suria

Beratur hampir sejam di lorong drive-thru untuk order ais kosong, pemuda terkejut dengan layan barista - “Saya senyum tapi rasa sebak sangat”

Hampir sejam beratur di lorong pandu lalu (drive thru), Qush hanya memesan ais kosong.

BUAT baik antara satu sama lain dan saling menghormati sesama manusia merupakan sikap yang harus ada dalam diri setiap rakyat Malaysia.

Sikap positif ini memang wujud dan disaksikan sendiri oleh Syed Qusyairi Syed Mahmud Iskandar, 25, ketika dia singgah di lorong pandu lalu (drive thru) premis menjual minuman kopi popular pada tengah hari Ahad dan berkomunikasi dengan pelayan di situ,

Syed Qusyairi atau lebih mesra disapa Qush kemudian berkongsi satu video pendek memaparkan ‘adegan’ yang berlaku apabila dia hanya bertindak memesan segelas air kosong daripada pelayan yang bertugas mengambil pesanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tolong tutup pintu van ketika lampu isyarat merah, sempat pula rakam video... tindakan pemuda ini buat kebaikan jadi persoalan

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis menangis lihat penjual kerepek di lorong pandu lalu dihulur set makanan, terima kasih abang askar! - “Ramai orang, tapi tak seorang pun beli”

“Tengah hari macam ini haus jadi saya ke Starbucks tetapi hanya pesan ais kosong sahaja... sebak dan sayu kerana dulu saya pernah bekerja sebagai khidmat pelanggan, ” tulisnya pada kapsyen video tersebut yang dikongsi TikTok sebelum ia tular.

Untuk rekod, video Qush pernah tular sebelum ini apabila dia merakam video di lorong pandu lalu McDonald’s dan meminta pelayan memilih salah satu nombor antara 1 hingga 5 sebelum memberikan tip kepada staf yang mengambil pesanannya.

Qush, seorang usahawan kosmetik berkata pada mulanya dia langsung tidak berniat untuk membuat sebarang rakaman video tetapi disebabkan terpaksa menunggu giliran di lorong pandu lalu itu terlalu lama, idea tersebut tiba-tiba muncul.

Usahawan kosmetik muda ini tdak kisah dikecam, janji dia tahu niat sebenar di hatinya.

“Hampir sejam saya tunggu dan tiba-tiba muncul la idea untuk rakam sesuatu yang sedikit berbeza dengan apa yang pernah saya rakam dan tular dulu.

“Lagipun, bila tunggu lama sangat memang rasa sangat haus dan bagi saya ais kosong sesuai sangatlah dengan tekak, ” katanya ketika dihubungi mStar.

Qush yang menetap di Subang Bestari, Selangor itu juga menegaskan bahawa dia memutuskan untuk membuat rakaman itu selepas mendapat permintaan dalam kalangan pengikutnya yang mahu dia membuat satu lagi rakaman situasi di lorong pandu lalu selain restoran McDonald’s.

Faham kerja mereka ni. Bukan mudah nak layan semua kehendak pelanggan dalam satu masa.

QUSH

“Sampai saja giliran saya untuk buat pesanan, saya terus minta satu air ais kosong dan memberitahu barista tersebut yang saya terlalu haus.

“Sungguh tak sangka layanan yang diberikan sangat baik walau masa tu ramai pelanggan. Dia siap offer nak hantar air kosong tu ke kereta saya sebab barisan masih panjang... lambat lagi untuk saya sampai di kaunter buat bayaran dan terima air,” katanya.

Bagaimanapun, Qush menolak tawaran itu sebaliknya bersabar menunggu sehingga gilirannya tiba di kaunter bayaran. Di situlah berlaku satu lagi kejutan!

Sebelum melangkah ke bidang kosmetik, Qush pernah bekerja dalam bidang khidmat pelanggan.

“Saya tanya berapa ringgit terus dia cakap ‘tak apa dia belanja’. Masa tu memang nampak saya senyum tapi rasa sebak sangat sebab dia sanggup layan pelanggan nak beli air kosong dengan baik walau tengah sibuk. Saya terus hulurkan tip pada dia.

“Reaksi dia pun biasa sahaja. Tak ada pun nak marah, buat muka dan sebagainya. Layan mesra sahaja,” katanya.

Menurut Qush, walaupun pada mulanya barista lelaki tersebut menolak menerima tip, tetapi setelah dipujuk dia akhirnya menerima pemberiannya dan mengucapkan terima kasih.

Paparan skrin video tular Qush.

“Saya buat rakaman ni bukannya sebab nak tunjuk baik dan nak viral. Saya nak ramai orang faham dan jangan ambil kesempatan dengan istilah ‘customer always right’.

“Faham kerja mereka ni. Bukan mudah nak layan semua kehendak pelanggan dalam satu masa. Jadi hargailah mereka, ” katanya.

Sehingga kini perkongsian video yang dimuat naik Qush di aplikasi TikTok mendapat 16,000 tontonan dan 1,000 tanda suka.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



mStar kini di TikTok!

@mstarmalaysia

Min pun dah standby nak cycling nihh... ##mstar ##mstartiktok ##tiktokmalaysia

original sound - mStar Official
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain