suria

Gamat pesara tentera hantar kek ke rumah jiran! Sekampung dengar, siapa tak kenal boleh luruh jantung... isteri pun mengaku ‘dulu rasa malu’

Video pesara askar itu meraih ratusan ribu tontonan menerusi aplikasi TikTok.

RAKAMAN memaparkan seorang pesara askar yang memanggil jiran-jirannya dengan suara lantang sewaktu mahu berkongsi juadah menjadi tular di media sosial.

Menurut isterinya yang juga ibu kepada tiga cahaya mata yang mahu dikenali sebagai Duyung, 45, suaminya iaitu Hairol Nazli Hamdan, 44, sudah bersara daripada Johor Military Force (JMF) pada tahun 2011.

Bercerita lanjut mengenai kejadian tular itu, dia berkata ia dirakam secara spontan dan sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan keluarga serta jiran-jirannya.

ARTIKEL BERKAITAN: PUBG 'jodohkan' pasangan polis dan tentera, “Keluarga terkejut, betul ke kenal dalam game?”

ARTIKEL BERKAITAN: Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan”

"Video itu dirakam baru-baru ini, bukan content, saya sekadar rakam untuk suka-suka. Memang macam tu cara dia panggil jiran.

"Sebab kalau saya panggil, mungkin mereka tak dengar. Jadi dia yang tolong hantar. Terkejut juga bila viral. Kita main-main saja. Memang tak sengaja.

"Jiran dah terbiasa. Mereka dah faham, memang caranya macam tu. Masa tu kami hantar kek Hokaido. Saya beli dengan cikgu anak saya, saja nak kongsi dengan jiran," jelasnya kepada mStar.

Duyung bersama suami dan tiga anaknya.

Menurut Duyung, anak-anaknya juga sudah terbiasa dengan suara lantang dan cara panggilan suaminya itu.

"Dengan anak-anak pun macam tu. Anak kami yang sulung umur 17, yang bongsu pula 15 tahun. Kami pula dah 19 tahun mendirikan rumah tangga.

"Begitulah cara dia, kejut tidur memang kuat. Masa mula-mula kahwin saya tak sedar. Lama-lama baru nampak.

Tapi ramai juga yang komen baik-baik dan doakan kami, Alhamdulillah.

DUYUNG

"Anak-anak pun dah faham, mereka tak hairan. Suara kuat tak bermakna marah, cuma dia dulu dah terbiasa masa bertugas," ujarnya.

Menurut Duyung, dia juga tidak terlepas menerima kecaman apabila video suaminya itu tular di aplikasi TikTok.

Namun katanya, dia tidak terasa hati dengan segelintir netizen yang salah faham mengenai video itu.

Bapa kepada tiga cahaya mata ini bersara pada tahun 2011.

"Mula-mula rasa malu bila orang gelakkan kita. Tapi ramai juga yang komen baik-baik dan doakan kami, Alhamdulillah.

"Tapi saya tak ambil hati, mungkin ada netizen salah faham hingga tinggalkan komen kecaman," jelasnya yang menetap di Johor Bahru, Johor itu.

Dalam pada itu, rata-rata netizen mengakui terhibur melihat cara suami wanita itu memangggil jiran mereka.

Malah, ada yang meninggalkan komen meminta diperbanyakkan content sedemikian yang dianggap cukup menghiburkan.

Antara video lain yang tular di TikTok.

"Ini kelakar. Dari lena tidur boleh terbangun kalau jiran panggil macam ni.

"Seronok sangat bila ada jiran sebelah macam ni.

"Jiran saya dulu askar, dia panggil anak-anak balik pun macam ni la, bergegar rumah.

"Seronoknya berjiran meriah macam ni.

"Terhibur ada jiran macam ni," tulis beberapa netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain