KARYA anak Malaysia sekali lagi menjadi tatapan dunia apabila foto dari udara memaparkan binaan ikonik Menara Berkembar Petronas (KLCC) dipaparkan menerusi laman media rasmi Instagram. Menurut Nazarizal Mohammad, 42, foto itu dirakam menggunakan dron pada tahun 2019 dan dia sama sekali tidak menyangka ia kini menjadi tatapan di seluruh dunia. Mesra disapa Heri, dia mengakui terkejut apabila menerima notifikasi mengenai muat naik itu pada pagi Isnin. ARTIKEL BERKAITAN: Bermula sekadar hobi ‘bermain’ dron... kini hasil kerja Heri diiktiraf dunia, jadi rebutan! ARTIKEL BERKAITAN: Bertuah abang polis... Gambar pokok kelapa disiar di Instagram Apple, Terengganu kini di mata dunia! "Dapat tahu dalam pukul 7.30 pagi. Sebenarnya pihak Instagram sudah maklumkan menerusi email. Mereka minta tunggu, tapi mereka tak maklumkan bila tarikh sebenar ia akan dikongsi. "Saya fikir mungkin dua ke tiga bulan lagi. Rasa teruja, terperanjat pun ada. Kita tak jangka. Antara koleksi foto yang dihasilkan jurutera itu. "Untuk dipaparkan di Instagram mereka, kita kena bersaing dengan jurufoto seluruh dunia," ujarnya kepada mStar. Menurut jurutera yang menetap di Shah Alam itu, dia turut dihujani pelbagai mesej dan ucapan sejurus pihak Instagram berkongsi gambar miliknya. Heri suka merakam foto berkaitan seni bina. Malah, dia dengan merendah hati menitipkan rasa terima kasih buat semua atas sokongan yang tidak putus-putus selama ini. "Banyak komen masuk, yang follow pun bertambah. Ramai bagi ucapan tahniah. Gambar tu dalam tahun 2019. Saja-saja ambil, sebab saya suka tangkap gambar seni bina di Kuala Lumpur. HERI "Ia bagaikan hadiah awal hari lahir saya yang jatuh pada 20 Februari ini. "Untuk netizen, kawan-kawan, saya nak ucapkan terima kasih kerana sokong saya. Saya akan terus menghasilkan gambar terbaik selepas ini," ujarnya yang menjadikan fotografi sebagai hobi masa lapang sahaja. Foto yang dikongsi oleh Instagram untuk tatapan lebih 385 juta pengikut mereka sehingga kini meraih lebih 600,000 tanda suka. Bercerita mengenai foto ikonik yang kini menjadi tatapan lebih 385 juta pengikut media sosial Instagram, dia berkata foto itu dirakam pada awal pagi, sekitar dua tahun lalu. "Gambar tu dalam tahun 2019. Saja-saja ambil, sebab saya suka tangkap gambar seni bina di Kuala Lumpur. Heri menjadikan fotografi sebagai hobi masa lapang sahaja. "KLCC memang spot terbaik, tapi bukan mudah nak dapatkan angle terbaik. Saya sampai di KLCC dalam jam 6.50 pagi. "Kena tunggu kat bawah, nak tunggu detik terbaik dan angle bersesuaian untuk ambil gambar itu," ujarnya yang kini sudah memiliki lima dron dalam koleksi peribadinya. Kisah Heri yang mendapat liputan mStar pada tahun lalu. Selain bersyukur dengan pendedahan oleh pihak Instagram, dia turut menyifatkan pencapaian itu sebagai salah satu cara untuk mempromosikan lagi pelancongan Malaysia di mata dunia. Sehingga kini, foto itu sudah menerima lebih 600,000 tanda suka. Untuk rekod, kisah Heri dan dron miliknya juga pernah mendapat liputan mStar menerusi segmen I-Suke pada Julai tahun lalu. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!