HASRAT dua rakan bersiar-siar sambil menikmati panorama kampus bertukar menjadi kejadian lucu apabila motosikal dinaiki mereka jatuh akibat tergelincir di kawasan berlumpur. Malah, video yang dirakam secara tidak sengaja sewaktu kejadian itu turut menjadi tular sehingga menerima lebih 300,000 tontonan di TikTok. Bercerita kepada mStar, Siti Hajar Mhd Azhar, 23, mendedahkan peristiwa itu berlaku sekitar setahun yang lalu di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah. ARTIKEL BERKAITAN: Saksi jatuh bangun bisnes, motosikal baharu tanda anak balas pengorbanan bapa ARTIKEL BERKAITAN: Nak pergi kerja, motosikal Y15 lesap! Lelaki ini lega tracker beri petunjuk tepat "Itu sebenarnya video lama. Tapi sekarang kami belajar secara dalam talian, tiba-tiba rasa rindu pada kampus. Jadi saya kongsikan video itu. "Sewaktu kejadian, saya bersama kawan iaitu Alya menaiki motor untuk mebuat rakaman suasana kampus. Video itu sebahagian tugasan kami bagi subjek bahasa Inggeris. "Saya yang bawa motor, Alya di belakang dan rakam video. Tiba-tiba motor tergelincir di kawasan lumpur, kebetulan tayar motor saya dah botak, haus," ujarnya berseloroh. Kawasan berlumpur berhampiran tasik yang dilalui dua gadis itu. Mesra disapa Hajar, penuntut bidang Pengurusan Teknologi yang menetap di Jitra itu berkata, rasa takut ketika kemalangan itu tidak begitu dirasai memandangkan dia dan rakannya asyik ketawa tak berhenti. Malah katanya, susulan kejadian itu mereka terpaksa pulang ke bilik untuk membersihkan diri. "Kejadian tu berlaku di tempat orang berkayak, kebetulan baru lepas hujan. Kami pun tak cedera, cuma saya bimbang kawan terkena ekzos. "Bila malu menguasai, saya pun tak rasa sakit. Cuma kami cepat-cepat angkat motor. Lebih kepada rasa kelakar, motor pun tak rosak. Pengalaman jatuh motor dah banyak kali, terutamanya dengan motor ini. HAJAR "Balik bilik, kami terus gelak-gelak. Kemudian baru teringat kawan saya ada rakam video. "Kiranya hari tu kami pun tak sempat nak berkayak di tasik, kami berkayak dalam lumpur, balik dengan malu je," ujarnya lagi. Tambah Hajar lagi, kejadian seumpama itu juga bukanlah pertama kali dialaminya. Hajar (kanan) dan Alya (kiri) tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan itu. "Pengalaman jatuh motor dah banyak kali, terutamanya dengan motor ini. "Sebelum ni saya pernah jatuh sampai patah cermin sisi, jatuh sebab tak lepas nak pusing dan macam-macam lagi. Tapi tak pernah cedera parah," ujarnya. Dalam pada itu, Hajar akui cukup rindu untuk kembali ke kampus dan menjalani pengajian secara normal seperti dulu, sebelum kehadiran Covid-19. Hajar dan Alya menaiki motor untuk membuat rakaman persekitaran kampus bagi satu tugasan subjek bahasa Inggeris. "Kini dah setahun pengalaman lalui pembelajaran dalam talian. Mula-mula susah, lama-lama dah terbiasa. "Saya cuma harapkan pandemik berakhir segera, boleh balik kampus dan lalui kehidupan sebagai pelajar. "Belajar secara bersemuka lebih seronok," kata Hajar lagi. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!