suria

“Vaksin bukan Dajal” - KJ pantas sangkal teori tak berasas puak antivaksin... seru sebar info sahih dalam grup WhatsApp keluarga, taman perumahan

Seorang pelayar Facebook mengaitkan vaksin Covid-19 dengan Dajal.

LEBIH setahun dunia diserang wabak Covid-19, sudah pastinya penemuan dan penghasilan vaksin bagi virus maut itu sesuatu yang ditunggu-tunggu ramai.

Selepas banyak negara sudah memulakan program imunisasi Covid-19 sejak beberapa bulan lalu, kini tiba pula giliran Malaysia.

Kumpulan pertama vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor, pada pagi Ahad dengan membawa 312,390 dos vaksin menggunakan pesawat Airbus 330-300.

ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya kumpulan pertama vaksin Covid-19 tiba di Malaysia pagi ini

ARTIKEL BERKAITAN: Diawalkan 2 hari, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bermula 24 Februari - Khairy

Sudah semestinya ketibaan vaksin ini disambut baik oleh rakyat negara ini yang sudah sekian lama menantikan 'penawar' virus berkenaan.

Dalam pada ramai yang teruja dan gembira, bagaimanapun ada segelintir pihak bergelar 'antivaksin' yang mengambil kesempatan untuk terus menyebarkan teori tidak berasas dengan mengaitkan vaksin Covid-19 dengan Dajal.

"Vaksin datang disambut seperti penyelamat masalah umat. Sangat dahsyat. Siapa yang dapat hubungkan berita ini dengan hadis nabi tentang akhir zaman, dia tahu masa dah tak lama. Cuba fahamkan maksud 'Dajal akan datang membawa segunung roti'. Oh, dekat kapal terbang tu ada tulisan One World. Nampak?" demikian tulis seorang pelayar di Facebook.



Khairy menyangkal teori tidak berasas seorang pelayar Facebook.

Pelayar berkenaan membuat perkongsian di laman sosial itu sebagai mengulas satu hantaran yang dimuat naik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai juruterbang yang bertanggungjawab menerbangkan pesawat yang membawa dos vaksin Covid-19.

Perkongian tersebut mendapat perhatian Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang lantas menyangkal teori pelayar berkenaan.

"Vaksin bukan Dajal dan One World adalah nama airline alliance atau rangkaian syarikat-syarikat penerbangan," tulis Khairy pada ciapan di Twitter.

Dalam masa yang sama, Khairy turut menyeru rakyat agar yakin dengan kajian sains di samping menggunakan media sosial untuk menyebarkan fakta.

"Mungkin kita tertawakan golongan antivax di sini tetapi mereka lantang di platform medsos (media sosial) seperti FB dan WhatsApp.

"Saya harap rakyat yang yakin dengan sains turut membantu menyebarkan maklumat sahih bersama kerajaan. Terutamanya dalam group WhatsApp keluarga dan taman perumahan," ujarnya lagi.



Antara respon netizen yang menyokong menteri berkenaan.

Rata-rata netizen turut menyokong langkah menteri berkenaan yang memberikan penerangan bagi mengelakkan rakyat terus terpengaruh dengan 'dakyah' golongan antivaksin.

"Saya dah mula melawan mereka di FB, Twitter dan WhatsApp dah YB sebab kebodohan antivaksin belum ada vaksin dan penawar lagi melainkan perlu diberi pelajaran sama ada secara berhemah atau secara sinis dan berlawak," komen seorang netizen.

"Keluarga saya semua sedang menunggu untuk dapatkan vaksinasi. Kami akan bantu menerangkan dari segi sains dan tanggungjawab sosial mengenai vaksinasi. InsyaAllah," komen seorang pelayar lain.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain