suria

Suara disamakan dengan Anuar Zain, pelajar UiTM terima pujian dengan hati terbuka - “Sebelum buat persembahan, mama akan dengar saya nyanyi dulu”

Ash terharu apabila ada yang menyamakan suaranya dengan Anuar Zain.

"BRO, kamu mengingatkan saya kepada Anuar Zain."

Itulah komen yang diterima seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) apabila suaranya dikatakan sama dengan penyanyi popular tanah air itu.

Menurut Muhammad Hazzroul Ashryaf Hasril, 20, dia yang sememangnya suka menyanyi sejak kecil cukup terharu apabila diberi pujian sedemikian rupa.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sia-sia buat 'show' atas katil sampai terpejam mata, netizen 'cair'... “meremang bulu roma oii”

ARTIKEL BERKAITAN:Ramai yang ‘gila’, ada ulang dengar sampai 100 kali! ‘Bro suara radio’ tak mahu hanya jadi penghibur di beranda

Malah, penuntut bidang Kejuruteraan Awam itu menerima komen berkenaan dengan hati terbuka dan menganggap ia sebagai rezeki yang tak disangka-sangka.

"Saya rasa terharu bila orang komen macam tu. Ada juga yang komen kata suara saya macam Kaer Azami.

"Saya sekadar nyanyi main-main, tapi bila disamakan begitu, memang sangat gembira. Tapi sesetengah orang, mereka tak suka disamakan dengan sesiapa.

Ash bersyukur menerima sokongan penuh ibunya.

"Ada juga kawan cakap kepada saya, dalam nyanyian kita tak boleh sama dengan orang sebab kita ada keistimewaan sendiri.

"Tapi bagi saya pula, ia bergantung kepada telinga masing-masing. Saya terima semuanya. Dia kata macam Anuar Zain, saya terima saja," ujarnya kepada mStar.

Bercerita mengenai hobi nyanyiannya itu, Ash berkata dia acap kali membuat persembahan di sekolah dan juga majlis perkahwinan.

Mungkin tanpa sokongan mereka di luar sana, dah lama saya tak ada motivasi untuk teruskan nyanyian.

ASH

Selain mendapat sokongan keluarga, dia juga pernah berduet dengan ibunya yang dianggap sebagai rujukan utama sebelum membuat apa-apa persembahan sebelum ini.

"Saya minat menyanyi dari sekolah rendah. Cikgu pun suruh saya menyanyi, buat persembahan di sekolah. Saya juga boleh main gitar.

"Keluarga saya pun kebanyakan memang boleh main muzik. Mama pula suka menyanyi. Pernah berduet dengan dia di majlis kahwin saudara-mara.

Ash merupakan penuntut UiTM dalam bidang Kejuruteraan Awam.

"Duet lagu Dua Insan Sedang Bercinta dengan mama. Rasa lagi ngam, sebab dah biasa nyanyi dengan dia dari saya kecil lagi.

"Mama juga selalu beri sokongan. Dulu sebelum saya buat apa-apa persembahan di sekolah, mama akan dengar saya nyanyi dulu di rumah. Dia jadi telinga pertama yang dengar," jelas Ash yang menetap di Sungai Buloh, Selangor.

Menurut anak pertama daripada lima beradik itu, dia yang cukup meminati Ariana Grande tidak menolak rezeki seandainya menerima tawaran dalam bidang nyanyian.

Video yang tular di TikTok.

Namun katanya, dia mahu fokus terhadap akademik dan mengejar cita-cita dalam bidang kejuruteraan tanpa mengabaikan minat dan hobinya itu.

"Saya fikir nak jadikan nyanyian sebagai pendapatan sampingan. Saya juga dah mula aktif di YouTube dan TikTok sejak hujung tahun lepas.

Ash bersyukur dengan segala komen positif yang diterima di media sosial.

"Setiap kali post video, saya tak mengharapkan semua orang tengok. Tapi bila jumlah tontonan tinggii, sata rasa terharu dan bersyukur.

"Mungkin tanpa sokongan mereka di luar sana, dah lama saya tak ada motivasi untuk teruskan nyanyian," ujar Ash lagi.

Untuk rekod, Ash juga pernah menyertai program televisyen I Can See Your Voice pada Ogos tahun lalu.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain