BAGAI menjadi kebiasaan, kita pasti dihidangkan dengan pelbagai kisah dan ragam si cilik setiap kali sesi persekolahan dibuka saban tahun. Terbaharu, seorang wanita berkongsi video gelagat adik bongsunya, seorang murid tadika yang melarikan diri ke sebuah padang bola kerana enggan masuk ke kelas. Dalam rakaman itu, Noor Shahida Mohammad Noor, 25, terpaksa berjalan jauh ke tengah padang untuk memujuk adiknya, Mohammad Amar, 6, pada Khamis pagi. ARTIKEL BERKAITAN: Sejuk mata memandang... si cilik tak kekok berpurdah, abang sulung dulu ada 'angin' kini jadi ikutan adik-adik - “Anak kecil ni kena tegas tapi secara lembut” ARTIKEL BERKAITAN: Dugaan besar calon SPM, jenazah bapa dibawa ke sekolah untuk ditatap buat kali terakhir Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Shida mengakui insiden seperti itu pertama kali berlaku sejak adiknya memulakan pengajian di tadika pada Isnin lalu. "Adik baru masuk tadika hari Isnin lepas. Hari pertama dan kedua dia berkelakuan baik. Masuk dalam kelas, duduk dengan senyap. Shida bersama adik bongsunya. "Hari ketiga dia dah mula menangis. Pada hari keempat, tiba giliran saya yang menghantarnya ke tadika. "Turun je motor, terus dia lari ke padang. Saya tergamam. Cikgu pun suruh saya ikut, takut dia menyorok. Saya ikutlah sampai ke tengah padang, dia duduk di sebuah bangku. Yang lain semua dah dewasa, dia seorang je yang masih bersekolah. SHIDA "Lama juga saya pujuk. Dalam 40 minit. Kemudiannya pukul 9 baru dia masuk kelas," ujar Shida berseloroh. Menurut Shida, dia turut 'mengumpan' adiknya yang mahu membeli permainan di sebuah pusat beli belah agar masuk ke kelas dan berjanji akan menunaikan permintaannya secepat mungkin. "Dia tak nak masuk kelas sebab nak pergi pasar raya, dia nak beli robot yang boleh bergerak tu. Kawasan padang tempat kanak-kanak itu melarikan diri pada Khamis pagi. "Saya pujuk dia, saya kata kita pergi beli nanti balik sekolah. Dia memang jenis manja, nak apa je mak akan beli," ujar Shida lagi. Menurut Shida yang menetap bersama keluarganya di Jitra, Kedah, Mohammad Amar merupakan satu-satunya adiknya yang masih bersekolah. Shida pula bekerja di kedai makan yang diusahakan oleh ibu bapanya, juga di Jitra. "Kami lapan beradik dan saya anak kelima. Yang lain semua dah dewasa, dia seorang je yang masih bersekolah. Mohammad Amar merupakan anak bongsu dalam keluarganya. "Pagi-pagi mak ayah sibuk di kedai makan. Jadi sayalah yang hantar dia hari ni. Dia pun tak perasan saya rakam video masa tengah pujuk tu. "Lepas balik saya tunjuk juga pada mak dan ayah. Mereka gelak-gelak saja," ujarnya lagi. "Tahun lepas masa umur 5 tahun pun dia tak nak sekolah. Saya cuma harap minggu depan dia dah OK dan mahu bersekolah," ujarnya lagi. Untuk rekod, sesi persekolahan untuk murid pra-sekolah, tahun 1 dan 2 kembali dibuka pada Isnin lalu. Pada 8 Mac ini pula, ia akan disusuli dnegan pembukaan sesi persekolahan bagi murid sekolah rendah tahun 3 hingga 6. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!