suria

“Bakat terpendam awak ni bagus, kalau pendam lebih baik” - Pelajar master tercabar dapat komen ‘makan dalam’, ajak geng turun stadium bukti kemampuan

Ariff membuat rakaman video di Stadium Shah Alam pada Isnin lalu.

"BAKAT terpendam awak ni bagus, tapi pendam tu lebih baik."

Demikian komen yang diterima seorang pelajar yang juga jurugambar dan juruvideo sambilan menerusi aplikasi TikTok, baru-baru ini.

Menurut Mohamad Ariff Rosly, 25, dia bagaimanapun tidak melatah dengan komen berkenaan sebelum berkongsi satu video khas yang dirakam di Stadium Shah Alam, Selangor pada Isnin lalu sebagai jawapan balas kepada individu itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda sanggup terbangkan dron, jadi juruvideo sambilan demi ubah bilik zaman kanak-kanak jadi home studio... kos bawah RM5,000 je!

ARTIKEL BERKAITAN: Juruvideo rakam detik sayu PKP... masjid kosong waktu solat Jumaat, hanya gema laungan azan - “Bukan edit, tiba-tiba banyak burung gagak”

"Sebelum ini saya selalu berkongsi hasil karya di Instagram. Saya baru dua minggu bermula di TikTok.

"Kemudian saya terima komen tu. Tapi saya pun tak kisah sangat, sebab content yang saya buat pun untuk suka-suka saja.

Ariff mula aktif di TikTok sejak dua minggu lalu.

"Selepas tu, saya ajak kawan shoot video motosikal di stadium untuk cabar balik kata-kata orang yang tinggalkan komen tu. Buat video betul-betul sebagai bukti.

"Bila dia komen macam tu, saya fikir ini peluang untuk tunjuk bakat di TikTok, biar dia nampak apa yang saya boleh hasilkan," ujarnya kepada mStar.

Menurut penuntut bidang Komunikasi Visual itu, penghasilan video di stadium baru-baru ini turut dibantu dua rakannya dengan membawa prop sebuah motosikal model KTM 200 Duke.

Saya dengan team tengah nak buka studio, InsyaAllah pada Mac ini.

ARIFF

"Saya minta tolong kawan-kawan. Dia bawa motor, jadi kami shoot dari pukul 5 petang hingga 7 malam di kawasan stadium.

"Seorang kawan saya bawa motor, saya shoot video dan ada seorang lagi kawan shoot video di sebalik tabir proses penggambaran tu," jelasnya.

Dalam pada itu, Ariff akui gembira apabila menerima banyak komen positif termasuklah yang memuji hasil videonya itu.

Ariff dibantu dua rakan dalam penggambaran video di Stadium Shah Alam.

Namun katanya, dia juga terbuka menerima komen kritikan yang berhemah untuk memperbaiki lagi mutu kerjanya.

"Dari segi komen, tak kisah sebenarnya komen baik atau jahat. Kita ambil untuk perbaiki diri, perlahan-lahan belajar.

Ariff bersama rakan-rakannya akan membuka sebuah studio tidak lama lagi.

"Nak cakap sakit hati pun tak sangat sebenarnya. Memang target untuk suka-suka je di TikTok," ujarnya yang mula membuat kerja sambilan dalam bidang itu sejak berusia 20 tahun.

Menurut Ariff, bekerja dalam bidang kreatif ini sedikit sebanyak dapat membantu dirinya untuk menampung kos pengajian selama ini.

Terbaharu, Ariff bersama tiga rakannya sedang dalam proses untuk membuka sebuah studio dikenali sebagai Lenstopia Studio di Sungai Buloh.

Ujarnya, ia sepatutnya dibuka pada Januari lalu namun ditangguhkan gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Antara foto yang dihasilkan oleh Ariff.

"Saya sebenarnya tak rancang pun nak belajar fotografi. Kalau ikutkan saya mahu sambung belajar dalam bidang Seni Halus, tapi tiada rezeki saya.

"Tak sangka pula saya rajin belajar sampai ke peringkat Master sekarang. Alhamdulillah, boleh jana sumber pendapatan.

"Saya dengan team tengah nak buka studio, InsyaAllah pada Mac ini. Tertangguh sebab PKP. Sekarang dalam proses persiapan," ujarnya.

Studio yang diusahakan Ariff bersama tiga rakannya dijangka beroperasi pada Mac ini.

Kata Ariff lagi, dia berharap pandemik Covid-19 berakhir segera bagi membolehkan segala urusan dia dan pasukan dapat berjalan lancar.

"Memang terjejas sejak PKP tahun lepas, banyak job ditunda. Dengan nak bayar rumah, bayar yuran lagi. Job tak sebanyak sebelum ini.

"Harap PKP berakhir segera agar semua job dapat dimulakan balik seperti sedia kala," ujarnya mengakhiri bicara.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain