suria

22 tahun hidup tak pernah jumpa... Gadis ini belum putus harapan, impi rasa pelukan kasih sayang walinya - “Sampai sekarang tak ada siapa pernah bawa ke kubur”

Abby berdoa agar dipertemukan dengan bapanya suatu hari nanti.

KASIH ibu membawa ke syurga, kasih bapa kekal selamanya.

Namun, kata-kata ini mungkin kedengaran sedikit asing buat gadis ini memandangkan dia tidak pernah bertemu dengan bapanya.

Menurut Noor Yusriena Mahmud, 22, dia juga tidak tahu sekiranya insan penting dalam hidupnya itu masih ada di muka bumi atau sudah dijemput ilahi.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal berkahwin Januari 2021, gadis merayu bapa pulang jadi wali... nak kenal lebih rapat

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sanggup lihat bapa usia 65 tahun sendirian, anak tunggal tak fikir lama ketika jumpa bakal ibu tiri

"Sejak lahir saya tak pernah jumpa ayah kandung. Memang tak kenal sampai sekarang.

"Dengar cerita dari arwah nenek, ayah dah meninggal. Tapi sampai sekarang memang tak ada sesiapa yang bawa ke kubur... itu pun kalau betul dah meninggal.

"Saya ada abang dan kakak, mereka kata pernah jumpa ayah masa kecil dulu," ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Abby, dia yang bekerja di sebuah syarikat swasta di ibu negara mendedahkan ibunya juga tidak pernah bercerita lanjut mengenai perihal itu.

Video Abby menerima hampir sejuta tontonan di TikTok.

Namun jauh di sudut hatinya, dia ingin sekali menatap wajah bapanya, seandainya dia masih ada.

"Harapan saya kalau dia masih hidup lagi, saya teringin nak jumpa. Nak rasa kasih sayang seorang ayah.

"Dulu masa sekolah tengok kawan-kawan dihantar dan dijemput dari sekolah oleh bapa mereka. Saya tak pernah rasa, tapi teringin sangat.

"Kalau raya makin terasa. Kalau sambutan Hari Bapa, lagilah saya terasa," ujarnya.

Menurut Abby yang berasal dari Kuala Krai, Kelantan itu, dia juga tidak sangka video luahan hati mengenai bapanya yang dikongsi di TikTok meraih perhatian ramai.

Mereka kata mungkin bapa saya Hang Tuah, sebab tak tahu dah mati atau masih hidup.

ABBY

Malah, ia sehingga kini turut meraih sejuta jumlah tontonan dan dihujani dengan pelbagai komen netizen.

"Saya buat video tu sebab saja nak berkongsi, saya dah pendam lama. Tiba-tiba rasa macam sayu hati bila teringatkan ayah.

"Mak tak tahu video ni viral, tapi abang dan kakak saya tahu. Kalau tengok cara mak, mungkin dia tak halang saya cari ayah.

"Cuma bila saya tanya, dia berat nak cerita. Mungkin ada kisah dulu-dulu" ujarnya.

Tambah Abby, dia sekali lagi sayu apabila membaca komen netizen yang banyak mendoakan dirinya dengan titipan kata-kata semangat menerusi aplikasi itu.

Antara komen netizen buat Abby.

"Ada juga netizen yang kongsi kisah mereka yang lebih teruk berbanding saya. Ada juga yang komen negatif.

"Mereka kata mungkin bapa saya Hang Tuah, sebab tak tahu dah mati atau masih hidup. Tapi saya ambil positif saja komen itu.

"Kalau komen jahat, memang kita terasa hati. Tapi saya maafkan, setiap manusia ada buat silap.

"Kalau ayah baca berita ni, saya cuma nak cakap yang adik dah besar, adik harap ayah cari adik. Teringin nak jumpa, nak peluk ayah.

"Tapi saya langsung tak ada gambar ayah. Tapi setahu saya ayah juga berasal dari Kelantan," ujarnya sebak.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain