suria

Hebat di gelanggang, dekat di hati orang kampung! Bantu pelajar kurang berkemampuan di Bukit Mertajam, Chong Wei disifatkan pemurah, baik hati

Lee Chong Wei mendapat pujian netizen kerana bermurah hati menyumbangkan 50 tablet untuk pelajar kurang berkemampuan.

"HEBAT di gelanggang, hebat di lapangan!"

Demikian antara komen yang dilontarkan netizen terhadap jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Chong Wei membuktikan bahawa dia bukan sahaja jaguh di gelanggang, namun menjadi wira di hati 'orang kampungnya' sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: LCW imbau open house Aidilfitri, main mercun ketika kanak-kanak... ada sesuatu berlaku dengan pemain Indonesia – “Kita restart kosong-kosong pak”

Legenda badminton itu itu bakal menyumbangkan 50 buah tablet untuk kegunaan pelajar-pelajar kurang berkemampuan di kawasan berkenaan, memandangkan ramai daripada mereka tidak mempunyai gajet untuk mengikuti pembelajaran secara dalam talian (online) pada masa kini.

Hasrat berkenaan disuarakan kepada Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong, yang kemudian berkongsi berita gembira itu di laman Facebooknya.

"Wira kita datang menyelamat! Semalam Chong Wei call saya setelah mendapat tahu tentang program Asal Cek Mau Pi Sekolah. Kami sempat berbual-bual tentang keluarga masing-masing, kesihatan dan sektor sukan negara.

"Sukacita saya memaklumkan Chong Wei sihat bersama keluarganya. Berita baik daripada Wira kesayangan kita, Chong Wei akan taja 50 buah tablet Samsung Tab A8 untuk program Asal Cek Mau Pi Sekolah!



Perkongsian YB Sim di Facebook mengenai hasrat Chong Wei yang mahu menyumbangkan 50 tablet untuk kegunaan pelajar kurang berkemampuan.

"Terima kasih yang amat sangat. Anda memang wira di dalam dan di luar gelanggang. Kam siah! (terima kasih) Sedih tak dapat beraya bersama Chong Wei tahun ini. Apa-apapun, take care bro," demikian perkongsian Sim pada posting di Facebook pada Jumaat.

Difahamkan, tablet tersebut berkemungkinan diterima selepas perayaan Tahun Baru Cina dan akan dihantar kepada Ahli Parlimen berkenaan untuk diedarkan.

Program Asal Cek Mau Pi Sekolah dilancarkan pada 24 Januari lalu bertujuan menyampaikan bantuan Covid-19 di kawasan parlimen Bukit Mertajam, yang lebih khusus dalam sektor pendidikan.

Selain sumbangan komputer riba percuma, program tersebut juga melibatkan perkhidmatan cetak kerja rumah percuma; kelas bimbingan dalam talian percuma; tambah nilai data internet dan program anak angkat Ahli Parlimen Bukit Mertajam.



Inisiatif yang dilakukan YB Sim dan Chong Wei mendapat pujian netizen.

Sementara itu menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kemurahan hati jaguh badminton berkenaan, selain turut mengucapkan terima kasih kerana tidak melupakan golongan kurang berkemampuan.

"Datuk Lee Chong sememangnya seorang yang pemurah dan selalu menyumbang semula kepada masyarakat. Terima kasih kerana selalu mengingati mereka yang kurang berkemampuan, terutama dalam keadaan sekarang," komen Sally Koay.

"Ikon Bukit Mertajam, terbaik Datuk," komen Shahril Sudin.

"Terbaik Datuk, anda antara yang baik hati dan pemurah," komen Mohd Syamie.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain