suria

Kecoh wanita terjah rumah orang, ibu terkejut dimaklumkan anak tak bayar hutang flavour vape - “Tak seronoklah kalau hambar”

Ibu kepada Aiman (kanan) yang menerima kejutan daripada Anne Kiri) baru-baru ini.

TINDAKAN seorang wanita melakukan prank terhadap seorang makcik mengundang padah apabila ia dianggap keterlaluan dan mendapat kecaman dalam kalangan netizen.

Walaupun apa yang dilakukannya itu jelas satu gurauan yang berakhir dengan kegembiraan serta meninggalkan 1,001 kenangan sempena mengingati tarikh istimewa, namun masih ada yang memandangnya dari sudut negatif.

Begitulah yang dialami wanita berkenaan yang menjalankan perkhidmatan ‘membuat kejutan’ selepas diberhentikan kerja pada Jun lalu gara-gara pandemik Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: “Orang cakap saya tak perlu buat video sebab gemuk” - Ramai followers, kecaman pun banyak... gadis berbadan ‘comel’ tak akan henti main TikTok

ARTIKEL BERKAITAN: Sengaja lupa birthday sebab nak buat prank, bagi hadiah pun kotak je gempak... suami tak sangka isteri menangis - “Dia marah saya sebab lain”

“Hari ini nak minta hutang. Anak dia tak nak bayar hutang, kenalah jumpa mak dia minta hutang. Beli flavour tetapi tak bayar, barang dah bagi. Budak muda macam inilah kadang malas nak bisnes merugikan, ” tulisnya pada kapsyen video TikTok yang dikongsinya sebelum ia tular.

Ketika dihubungi mStar, wanita berkenaan, Azaliza Khalid, 46, berkata sudah menjadi kebiasaan pelanggan membuat permintaan melakukan prank atau kejutan ketika dia diupah menghantar bunga, coklat atau wang kepada orang yang dikehendaki.

Mesra disapa Anne, dia memberitahu prank dalam video tular itu dibuat atas permintaan seorang remaja lelaki, Afifaiman Samsulkamal, 19 yang mahu membuat kejutan kepada ibu dan bapanya sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-29.

Selepas Anne diberhentikan kerja gara-gara pandemik Covid-19, dia mengambil inisiatif untuk sertai kursus membuat gubahan bunga coklat untuk menyara keluarga.

Sehingga kini perkongsian Anne di laman TikTok itu meraih 58,000 likes dan lebih 900 komen.

“Biasalah bila buat ‘surprise delivery’... nama pun kejutan tak seronoklah kalau hambar je. Kejutan ni pun atas permintaan pelanggan sendiri bukan saya buat sesuka hati, takut juga kalau orang tu ada penyakit macam sakit jantung ke apa, ” katanya.

Bercerita lanjut mengenai perancangan prank tersebut, Anne berkata anak kepada ‘mangsa’ yang dikenali sebagai Aiman meminta dia pergi ke rumahnya kononnya mahu ‘menuntut hutang flavour vape’.

Kalau saya balas pun sebab suka-suka, tak simpan langsung dalam hati dan sentiasa maafkan mereka.

ANNE

Aiman ketika itu tiada di rumah dan ibunya nampak gelisah serta tidak tentu arah apabila diberitahu anaknya berhutang flavour vape sebanyak RM100.

“Bila Aiman cakap dia nak prank ibunya cakap tak bayar hutang ‘flavour vape’ yang mana bukan dibeli daripada saya pun sebenarnya, saya ikutkan saja.

“Mungkin Aiman ada beritahu mak dia tentang ‘flavour vape’ tu sebab tu dia suruh saya guna idea dia sendiri. Jadi saya pun berlakonlah untuk buat prank, ” ujarnya.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila Aiman, ketika dihubungi mengaku kepada ibunya bahawa dia sebenarnya belum membayar hutang tersebut, memaksa ibunya masuk ke dalam rumah untuk mengambil wang bagi membuat bayaran.

Anne bersama anak-anaknya.

Ketika itulah Anne mengeluarkan belon dari keretanya dan memberikan hadiah tersebut kepada ibu Aiman.

Anne yang menetap di Taman Perling, Johor Bahru, Johor itu berkata dia tidak sangka video tersebut akan tular kerana menganggap ia sekadar perkongsian untuk tujuan bisnes.

Ibu tunggal kepada empat cahaya mata itu berkata pada masa ini terdapat banyak saingan dalam servis ’surprise delivery’ di kawasan kediamannya, justeru dia perlu bijak mencari jalan untuk menarik lebih ramai pelanggan dengan kejutan yang ‘menjadi’.

Walaupun ada yang kurang senang melihat apa yang dilakukan terhadap ibu Aiman, Anne meluahkan rasa syukur kerana video yang dikongsi di laman TikTok intu sedikit sebanyak membantu mempromosikan bisnesnya.

Paparan skrin video tular itu di aplikasi TikTok.

“Sejujurnya, aplikasi TikTok ini telah banyak membantu saya dalam perniagaan. Nampak macam mengarut tetapi itulah kenyataan.

“Walau baru saja mulakan perniagaan ini sejak Oktober lalu, ada sahaja rezeki yang masuk.

“Saya memang tak kisah langsung komen-komen negatif. Kalau saya balas pun sebab suka-suka, tak simpan langsung dalam hati dan sentiasa maafkan mereka, ” katanya.

Anne berharap rakyat Malaysia dapat mengubah sikap cepat melatah dan mudah melontarkan kata-kata yang menyakitkan hati orang lain.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain