PANDEMIK Covid-19 mencatatkan lebih 230,000 kes di negara ini dengan angka kematian mencecah hampir 900 kes, namun masih terdapat segelintir pihak mendakwa Covid-19 sebagai teori konspirasi. Namun, apa yang pasti petugas barisan hadapan atau frontliners yang lebih memahami situasi yang bukan sahaja berlaku di negara ini, malah di kebanyakan negara seluruh dunia. Begitulah luahan seorang frontliner mengenai keadaan yang menimpa dirinya termasuk rakan-rakan setugas dalam memerangi wabak itu. ARTIKEL BERKAITAN: Tampil dengan teori aneh, wanita dakwa Covid-19 ada kaitan jin... sampai disuruh pindah ke hutan, gua - "Ada beberapa guru pondok setuju" ARTIKEL BERKAITAN: "Adakah MKN, PDRM nak tidur lagi dengan orang sebegini?" - Doktor geram info mengarut puak antivaksin, dakwa PPE dipakai hanya untuk gambar "Kerja tanpa cuti, tak jumpa famili dah berbulan-bulan lamanya. Sahabat seorang demi seorang positif. Pilu hati bila terpaksa jemput sahabat untuk dihantar ke hospital. "Keluarga meraung-raung, minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Sebab mereka tahu andai kata terkorban, tak boleh nak lihat jenazah untuk kali terakhir," tulis seorang frontliner di laman Facebook bernama Mat Yoe. Petugas kesihatan bersiap sedia mengambil pesakit Covid-19. foto AZHAR MAFOF/The Star Dia yang bertugas di sebuah pejabat kesihatah daerah (PKD) berkata, dalam mereka sibuk bertugas, ada segelintir pihak yang sibuk membuat teori konspirasi mengenai Covid-19 dengan hanya duduk tenang di rumah. "Kau duduk goyang kaki kat rumah dok sibuk canang Covid ni teori konspirasi. PM (Perdana Menteri) buat live, kau masuk kutuk PM. BPN (Bantuan Prihatin Nasional) kau tibai. "Puas-puas belek aplikasi Foodpanda lepas tu order. Shopee buka 12 kali sehari. Order dan order. Kau layan Netflix, layan YouTube... kami pukul 1,2 pagi dok atas jalan raya," katanya yang merujuk kepada pesakit Covid-19 yang dibawa ke hospital atau pusat kuarantin. Petugas kesihatan menjaga pesakit Covid-19 tanpa mengira masa. foto AZHAR MAHFOF/The Star Menurut Mat Yoe, mereka yang mendakwa Covid-19 sebagai teori konspirasi tidak menyelami situasi frontliners, malah tidak berjumpa dengan pesakit yang dijangkiti virus itu. "Kau tak tahu macam mana teruk pesakit Covid. Kau tak tengok orang bersimptom tu macam mana. Yang sesak nafas separuh nyawa, yang batuk macam nak tercabut anak tekak. "Yang menangis sebab hidung tak bau apa-apa dan makan pun tak rasa apa-apa. Kau sembang kata Covid ni teori konspirasi," ujarnya. Yang sesak nafas separuh nyawa, yang batuk macam nak tercabut anak tekak. Kau sembang kata Covid ni teori konspirasi MAT YOE Tambahnya, golongan berkenaan hanya mendakwa data berkaitan Covid-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sekadar rekaan semata-mata. Sebaliknya, Mat Yoe menjelaskan bahawa 'kekuatan' frontliners hampir lumpuh dan bebanan kerja meningkat sebanyak 200 peratus berikutan lambakan kes saban hari. Proses pengebumian pesakit yang maut akibat Covid-19. foto facebook Mat Yoe "Kau menulis sesedap rasa je. Orang yang baca, terpedaya. Tambah pula orang kampung. Ada yang keluar tanpa mask (pelitup muka), ada yang lepak, berkumpul beramai-ramai. "Ye la dah kau canang Covid ni tipu je. Bila positif, kami yang letih. Nak kesan kontak rapat. Nak hantar ke hospital, ke pusat kuarantin. "Yang positif pula menyesal tak sudah. Kalau yang sampai tahap terpaksa guna alat bantuan pernafasan, menangis tak henti-henti," katanya. Sehubungan itu, dia mengingatkan pihak yang mendakwa Covid-19 sebagai teori konspirasi bertanggungjawab atas tindakan mereka. "Kau ingat, apa yang kau tulis nanti semuanya akan dipertanggungjawabkan di depan Allah. Aku tak nak doa yang buruk-buruk. "Tapi jauh di sudut hati aku, aku harap yang dok canang Covid ni cuma teori konspirasi akan kena Covid-19 secepat mungkin. Tak kena, tak tahu. Tak kena, tak rasa," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!