BAGI golongan ibu yang berkerjaya, mereka tiada pilihan selain meninggalkan anak di pusat asuhan kanak-kanak ataupun mengupah pengasuh peribadi. Namun ada kalanya, timbul pelbagai isu antara si ibu dan pengasuh, khususnya melibatkan hal penjagaan anak kecil. Terbaharu, seorang wanita tampil berkongsi rasa kurang senangnya dengan sikap pengasuh yang juga kakak kandungnya sendiri. ARTIKEL BERKAITAN: “Lain macam gurau dengan baby” - Dua beradik bertukang ‘jaga’ anak saudara... adik ketuk mata, abang gergaji paha ARTIKEL BERKAITAN: Meragam tak nampak ibu, bapa ‘kurung’ baby dalam almari... reaksi si kecil selepas kejadian sangat tak disangka! Ujarnya, dia mula meninggalkan anaknya yang masih bayi itu kepada kakaknya yang berusia 40-an selepas habis berpantang atas tuntutan kerja. Namun katanya, dia kecewa kakaknya itu 'kantoi' memberikan air kosong kepada anaknya. "Saya isteri yang bekerja. Anak umur nak dekat empat bulan. Lepas berpantang dulu saya bagi kakak saya jaga. "Mula-mula OK saja selama ini. Lepas tu saya nak ambil anak lepas balik kerja, ternampak botol susu yang isinya air kosong. Wanita itu kurang senang apabila pengasuh memberikan air kosong kepada bayinya. (Gambar Hiasan) "Saya punyalah berjaga-jaga, penat bagi susu badan, bila bekerja saya bagi susu formula, tapi last-last pengasuh bagi air kosong," luahnya. Kata wanita itu lagi, usahanya menegur perbuatan itu juga seolah-olah kurang disenangi kakaknya. Malah katanya, jika ada pilihan lain, dia pastinya mahu menjaga bayi sendiri dan enggan meninggalkannya kepada mana-mana pengasuh. "Saya tak tahu berapa banyak dia bagi, tapi anak saya bayi lagi. Saya rasa kecewa sangat. "Saya dah tegur tapi dia macam terasa pula. Kadang-kadang tu saya dah bagi susu badan dalam botol kecil pun bukannya dia nak bagi, dia lagi suka bancuh. Kalau lah saya boleh jaga anak sendiri, saya dah jaga. Tapi komitmen ada ni, terpaksalah bekerja. IBU "Kalaulah saya boleh jaga anak sendiri, saya dah jaga. Tapi komitmen ada ni, terpaksalah bekerja. "Saya rasa bersalah sangat dengan anak saya sebab tak boleh jaga dia dengan tangan saya sendiri," luahnya lagi menerusi perkongsian di laman Facebook Kisah Rumah Tangga pada Selasa. Dalam pada itu, rata-rata netizen turut meninggalkan komen dan nasihat kepada wanita itu dalam mencari penyelesaian kepada kemelut berkenaan. Kalau bukan kerana tuntutan kerja, wanita itu berkata dia sendiri pastinya akan menjaga bayi itu. (Gambar Hiasan) Namun, ada juga yang mengecam wanita itu yang mana luahan berkenaan disifatkan tidak perlu dan langsung tidak berasas. "Orang dah tolong jaga anak kau bersyukurlah. Kalau dah bagi susu botol tu, tak salah dah bagi air kosong. Sebab nak bancuh susu botol tu pun guna air masak juga. "Ada jenis mak bapak bagi je anak bawah enam bulan minum air kosong. Tapi ada juga yang tak bagi. Jadi jangan duduk perlekeh orang yang bagi dan tak bagi. Atas ibu bapa masing-masing. "Cari je la pengasuh lain kalau tak berpuas hati dengan cara jagaannya. Pilihan di tangan anda," tulis beberapa netizen di ruangan komen. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!