BAGI mana-mana pasangan yang sudah berkahwin, kehadiran cahaya mata pastinya menjadi pelengkap dalam kehidupan mereka. Terbaharu, tular video penuh emosi di TikTok sehingga meraih lebih setengah juta tontonan, memaparkan pasangan suami isteri yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Dalam video yang dirakam pada Ahad minggu lalu, Shahrul Amri Ibrahim sebak apabila isterinya, Nurul Akma Abd Rasid menunjukkan alat ujian kehamilan dengan tanda ‘positif’ yang diletakkan di dalam sebuah kotak. ARTIKEL BERKAITAN: Disah hamil sebulan sebelum PKP, bakal ibu ini risau jadi ‘bahan’ rakan sekerja otak kuning - “Ada siap kira bila persenyawaan berlaku” ARTIKEL BERKAITAN: Buat aktiviti ikut sunnah, wanita hamil terjatuh dari kuda tetap steady walau ramai anggap sengaja ‘cari penyakit’ Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Shahrul mengakui cukup bersyukur atas berita gembira itu yang dianggap sebagai hadiah paling manis selepas mendirikan rumah tangga pada 11 November tahun lalu. “Isteri ada mengadu tak sedap badan. Jadi dia ajak pergi beli alat ujian kehamilan. Selepas dah balik rumah dan dia tunjuk yang test tu positif, automatik mengalir air mata saya. “Sebenarnya kami pun tak jangka. Tapi kami sangat bersyukur dengan rezeki ini. Bila Allah nak bagi zuriat, saya anggap ia nikmat terbesar dalam kehidupan. Shahrul dan isteri dinikahkan pada 11 November 2020. “Bila dapat tahu isteri hamil, terus fikir nak kena bagi lebih perhatian selepas ini, sebab kandungannya juga masih di peringkat awal. Nak kena jaga betul-betul," ujarnya. Masing-masing berusia 25 tahun, Shahrul dan isterinya turut terkejut apabila video detik bersejarah mereka tular di TikTok. Menurut Shahrul lagi, dia bersyukur apabila menerima banyak komen positif termasuklah doa dan kata-kata semangat untuk dia sekeluarga. Saya kenal dia lebih kurang dua tahun sebelum kami kahwin, jumpa jodoh dekat laman web. SHAHRUL “Saya kongsikan video itu sebagai tanda kenangan. Tak sangka akan viral. Saya cuma hasilkan video sebab teruja nak tengok result kehamilan isteri. “Kebanyakannya bagi komen positif dan doa. Ada juga yang bagi nasihat. Saya terharu dengan semua komen. “Sangat bersyukur dikurniakan ramai insan yang baik-baik, Allah hadirkan mereka semua untuk bagi nasihat dan kata-kata semangat buat kami. Kata Shahrul, dia sebak menerima berita gembira kehamilan isterinya sehingga gagal mengawal air mata. “Pada masa sama, ada juga pasangan yang kongsi kisah mereka menanti zuriat. Saya doakan mereka semoga dikurniakan zuriat secepat mungkin, InsyaAllah," ujar Shahrul. Menurut Juruteknik Perubatan di sebuah hospital itu, dia membatalkan segala rancangannya pada hari itu selepas menerima berita gembira kehamilan isteri. Bercerita mengenai dirinya, Shahrul yang menetap di Bangi, Selangor turut melakukan dua lagi kerja untuk menyara kehidupan. Paparan skrin video tular itu. “Saya sebenarnya buat tiga kerja, sejak sebelum kahwin lagi. Dulu tujuannya untuk kumpul wang kahwin. Kemudian saya teruskan, sebab ada banyak komitmen. Isteri saya pula merupakan guru tadika. “Pada hari dapat tahu isteri saya hamil, saya sebenarnya nak keluar buat GrabFood. Tapi saya batalkan niat dan duduk di rumah bersamanya," ujar Shahrul berseloroh. Bercerita lanjut mengenai perkenalan mereka pula, Shahrul mendedahkan dia dan isteri berkenalan pada tahun 2017 menerusi laman cari jodoh Muslim, Baituljannah. “Saya kenal dia lebih kurang dua tahun sebelum kami kahwin, jumpa jodoh dekat laman web cari Baituljannah. “Selepas habis diploma dulu, saya memang hasrat nak cari kerja, pada masa sama saya fikir nak cari calon isteri. Jadi, kami berkenalan di situ sebelum mendirikan rumah tangga tahun lepas," ujarnya lagi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)