suria

Tak dapat balik Kelantan, sambutan Tahun Baharu Cina gadis ini tetap meriah... siap jamu nasi kerabu, nasi dagang - “Kami OOTD di pekarangan rumah saja”

Yun sebelum ini pernah tular dengan video memaparkan dia bertutur dalam loghat Kelantan bersama abangnya.

SAMBUTAN Tahun Baharu Cina kali ini pastinya kurang seri berbanding tahun-tahun sebelumnya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih dilaksanakan di Malaysia.

Namun kata Wee Yun Nee, 24, suasana meriah masih dirasai biarpun ia dirayakan dalam suasana serba terhad bersama ahli keluarga di rumah.

Menurut content creator yang pernah tular dengan video bertutur dalam loghat Kelantan itu, dia bersyukur apabila masih boleh bersama keluarganya sempena perayaan kali ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Sakat menyakat, gaduh manja... ramai suka tengok video dua beradik Cina ini ‘kecek Kelate’ - “Saya suka Kelantan sebab...”

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 9 tahun keluar-masuk sekolah, akhirnya lelaki ini dapat lihat pelajar Cina ‘rare’

"Tahun ni kita duduk rumah je. Sepatutnya kami nak balik beraya di Kelantan, tapi tak boleh disebabkan PKP.

"Kebiasaan tahun-tahun sebelum ni pun kami memang akan balik sambut Tahun Baharu Cina di Kelantan. Saudara-mara ramai di sana.

"Jadi kali ini kami raya di Kuala Lumpur. Cuma abang saya di Pulau Pinang tak boleh balik," ujarnya kepada mStar.

Yun sekeluarga rai Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur.

Bercerita mengenai tradisi sambutan keluarganya, dia yang mesra disapa Yun mendedahkan mereka turut menjamu selera dengan juadah dan lauk pauk Melayu.

"Biasanya memang kami hidangkan juga makanan orang Melayu. Campur dengan makanan tradisi Cina.

"Antaranya kami sediakan nasi kerabu, nasi dagang... dah terbiasa macam tu. Kemudian nasi biryani pun ada, dan kami masak juga lauk pauk seperti makanan laut," ujarnya penuntut bidang Kejuruteraan Elektrik itu.

Walaupun kerajaan bagi kelonggaran untuk keluarga yang duduk dalam 10 kilometer (km) radius untuk beraya, SOP mesti dijaga.

YUN

Menurut Yun, kali ini mereka sekeluarga cuba meluangkan masa dengan aktiviti santai memandangkan lawatan dari rumah ke rumah masih tidak dibenarkan lagi.

"Kami duduk rumah, berborak di ruang tamu. Kami banyak main permainan seperti Monopoly dan Saidina.

"Walaupun tak boleh keluar, tetap bergambar depan rumah. Setakat OOTD di pekarangan rumah saja," ujarnya berseloroh.

Selain juadah tradisi Cina, keluarga Yun juga ada menghidangkan lauk pauk Melayu.

Dalam pada itu, Yun sempat menitipkan pesanan buat semua agar terus berwaspada dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam meraikan Tahun Baharu Cina agar tidak dijangkiti wabak Covid-19.

"Walaupun duduk di rumah, tetap kena patuh SOP. Sentiasa kekal selamat dan berwaspada.

"Walaupun kerajaan bagi kelonggaran untuk keluarga yang duduk dalam 10 kilometer (km) radius untuk beraya, SOP mesti dijaga.

"Sebab apa yang kita buat akan memberi kesan kepada orang terdekat," ujarnya lagi.

Yun merupakan penuntut UTHM dan bakal menamatkan pengajiannya tidak lama lagi.

Menurut Yun, dia bakal menamatkan pengajian di Universiti Tun Hussein On (UTHM) pada bulan ini.

Malah, besar harapannya agar Covid-19 berakhir segera dan dia boleh menjalani majlis graduasi pada penghujung tahun ini.

"Dah dua semester belajar secara dalam talian. Saya rasa rindu suasana kampus.

"Harapnya Covid-19 akan berakhir cepat. Saya berharap konvokesyen dapat dijalankan seperti biasa. Ia bagaikan highlight dalam kehidupan saya," ujarnya mengakhiri bicara.

Untuk rekod, Yun bersama abangnya, Wee Chuan Chin pernah mendapat liputan mStar pada 21 April tahun lalu.

Pada waktu itu, video memaparkan mereka berdua berborak dalam loghat Kelantan tular sehingga menjadi perhatian netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain