang tak sedap. Selain netizen, ada golongan peniaga makanan yang turut bersetuju dengan pendapat itu. "Betul. Tekak nak makan laksa, bila dapat rasa macam makan cuka je. Kurang sedap tak apa, jangan sampai hilang rasa makanan tu. "Yang paling sedih bulan puasa, mak ayah kumpul duit nak beli makanan kesukaan anak-anak, last-last dapat yang entah apa-apa. "Yang aku pelik tu, keluarga dia tak rasa dulu ke makanan tu sebelum jual?" soal beberapa netizen di Twitter. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!