MINAT terhadap drama Korea (K-Drama) sejak sekian lama ternyata memberi inspirasi buat jurugambar ini dalam mencurahkan kreativitinya. Terbaharu, dia tampil dengan idea menarik apabila melakukan sesi photoshoot bertemakan 'Korean Picnic' di sebuah kawasan sawah di Alor Setar, Kedah. Hasil fotografi itu ternyata mencuri perhatian ramai apabila lokasi terpencil di negeri utara tanah air yang dipilihnya kelihatan persis lokasi pelancongan di Korea Selatan. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya pernah usik mak cakap Korea sebelum ni” - ‘Oppa’ UiTM gembira lakonan ajak rakan solat diterima ramai ARTIKEL BERKAITAN: Artis Kpop - BTS pakai Baju Melayu kiriman peminat Malaysia Menurut Asyila Firzan, 29, penggambaran itu dilakukan pada minggu lepas dengan menjadikan Pulau Jeju sebagai inspirasi utamanya. "Sebenarnya saya terfikir idea ini sebab sekarang musim kering. Bila padi dah diambil dari bendang, kawasan itu pun dah flat. "Dengan jerami padi yang ada, boleh rasa vibe negara Korea. Jadi saya saja-saja cuba, saya minta adik dan kawan baik jadi model. Asyilah sanggup membawa sebuah basikal dalam sesi photoshoot itu yang mana ia turut diinspirasikan daripada drama Full House yang pernah popular suatu masa lalu. "Saya cuba buat gambar tu ala-ala warna pastel untuk menambahkan lagi elemen macam di negara Korea "Kami ambil gambar pada waktu petang, cuaca pun tak panas sangat, masa tu dah 6.30 petang," ujarnya kepada mStar. Menurut graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang mesra disapa Asyila itu, dia turut membawa sebuah basikal dalam sesi photoshoot berkenaan bagi menjelmakan tema seolah-olah drama popular, Full House yang pernah popular suatu masa lalu. Alhamdulillah dapat komen yang membina. Ada juga yang tanya beli basikal kat mana. ASYILAH Malah katanya, lokasi penggambaran itu juga tidak jauh dari kediamannya sekali gus memudahkan proses berkenaan yang dilaksanakan dalam tempoh singkat sahaja. "Saya memang minat drama Korea dari zaman sekolah lagi. Photoshoot ini juga hasil inspirasi cerita Full House. "Dengan basikal yang kita angkut dari rumah. Lokasi pun tak jauh. Biasalah orang Kedah, belakang rumah pun ada bendang. Ramai yang meninggalkan komen positif terhadap hasil photoshoot ini di TikTok. "Sewaktu shoot, ada juga orang lain main wau di kawasan tu. Ada orang kampung datang tegur, mereka tanya tengah ambil gambar ke?" imbasnya berseloroh. Tambah Asyila, dia sendiri belum pernah menjejakkan kaki ke Korea Selatan namun menyimpan hasrat untuk ke sana suatu hari nanti. Kata Asyila lagi, dia juga terharu apabila video photoshoot itu yang dikongsi di TikTok meraih perhatian ramai. "Saya rasa terharu. Lagi bersemangat nak buat tema-tema lain selepas ini. Bila orang bagi feedback, kita memang berterima kasih. Antara gambar yang dirakam dalam sesi photoshoot itu. "Alhamdulillah dapat komen yang membina. Ada juga yang tanya beli basikal kat mana. Selain itu, ada juga yang beri pelbagai cadangan dan idea kepada saya. "Mungkin lepas ni akan cuba shoot di hutan pula. Biasa hujung minggu ada event, jadi untuk shoot macam ni saya buat pada hari biasa bila berkelapangan. "Sekarang pun banyak duduk rumah, banyak acara yang ditunda," ujarnya lagi. Bercerita mengenai dirinya, Asyila sudah bergelar jurugambar sejak tiga tahun lalu. Video ini meraih hampir 30,000 tontonan di TikTok. Dia yang banyak menawarkan khidmat fotografi perkahwinan kini turut berjinak-jinak dalam perniagaan minuman kopi. Dalam pada itu kata Asyila, dia juga bersyukur apabila bakatnya semakin dikenali selepas banyak berkongsi hasil karya di TikTok. Malah, dia menyifatkan aplikasi itu sebagai satu platform baharu yang turut membuka peluang rezeki buatnya. "Saya ada juga dapat job dari TikTok. Jadi saya rasa ia memang platform yang bagus untuk memasarkan diri dan bakat yang dimiliki. "Kita buat marketing di TikTok pun tak perlu bayar. Kita buat sendiri," ujarnya lagi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)