suria

Guru ‘up’ status... terlepas detik hantar anak sendiri ke sekolah, demi ‘momen berharga anak anda’ - "Bukan merungut, cuma minta waras dan faham"

Ibu bapa menghantar anak-anak mereka di hari pertama sesi persekolahan dibuka semula pada Isnin. foto IZZRAFIQ ALIAS/The Star

DENGAN pembukaan semula sesi persekolahan secara berperingkat, ia sedikit-sebanyak membuatkan sebahagian ibu bapa menarik nafas lega.

Ini terutama mereka yang selama ini berdepan dengan masalah atau kekangan ketika anak-anak menjalani sesi pengajaran dan pelajaran di rumah (PdPR) berikutan pandemik Covid-19.

Hari pertama sesi persekolahan bermula Isnin menyaksikan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah selain guru-guru turut menyambut kedatangan para pelajar.

ARTIKEL BERKAITAN: Siap 'thumbs up'! Dah namanya guru... tak sampai hati lihat murid main 'gasing pemadam' cara salah, mulanya tegur kemudian terus ajar - "Saya selalu menang, tapi ada lebih power"

ARTIKEL BERKAITAN: Guru sebak terlihat 'sisi' lain pelajarnya ketika bertembung adik, selama ini hanya dianggap penghibur kelas

Jika melihat dari sudut lain, tanggungjawab guru bukan sahaja tertumpu di dalam kelas mahupun PdPR malah boleh dilihat di pintu masuk sekolah.



Guru komited menanti kedatangan pelajar ke sekolah. -gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

Ini kerana setiap kali sesi persekolahan terutama hari pertama, guru merupakan antara individu terawal perlu berada di sekolah sebelum ketibaan para pelajar.

"Guru yang perlu menyambut anak orang pada hari pertama, tidak pernah berpeluang menghantar anak sendiri pada hari pertama biarpun anaknya 10 orang.

"Guru telah lepaskan momen berharga anaknya, demi momen berharga anak anda. Justeru hargailah," tulis seorang guru, Khairul Kamilin yang menerusi satu status di Facebook.

Beliau bagaimanapun berkata, status tersebut bukan satu keluhan, sebaliknya sekadar memberi gambaran mengenai pengurusan guru terhadap pelajar di sekolah.



Ibu bapa membuat persiapan persekolahan anak-anak. -gambar hiasan/ foto IZZRAFIQ ALIAS/The Star

"Status ini bukan complain, bukan juga merungut apa. Ia cuma status beri gambaran. Ia cuma status minta jadi waras dan faham.

"Ia cuma status untuk menjentik hati mereka yang suka sangat berkeluh-kesah dalam bab pengurusan anak oleh guru di sekolah. Itu saja.

"Jauh sangatlah kalau kata ini sebagai sebuah keluhan. Dah memang ini tugas kami, nak mengeluh apanya," jelasnya di ruangan komen pada status berkenaan.

Bukan kita saja yang sayang anak kita. Guru juga terfikir-fikir anaknya di sana

KHAIRUL KAMILIN

Melihat kepada senario tersebut, Khairul turut memberitahu bahawa guru yang disebut beliau menerusi statusnya bukanlah merujuk kepada semua pendidik.

"Guru kategori atas tu bukanlah semua. Biasanya guru bertugas, guru penyelaras, guru kelas, guru penyelia. Mereka ini yang wajib ada, tanpa alasan.

"Cikgu lain yang tidak terlibat secara langsung, memanglah ada sedikit peluang. Tak sebut pun kata semua guru," katanya.



Gelagat seorang guru menjadi maskot kucing menghiburkan pelajar yang hadir ke sekolah. -gambar hiasan/ foto KAMARUL ARIFFIN/The Star

Dalam pada itu, guru tersebut turut meminta agar pengurusan di sekolah dapat berjalan lebih lancar dengan kerjasama semua pihak terutama ibu bapa.

"Jika diminta kerjasama, dengarlah. Jika diminta pulang, pulanglah. Jangan minta bukan-bukan dalam bab penjagaan anak kita.

"Bukan kita saja yang sayang anak kita. Guru juga terfikir-fikir anaknya di sana. Moga Allah pelihara dan beri afiyah pada anak-anak semua," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain