MENJADI impian setiap anak untuk membalas segala jasa dan pengorbanan ibu bapa mereka. Begitu juga dengan Mohammad Afiq, 24, bersama sembilan lagi adik beradiknya yang sepakat membuat renovasi kediaman ibu bapa mereka. Mesra disapa Afiq, anak kesembilan daripada 10 beradik itu bersyukur apabila usaha mereka bersama mampu memberikan senyuman buat bapa, Abdul Hamid Osman, 73, dan ibu, Wahida Wahid, 56, yang menetap di Bentong, Pahang. ARTIKEL BERKAITAN: Tangguh beli kereta, lelaki ini habiskan tabungan bina ‘mahligai’ baharu buat ibu - “Kalau malam, mak sanggup tahan buang air kecil” ARTIKEL BERKAITAN: Ketika remaja pernah bina rumah bersama ayah, kini jejaka 21 tahun hadiahkan dapur baharu buat ibu... hasil tukang sendiri dari A sampai Z Ketika dihubungi mStar, dia sempat memperincikan proses ubah suai itu yang dimulakan pada Jun tahun lalu. "Rancangan asal nak buat pada bulan Mac, tapi ditunda ke Jun kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Renovasi pada bahagian luar kediaman. "Niat asal nak bagi rumah tu siap sebelum Hari Raya Aidilfitri. Alhamdulillah, ia siap dalam masa sebulan. "Idea saya sendiri. Saya kemukakan idea dan adik beradik setuju. Kami berkongsi kos untuk proses ubah suai dalam dan luar rumah ibu bapa kami," ujarnya yang mesra disapa Fiq. Antara perabot baharu yang menjadi penyeri dalam kediaman itu. Menurut Fiq yang bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), renovasi rumah itu dilakukan mengikut tema neo klasik. Ada orang lalu depan rumah, berhenti, minta izin mak ayah saya untuk bergambar kat rumah. FIQ Biarpun perlu mengeluarkan sejumlah wang dalam transformasi itu, dia percaya pada konsep rezeki dan keberkatan dan menganggap apa yang diberi sebagai satu cara untuk membalas pengorbanan orang tuanya. Fiq bersyukur diberi rezeki untuk menggembirakan kedua orang tuanya. "Saya dah kerja lima tahun. Memang ada niat nak hias rumah. Sebab masa kecil dulu mak selalu cakap, kalau boleh nak tengok rumah kami cantik. Keadaan sebelum dan selepas proses renovasi dilakukan. "Bila dah tunaikan apa yang mak ayah minta, rasa sangat gembira dan bangga. Bab rezeki pula, saya bukanlah kaki enjoy. "Bila dapat rezeki, saya dahulukan mak, ayah keluarga dan barulah kawan-kawan. Ada gaji, bawa mak ayah jalan-jalan ke Kuala Lumpur. Sebahagian ahli keluarga Fiq. "Kalau balik Bentong, saya akan usahakan untuk belanja makan sambil berkumpul ramai-ramai adik beradik. Mereka duduk berdekatan rumah mak ayah," ujarnya. Dedah Fiq, sebelum video renovasi kediaman ibu bapanya tular di TikTok, ia terlebih dahulu meraih perhatian ramai di Instagram. Sudut dalam kediaman itu yang diberi suntikan nafas baharu. Malah, penangan tular menyebabkan ada individu yang berhenti di hadapan kediaman itu termasuklah yang meminta kebenaran untuk merakam gambar. "Ramai orang bagi komen positif, tak jumpa pun yang negatif. Ada orang lalu depan rumah, berhenti, minta izin mak ayah saya untuk bergambar kat rumah. "Saya pun tak jangka ia boleh viral. Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang doakan saya dan keluarga. Kediaman ibu bapa Fiq terletak di Bentong, Pahang, "Moga mereka dimurahkan rezeki dan berada dalam lindungan Allah," ujar jejaka bujang itu. Kata Fiq lagi, ibu bapanya kini dalam proses untuk menanam pokok di sekeliling kediaman itu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!