PERKENALAN menerusi aplikasi WeChat pada tahun 2015 membawa kepada penyatuan pasangan ini pada 31 Julai 2020. Selepas lebih enam bulan mendirikan rumah tangga, video perkenalan antara Nur Aida Mat Awi dan suaminya, Muhammad Iqram Rossli tiba-tiba tular di aplikasi TikTok. Mesra disapa Aida, dia mendedahkan dirinya merupakan seorang Pembantu Pembedahan Pergigian (DSA) di Melaka, manakala suaminya pula berkhidmat sebagai pegawai Bomba di Perak. ARTIKEL BERKAITAN: Bermula dengan tabiat si gadis suka meroyan di Twitter, jurutera ini try dengan hanya satu perkataan... kini belum pun setahun mereka lebih mesra di rumah ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda Kelantan akui terlalu memilih... kini cikgu bahasa Arab buang rasa malu, cari jodoh di Twitter Sewaktu dihubungi mStar, Aida sempat memperincikan semula detik perkenalannya dengan suaminya kira-kita lima tahun lalu. "Kami sebaya, sama-sama umur 24 tahun. Pada tahun 2015, kami berkenalan menerusi WeChat. Masa tu masing-masing tengah tunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). "Masa saya mula chat dengan dia, masa tu saya tak serius sangat sebab dia pun tak letak gambar. Tapi masa tu rasa selesa berborak dengannya. Aida kini bertugas di Melaka, manakala suaminya di Perak. "Kami masing-masing dari Kelantan. Saya menetap di Tumpat, dia di Kota Bharu. Sewaktu chat dengannya, saya maklumkan ada sepupu tinggal berdekatan area rumahnya. "Rupa-rupanya, sepupu saya merupakan kawan baik suami. Akhir sekali, kami pertama kali jumpa di gerai burger sepupu saya. Itu kali pertama saya tengok wajahnya," imbas Aida. Menurut wanita itu lagi, mereka pada tahun sama melanjutkan pengajian ke tempat berbeza selepas mendapat keputusan SPM. Kita kena nilai niat seseorang. Kalau chat benda baik-baik, mungkin boleh teruskan. AIDA Setelah melalui penantian panjang, mereka akhirnya disatukan pada Julai lalu sebelum kembali ke negeri masing-masing atas tuntutan tugas. "Masa mula-mula kenal tu nak fikir mengenai kahwin. Tapi masa tu kami masih belajar. Saya ada terfikir, macam-macam boleh berlaku sementara nak ke fasa perkahwinan. Takut tak kesampaian. "Sehinggalah tahun lepas kami ambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Sepatutnya kahwin pada Tahun Baru Cina tahun 2021, tapi kami awalkan pada tahun lepas. "Sewaktu kahwin, kami cuti dua minggu saja, kemudian balik ke negeri masing-masing. "Biasanya kami akan bertemu sekali atau dua kali sebulan," ujarnya lagi. Paparan skrin video yang dikongsi di TikTok. Menurut Aida, dia cukup terkejut apabila video yang dikongsi menerima ratusan ribu tontonan dan dihujani pelbagai komen. Jelasnya, dia turut menerima komen negatif individu yang salah faham dengannya menerusi aplikasi itu. "Saya teringat pada suami, buka galeri telefon dan terfikir nak buat video. Tak sangka ada sambutan, ingat nak buat kenangan diri sendiri je. "Ada video pertama yang saya kongsikan gambar kami berdua pakai uniform. Ada yang kata, dua-dua kerja kerajaan, siapa yang tak nak kenal? Pasangan ini berkenalan menerusi WeChat pada tahun 2015. "Tapi saya jelaskan balik menerusi video seterusnya. Kami kenal semasa dua-dua belum bekerja. Saya cuma nak perbetulkan. Tapi saya tak terasa hati dengan komen negatif tu," ujarnya lagi. Mengulas isu perkenalan menerusi aplikasi sembang mahupun media sosial, Aida berkata hal itu tidak menjadi masalah memandangkan zaman sudah berubah. Malah katanya, selain dirinya yang berkenalan dengan suami di WeChat, ada individu lain yang turut bertemu jodoh menerusi Facebook dan sebagainya. "Kita kena nilai niat seseorang. Kalau chat benda baik-baik, mungkin boleh teruskan. "Tapi kalau chat ke arah negatif, baik jangan layan," ujarnya lagi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!