"MACAM ini ke sahsiah seorang doktor?" Demikian kapsyen seorang pemandu kenderaan pada perkongsiannya di Twitter, yang meluahkan rasa geram dengan tindakan biadab seorang pemandu wanita dipercayai doktor. Video daripada rakaman papan pemuka (dashcam) kereta yang dimuat naik di akaun @Fadzmin berdurasi lebih dua minit itu memaparkan kereta yang dipandu pemuda itu hampir sahaja bertembung dengan kereta yang dipandu 'doktor' berkenaan, selepas wanita tersebut membuat pusingan U secara melulu. ARTIKEL BERKAITAN: “Tak tahu apa masalah dia” - Suami bertumbuk di plaza tol, isteri dedah kisah awal insiden... akhirnya 2 pemandu naik mahkamah ARTIKEL BERKAITAN: Isteri pemuda belasah doktor lega... sikap sebenar suami, mentua terbongkar - “Terjawab semua, berbalas segalanya” Menerusi video itu, pemuda berkenaan sedang memandu di jalan lurus, sebelum secara tiba-tiba muncul sebuah kereta sedan yang membuat pusingan U di sebelah kanan dan hampir memasuki laluannya. Pemuda berkenaan kemudian membunyikan hon sebagai tanda tidak berpuas hati, namun tindakan tersebut mengundang rasa bengang pemandu wanita berkenaan lantas mengeluarkan kata-kata makian. Menerusi satu video berasingan yang dirakam penumpang keretanya, pemandu kereta sedan yang merupakan seorang wanita pertengahan umur itu mengamuk dan mengeluarkan kata-kata kesat ketika mereka berhenti di lampu isyarat. Dalam riak wajah marah, pemandu wanita berkenaan mendoakan agar pemuda berkenaan dijangkiti wabak Covid-19. Posting yang dimuat naik oleh seorang pemuda mengenai insiden di mana dia hampir bertembung dengan sebuah kereta dipandu seorang wanita dipercayai doktor. Situasi tegang itu berlangsung selama hampir seminit sebelum kedua-duanya mula bergerak selepas lampu isyarat bertukar hjau. Menurut pemuda tersebut, dia kesal kerana pemandu wanita berkenaan bukan sahaja melakukan pusingan U secara berbahaya malah melakukan provokasi melampau. "Wajar ke seorang doktor doakan orang kena Covid? Dah la u-turn macam tu, puk**** kan orang. "So ramai yang tanya aku macam mana tahu yang dia tu doktor? Aku tahu sebab dia tunjuk dia punya stethoscope sambil cakap 'kau nampak ni? Aku doakan korang kena Covid'. Konon nak bagitahu yang dia tu terpaling doktor," tulisnya. Tambahnya lagi, tindakan dia membunyikan hon adalah kerana pemandu wanita berkenaan hampir sahaja memasuki laluannya. Wajar ke seorang doktor doakan orang kena Covid? Dah la u-turn macam tu, puk**** kan orang. PEMANDU "Pasal yang kata aku laju, please bandingkan speed kereta aku dengan kereta lain yang bergerak. Kereta depan aku lebih laju kalau nak banding dengan aku. "Korang nampak laju sebab kereta tepi jalan tu semua parking dan tak bergerak, jadi vision kamera nampak macam kereta aku laju," ujarnya. Kejadian dipercayai berlaku berdekatan kawasan sebuah hospital di Serdang. Difahamkan, insiden pertengkaran itu berpunca akibat kekeliruan sistem lampu jalan raya berdekatan kawasan kejadian. Video yang kini meraih sehingga hampir 16,000 retweet itu mengundang reaksi yang pelbagai daripada netizen. Ada yang mengaitkan berkemungkinan pemandu wanita berkenaan sedang tertekan dengan tugasan sebagai frontliners. Kereta yang dipandu oleh pemandu wanita (dalam bulatan) yang sedang melakukan pusingan U. Malah ada di antara mereka turut membuat pautan akaun Twitter KKM agar mengambil perhatian terhadap insiden berkenaan. "Wanita tu boleh saja pandu macam biasa lepas kena hon tapi i, tulah tetap jugak nak pergi hon kereta orang ni tetiba nak serang lepas tu nak mencarut bagai," komen seorang pelayar. "Kena pergi belajar stress management la. Takkan la benda dari stress dekat tempat kerja, kena bawa sampai keluar?" komen pelayar lain pula. "Bagi aku la, atas jalan ni kena peka, tak kisahlah kau betul atau salah tapi demi kebaikan nyawa korang. Dia macam sesuatu kita boleh tolak ansur walau dua-dua lampu hijau," komen netizen yang lain pula. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!