suria

Gempar ular melingkar dalam rim kereta... apa King Cobra buat tengah bandar? - “Kalau kemalangan boleh bantu, main dengan ular saya seram”

9kiri) Ular terbelit dalam rim kereta. (kanan) Usaha Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengeluarkan ular.

LINGKARAN ular pada rim sebuah kereta jenis Proton Wira di tengah-tengah bandar ternyata mengejutkan ramai.

Begitulah yang dialami seorang pemuda yang berusia 28 tahun ini apabila dia melihat orang ramai yang berkumpul mengelilingi sebuah kereta di Bandar Machang, Kelantan pada Khamis lalu sekitar pukul 3 petang.

"Uishh! besar betul ular ni... Kejadian di hadapan bank Machang," tulisnya di kapsyen TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: "Ingatkan tali apa melenggok-lenggok depan cermin" - Ustaz Kazim cemas ular ‘tumpang’ kereta, netizen kait unsur mistik.

ARTIKEL BERKAITAN: Trauma ular 'lepak' ruang tamu rumah, tak mudah wanita ini nak buka cerita... kini baru ada kekuatan kongsi detik cemas anak dipatuk

Video pendek tersebut tular di aplikasi tersebut sehingga mendapat 30,000 likes dan 900 komen.



Kawasan bandar Machang, Kelantan. foto Kelantan

Ketika dihubungi mStar, pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Akim berkata kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan dari tempat kerja untuk ke bank di kawasan Machang.

Tambahnya, oleh kerana terlalu ramai berkumpul di situ, dia tergerak hati untuk berhenti dan melihat apa sebenarnya berlaku.

“Mulanya saya ingat ada orang kena langgar, mungkin kemalangan.



Akim menyaksikan kejadian seekor ular terbelit dalam rim tayar sebuah kereta.

"Bila saya sampai di kereta tu, baru saya nampak ada ular tedung selar atau King Cobra terselit di dalam rim kereta.

"Terkejut juga saya fikir macam mana dia boleh masuk ke dalam rim sampai terselit di situ.

"Tak tahu siapa pemandu kereta tersebut, kalau saya lama di situ pun tahu tak mampu nak bantu atau tidak sebab main dengan ular ni saya seram," ujarnya.



Tangkapan skrin video Akim di TikTok yang menjadi tular.

Akim yang juga penjawat awam berkata, besar kemungkinan ular tersebut 'mengekori' pemandu kereta itu, bermula dari rumahnya atau laluan yang digunakan sebelum tiba di tempat kejadian di deretan rumah kedai.

Kata Akim, tidak beberapa lama kemudian pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) tiba membantu selepas dihubungi orang awam di situ.

Terkejut juga saya fikir macam mana dia boleh masuk ke dalam rim sampai terselit di situ

AKIM

"Apa yang saya nampak pihak bertanggungjawab itu memang usaha sebaik mungkin nak keluarkan ular tersebut daripada rim kereta.

"Memang terbaiklah mereka jalankan tugas. Terima kasih banyak-banyak. Kalau tak ada mereka tak tahulah apa jadi," ujarnya.



Akim menasihatkan orang ramai lebih berhati-hati dengan memeriksa kenderaan.

Dalam pada itu, Akim berkata ular itu masih hidup ketika berjaya dikeluarkan tetapi dalam keadaan lemah dengan badannya penuh dengan luka.

Akim yang menetap di Kok Lanas, Kelantan berharap orang ramai akan mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku supaya lebih berhati-hati apatah lagi semasa musim tengkujuh.

Sebelum ingin menaiki kenderaan dan memulakan perjalanan ada baiknya kita mengambil langkah berjaga-jaga dengan periksa dahulu kenderaan.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
king cobra, ular, rim kereta, TikTok, APM,

Artikel Lain