VIDEO prank panggilan yang dibuat oleh seorang atlet basikal trek kepada bapanya menerima hampir setengah juta tontonan di aplikasi TikTok. Dalam video itu, Amar Danial, 21, membuat panggilan kepada bapanya, Masri Rafie, 58, sebelum membuat pengakuan bahawa dia mahu berkahwin. Bercerita kepada mStar, atlet yang berasal dari Johor itu mengakui sekadar suka-suka membuat prank kerana sudah lebih sebulan tidak bersua muka dengan bapanya. ARTIKEL BERKAITAN: Gigih berlatih... atlet berbasikal nak tak nak terpaksa redah banjir, kalau patah balik makin jauh kayuh - “Ada sampai lutut, paras dada” ARTIKEL BERKAITAN: “Tak sayang martabat wanita ke?” - Pelumba BMX bertudung kalis kecaman, sokongan bertambah selepas buat video TikTok "Saya sekarang berada di Nilai, Negeri Sembilan. Saya training di sini. Dah sebulan lebih tak jumpa ayah. "Saja buat prank sebab lama tak dengar suara dia. Sekarangkan musim orang kahwin sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). "Jadi saya terfikir nak prank macam tu. Saja nak tengok reaksi ayah. Rupa-rupanya saya yang terkena balik bila ayah bergurau, dia tanya saya kena tangkap basah ke? Amar bersama keluarganya. "Ayah memang suka bergurau, saya pun memang rapat dengannya," ujarnya. Mesra disapa Amar, dia juga mendedahkan lebih rapat dengan bapanya berbanding ibu, Rosmah Kassim, 48, yang tegas dalam mendidik dia dan adik beradik yang lain. "Mak saya tegas, ayah pula memang jenis selamba dan spontan. Dulu saya pernah kantoi bercinta masa darjah 6. Saya rasa sebak baca komen sebab mereka dah kehilangan insan penting dalam hidup. AMAR "Ayah tanya, mana rumah awek saya, dia nak pergi masuk meminang," imbasnya berseloroh. Menurut anak kedua daripada lima beradik itu, bapanya bekerja sebagai pengawal keselamatan, manakala ibunya bertugas sebagai guru tadika. Dalam pada itu, Amar turut terkejut apabila video prank berkenaan menerima reaksi luar biasa netizen. Amar sudah menjadi atlet sejak berusia 16 tahun. "Saya terkejut, tak jangka boleh viral. Ramai yang komen, mereka kata rindu pada ayah masing-masing. "Ada juga yang kongsi cerita, ayah mereka dah meninggal dunia. Saya rasa sebak baca komen sebab mereka dah kehilangan insan penting dalam hidup. "Saya pun kadang-kadang ada terfikir. Selagi mak ayah masih ada, selalulah call kalau berjauhan. Kalau ada peluang, baliklah sekerap yang mungkin," ujarnya. Keluarga Amar menetap di Johor. Bercerita mengenai kerjayanya, Amar sudah menjadi atlet sejak berusia 16 tahun lagi. Untuk rekod, Amar yang menjadikan Azizulhasni Awang sebagai idola pernah menduduki tempat keempat di Kejohanan Remaja Dunia 2018 yang berlangsung di Switzerland. Ujarnya, dia kini fokus untuk kejohanan akan datang dan sentiasa komited untuk menjadi atlet yang berjaya dan mampu mengharumkan nama negara. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!