UMUM sedia maklum semua restoran dan gerai makan hanya dibenarkan beroperasi untuk perkhidmatan bawa pulang atau pandu lalu sahaja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketika semua orang patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) ini, tular satu video di TikTok menunjukkan seorang pemuda sedang menikmati hidangan lengkap makanan yang dihidangkan oleh peniaga di dalam keretanya. Sehingga kini perkongsian itu meraih 61,000 likes dan hampir 2,000 komen dengan pelbagai reaksi diberikan netizen. ARTIKEL BERKAITAN: Imbas insiden sebelum PKP, 'kaki' lepak kedai mamak nyaris dikompaun RM1,000... baru 10 minit daftar polis buat spot check – “Dua jam duduk, tiba-tiba rasa ada tak kena” ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 10,000 followers saksi influencer dihalau ketika buat reviu di restoran popular Melaka, pertama kali dimalukan sepanjang 14 tahun bisnes - “PKP tak boleh lama-lama” “Akhirnya dapat pengalaman drive-in dining, ” tulisnya pada kapsyen video TikTok yang dimuat naik oleh pemuda berkenaan. Ketika dihubungi mStar, Muhammad Faqeeh Abdullah Ahmad Sofian, 20, berkata segalanya bermula apabila dia tiba-tiba berasa lapar selepas keluar membeli barang dapur.untuk ibunya kira-kira jam 2.30 petang, Rabu. Lantas dia terfikir untuk cuba makan di dalam kereta, yang mana peniaga akan meletakkan makanan di atas meja khas yang disangkut pada stereng, seperti yang pernah dibaca menerusi perkongsian di Twitter. Faqeeh langsung tidak menyangka perkongsiannya tular sehingga ramai yang meninggalkan komen-komen negatif. “Kebetulan kedai tu memang dekat kawasan Cyberjaya jadi saya buat keputusan nak pergi cuba servis makan dalam kereta yang pernah saya baca di Twitter. “Pada pandangan saya, tak ada apa yang salah... setiap orang ada pendapat masing-masing yang penting saya tahu macam mana pekerja kedai tu jaga SOP, ” katanya. Bagaimanapun, dia tidak menyangka video pengalaman baharu yang dikongsi di TikTok itu akan tular, malah lebih teruk lagi ada yang bertindak mempertikai tindakannya yang masih mahu makan di luar dan berdegil untuk tidak duduk di rumah walaupun kes Covid-19 sedang meningkat. “Orang suruh duduk rumah, nak makan dalam keretalah, atas motorlah, tepi lorilah. “Aku punya duduk rumah nak dekat sebulan hangpa seronok dine-in dalam kereta pulak. “Jangan galakkan orang untuk keluar rumah geng, ” demikian antara komen yang ditinggalkan netizen. Faqeeh berharap netizen melihat perkongsiannya dari sudut positif. Lebih mesra disapa Faqeeh, dia yang tinggal di Cyberjaya berkata di sebalik komen negatif dia juga menerima komen positif apabila ada individu berpandangan servis itu memudahkan pelanggan dan pada masa sama mampu membantu peniaga yang kini masing-masing bergelut untuk mencari rezeki. Jelas anak kedua daripada lima beradik itu lagi, tindakannya bersama seorang lagi rakan singgah makan di situ juga bukan berniat mahu membuat rakaman video untuk dijadikan konten TikTok semata-mata. “Idea nak rekod tu tak ada apa pun sebenarnya. Macam biasa kita selalu pergi makan di luar dan nak kongsi apa yang kita makan. “Sekarang memang ramai kecam, nanti kalau dah banyak kedai buat macam tu saya agak semua akan join sekaki, ” katanya. Masa tu memang tak ramai, tak banyak kereta. Parking lot ada banyak tapi kereta yang ada dua tiga buah saja termasuk kereta saya. MUHAMAD FAQEEH ABDULLAH AHMAD SOFIAN PELAJAR Bercerita mengenai pengalamannya menikmati hidangan cara baharu ini yang tak ubah seperti makan dalam penerbangan, Faqeeh berkata perkhidmatan ditawarkan dengan mematuhi setiap SOP ditetapkan. “Masa tu memang tak ramai, tak banyak kereta. Parking lot ada banyak tapi kereta yang ada dua tiga buah saja termasuk kereta saya. “Sampai saja di petak parking kita perlu hon untuk panggil pelayan ambil order. Dia akan lakukan sanitasi, suruh scan MySejahtera dan periksa suhu terlebih dahulu. Kemudian baru bagi menu untuk pilih makanan. Faqeeh menjelaskan perkhidmatan di restoran berkenaan mematuhi setiap SOP yang ditetapkan. “Sebelum hantar makan, pelayan akan datang hantar meja kecil yang disediakan untuk makan dalam kereta. Memang tak banyak interaksi. Sama macam pergi beli bungkus makanan di kedai je, ” ujarnya. Walaupun teruja dengan pengalaman baharu itu, Faqeeh yang masih belajar di sebuh kolej swasta di Kajang mengakui agak sedih apabila menerima banyak kecaman dalam kalangan netizen. Faqeeh berharap masyarakat tidak memandang tindakannya itu sebagai sesuatu yang keterlaluan kerana dia masih menjaga SOP, begitu juga peniaga kedai tersebut. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! mStar kini di TikTok @mstarmalaysia Tahniah Intan & Harris! Foto credit: IG @fillea_studio ##mstar ##mstartiktok ##fyp ##HarrisIntan Selamat Pengantin Baru - Puan Sri Saloma