suria

Bagaikan BFF! Aksi spontan ibu, anak menari lagu Soley Soley bikin ramai terhibur - “Bila dah besar, baru kami betul-betul rapat!”

Aksi spontan menghiburkan dua beranak itu tular di aplikasi TikTok.

SETIAP individu dibesarkan dalam suasana berbeza oleh ibu bapa mereka.

Malah, ada anak-anak yang mempunyai hubungan cukup erat dengan kedua orang tua mereka sehingga boleh disamakan seperti rakan sebaya sendiri.

Di aplikasi TikTok misalnya, tular video memaparkan aksi seorang anak perempuan, girang menari secara spontan bersama ibunya sewaktu majlis BBQ keluarga mereka baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah 6 tahun tinggal bersama, wanita anggap ibu mentua bagai BFF... sebak imbas saat umrah bersama di Makkah

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tanya hadiah birthday, anak kunci mulut! Sambutan hari jadi online jadi drama air mata mak menangis terima ‘kek keluar duit’

Menurut gadis yang mahu dikenali sebagai Sry Khairudin, 22, dia dan ibunya, Nonie, berusia lewat 40-an sememangnya mempunyai hubungan erat yang disifatkan seperti best friend forever (BFF).

"Video itu dirakam pada Sabtu malam. Santai-santai kami BBQ di halaman rumah. Kakak-kakak saya semua dah besar, ayah pula berusia 60-an.

Sry bersama ibunya.

"Jadi selalu dimainkan lagu-lagu lama. Yang dalam video tu, saya dan mami menari lagu Soley-Soley.

"Mami memang seoraang yang cukup spontan dan periang. Saya bersyukur dikurniakan ibu sepertinya," ujar gadis itu kepada mStar.

Mesra disapa Sry, dia mengakui sama sekali tidak menyangka perkongsian suka-suka itu akan meraih perhatian ramai.

Saya pun idolakan ibu saya. Bila orang cakap nak jadi macam dia, saya rasa syukur, Alhamdilillah.

SRY

Sehingga kini, video itu meraih lebih 114,000 tontonan di aplikasi berkenaan.

Menurut Sry yang menetap di ibu negara, dia turut tersentuh membaca komen netizen yang bercerita mengenai kisah masing-masing.

"Sejujurnya memang tak jangka. Saya pun dah lama tak kongsi video di TikTok. Tapi mungkin sekarang disebabkan pandemik, mungkin semua orang perlukan gelak ketawa untuk hiburkan hati.

Paparan skrin video tular di TikTok.

"Sebenarnya banyak komen yang menyentuh hati. Ramai yang komen, mereka kata mahu jadi seperti ibu saya suatu hati nanti.

"Saya pun idolakan ibu saya. Bila orang cakap nak jadi macam dia, saya rasa syukur, Alhamdilillah," ujarnya.

Bercerita lanjut mengenai hubungan dengan ibunya, Sri berkata dia juga melalui fasa sama seperti orang lain.

Sry bersama kedua ibu bapanya.

"Saya rasa semua orang melalui fasa sama. Dulu masa sekolah pun tak rapat sangat. Sebab dia ibu, perlu ada ketegasan dalam mendidik.

"Bila dah besar, baru kami betul-betul rapat. Kami sekeluarga suka keluar lepak mamak, suka makan nasi kandar.

"Kami duduk bersembang, hargai setiap detik bersama. Bila besar, saya banyak bercerita dengan ibu.

"Dia pun banyak berkongsi kisahnya dengan saya," ujarnya lagi.

Netizen terhibur melihat aksi dua beranak ini menerusi video tular mereka di TikTok.

Untuk rekod, muzik latar dalam video tular dua beranak itu merupakan lagu klasik Soley Soley dendangan asal Middle of the Road yang diterbitkan diterbitkan pada 1971.

Lagu itu juga pernah menjadi siulan ramai di negara ini, khususnya selepas ia dimuatkan dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain