KEWUJUDAN sebuah trampolin bersaiz besar yang dipasang di sebuah kawasan lapang dalam hutan di Gopeng, Perak, pastinya menimbulkan persoalan ramai. Mungkin dilihat sebagai satu kerja gila, namun ia merupakan sebahagian daripada rakaman video promosi pelancongan di sekitar Gopeng, Perak yang dihasilkan oleh 12 individu, melibatkan kolaborasi dua pasukan content creator dari Ipoh dan Johor Bahru, Johor. Menurut Putra Zarfan Zalkaifali, 25, dia merupakan individu yang dirakam sedang melompat atas trampolin dalam video tular itu. ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda sanggup terbangkan dron, jadi juruvideo sambilan demi ubah bilik zaman kanak-kanak jadi home studio. ARTIKEL BERKAITAN: Videographer sanggup ‘tebal muka’ dekati lelaki tak dikenali di Bukit Bintang, aksi 10 minit je... hasil video, wow luar biasa! Selain memperkenalkan lokasi pelancongan di sekitar Perak, video berkenaan turut dihasilkan bagi mempromosikan sebuah syarikat penyedia aktiviti ATV di negeri itu. "Ia sebenarnya kolaborasi dua team, dari JB dan Ipoh. Saya bersama dua rakan dari JB dijemput ke Gopeng untuk menghasilkan video berkenaan pada November tahun lepas. "Memang mencabar. Kami 12 orang yang buat rakaman, kami juga yang jadi talent. Ia melibatkan tujuh kamera dan dua dron. Zarfan melompat di atas rampolin yang dipasang di sebuah kawasan lapang dalam hutan di Gopeng pada tahun lalu. "Dalam video itu, saya merupakan talent yang sedang melompat atas trampolin. Ia dipasang di sebuah kawasan lapang, dalam hutan di tepi highway. "Proses rakaman ambil masa empat hari. Trampolin itu pula milik kawan kami, dia bawa ke lokasi rakaman dengan menggunakan sebuah Hilux," ujarnya yang mesra disapa Zarfan. Sepanjang tempoh penggambaran, Zarfan dan dua rakannya iaitu Meor Syarifuddin Meor Syazali, 22, dan Muhammad Izzuddin Muhammad Helmi Chin, 24, serta rakan-rakan dari team Ipoh turut berhadapan pelbagai cabaran sukar. Biasanya mungkin orang luar negara je sanggup buat pelik-pelik sampai pasang trampolin tengah hutan. Kami pun nak juga macam tu. ZARFAN Selain terpaksa mendaki bukit, mereka turut mengalami kejadian malang apabila lensa kamera berharga ribuan ringgit musnah gara-gara dilanggar ATV. "Paling epik kamera kena lenyek dengan ATV. Lens yang pecah tu harga dalam RM5,000. Agak sedih, tapi kami gembira sebab footage rakaman berjaya diselamatkan. "Ada juga peristiwa dron jatuh. Kemudian kami mendaki Bukit Putih, bila semua dah turun baru sedar tertinggal telefon kat atas. Proses penggambaran berlangsung selama empat hari. "Jadi dua orang je yang naik balik pada waktu Maghrib untuk dapatkan telefon itu. Bila sampai atas, baru sedar telefon tu dah disimpan dalam beg. Kawan kami yang seorang lagi dah bawa telefon tu sampai ke khemah. "Masa daki siang nampak satu lorong jalan je, bila malam jadi keliru sebab nampak banyak lorong. Dengan suara burung hantu lagi, kami hanya guna lampu suluh telefon sambil pasang surah al-Quran," ujarnya yang bekerja dalam bidang pemasaran. Banyak cabaran dilalui mereka dalam menyiapkan karya itu. Dedah Zarfan lagi, dia dan dua rakannya dari JB turut diuji sebelum mereka ke Ipoh apabila tersilap membeli tiket kapal terbang. "Masa hari nak terbang tu, 10 jam sebelum waktu penerbangan baru perasan kami silap beli tiket tarikh minggu berikutnya. "Tiket tu harga promosi, dalam RM50 untuk satu tiket. Tapi terpaksa beli yang baharu, RM200 untuk satu tiket. Dua kumpulan dari JB dan Ipoh yang bergabung dalam projek itu. "Memang banyak cabaran. Tapi seronok dapat buat content, layanan orang kat Ipoh pun best. Video promo tu pun dapat sambutan. "Biasanya mungkin orang luar negara je sanggup buat pelik-pelik sampai pasang trampolin tengah hutan. Kami pun nak juga macam tu," ujarnya lagi. Dalam pada itu, Zarfan turut menzahirkan rasa terima kasih terhadap rakan-rakannya dari Ipoh yang sudi mengajaknya berkolaborasi dalam penghasilan video itu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!