suria

Pernah panjat signboard ‘Ipoh’, 5 kali masuk lokap... apa sebenarnya pemuda ni nak tunjuk kepada masyarakat? - “Mak ayah mana tak sayang anak”

Aksi terbaharu sewaktu Paeh memanjat sebuah jambatan di Putrajaya baru-baru ini.

CUKUP sinonim dengan ketinggian, malah barangkali tidak wujud istilah 'gayat' dalam hidup jejaka ini.

Begitulah kisah mengenai Muhammad Faiz Roslee, 28, yang pernah tular kerana memanjat papan tanda 'Ipoh' di Perak pada tahun 2016.

Kini, dia yang sudah 12 tahun berkecimpung dalam aktiviti parkour turut menjadi bualan ramai dek video-video ekstrem yang dihasilkan olehnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Parkour Bukan Sukan 'Bunuh Diri' – Abudi Alsagoff

ARTIKEL BERKAITAN: Polis Siasat Kumpulan Panjat Papan Tanda 'Ipoh'

Terbaharu, tular pula video memaparkan pemuda yang mesra disapa Paehh itu berada di puncak Jambatan Seri Saujana, Putrajaya dan Stadium Shah Alam, Selangor.

Bercerita kepada mStar, Paehh mendedahkan dia sebenarnya sudah berjinak-jinak dengan aktiviti itu sejak berusia 16 tahun dan menjadikan pelakon aksi terkenal, Jackie Chan sebagai sumber inspirasinya.

"Apa yang saya buat ini dipanggil roof culture. Saya juga buat parkour dan freeruning. Ia merupakan sukan aksi.

Paehh membuat rakaman dirinya yang berada di atas bumbung Stadium Shah Alam.

"Saya menjadikan Jackie Chan sebagai panduan utama, sebab rujukannya juga ke arah aksi stunt.

"Saya bermula di bangku sekolah, masa tingkatan 4. Jumpa video di YouTube, tengok orang luar buat dan cuba latih diri. Masa sekolah tu ada juga panjat balkoni.

"Aktiviti ni melibatkan mental dan fizikal. Jadi ia memerlukan banyak latihan. Saya juga kena latih diri untuk cari keseimbangan badan. Awal-awal dulu memang ketar habis badan," ujarnya.

Saya pernah masuk lokap sekali di Singapura dan empat kali di Malaysia. Sejujurnya memang serik.

PAEHH

Menurut Paehh, keluarganya juga tidak merestui apa yang dilakukannya itu suatu masa lalu.

Namun seiring perubahan masa, dia kini menerima sokongan keluarga setelah menjelaskan niat sebenar di sebalik apa yang diperjuangkannya itu.

"Mak ayah mana yang tak sayang anak? Awal-awal dulu mereka tak sokong. Mereka marah sebab ia melibatkan keselamatan.

"Sampai keluarga daftarkan insuran untuk saya sebab takut apa-apa terjadi. Tapi saya cuba jelaskan apa yang saya mahu.

Paehh dan rakan-rakannya yang memanjat papan tanda Ipoh pada penghujung tahun 2016.

"Saya sebenarnya nak beri motivasi kepada orang di luar sana bahawa sesiapa sahaja boleh jadi juara dan tunjukkan keberanian diri.

"Sebelum buat apa-apa pun, saya tak main redah je. Saya akan tengok dulu. Datang tengok lokasi sehari lebih awal. Kemudian esok datang balik untuk buat rakaman," ujarnya.

Menurut Paehh lagi, aktiviti itu turut menyebabkan dia ditahan di lokap sebanyak lima kali.

Kata Paehh, dia mula menceburi aktiviti itu sejak berusia 16 tahun.

Namun katanya, dia menyifatkan ia sebagai asam garam yang perlu dilalui dalam memperjuangkan minatnya.

"Saya pernah masuk lokap sekali di Singapura dan empat kali di Malaysia. Sejujurnya memang serik.

"Saya tak cakap apa yang saya buat itu betul, tapi saya ada sasaran untuk didik masyarakat di luar sana.

Paehh berhasrat membuka sebuah akademi berkaitan sukan itu pada masa akan datang.

"Saya juga simpan hasrat untuk buka akademi suatu hari nanti. Dulu masa tahun 2014 saya pernah buka gim tapi terpaksa ditutup tak lama kemudian.

"Saya juga pernah latih selebriti seperti Hairul Azreen dan Shukri Yahaya," dedah Paehh lagi.

Bercerita mengenai dirinya, Paehh berkata dia kini menjadi content creator di samping terlibat dalam lapangan kerja berkaitan pengurusan acara dan turut memiliki team produksi sendiri.

Paehh banyak berkongsi video aktivitinya menerusi Instagram, TikTok dan juga YouTube.

Menurut laman sesawang Weblogographic, parkour adalah seni pergerakan yang memerlukan individu untuk bergerak dari titik A ke titik B dengan cara yang paling cepat.

Freerunning pula boleh dikatakan sebagai salah satu cabang parkour. Ia melibatkan aktiviti mengekspresikan diri dalam lingkungan seseorang tanpa dibatasi.

Freerunning memberikan penekanan kepada seni dan akrobatik atau Parkour adalah sekunder di dalamnya

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain