SUDAH termaktub hakikat yang menyatakan tanggungjawab memberi nafkah terletak di atas bahu suami. Sebagai ketua keluarga, si suami adalah individu yang perlu menyediakan keperluan buat anak dan isterinya iaitu tempat tinggal, makan pakai dan perbelanjaan lain. Namun lain pula halnya dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang pelayar ini mengenai sikap abang iparnya yang seolah-olah sengaja mengambil kesempatan terhadap isteri sendiri selepas 'digantung' sementara daripada tugas ketika pandemik Covid-19.ARTIKEL BERKAITAN: Kakak murung jadi ‘hamba’ kepada 3 adik lelaki malas bekerja, tidur sepanjang hari - “Ayah terbiasa biar mak buat kerja rumah, suami dilayan ibarat raja”ARTIKEL BERKAITAN: Isteri sayu suami bangun tidur lewat hanya tahu buka tudung saji sepanjang PKP, tak larat membebel... nak tuntut di akhirat - “Dengan geng game online boleh gelak-gelak” Tanpa mendedahkan identiti, pelayar itu meluahkan rasa geram terhadap suami kepada kakak kandungnya menerusi coretan di laman IIUM Confession. Dedah pelayar itu, segala-galanya terbongkar sewaktu kakaknya menghabiskan tempoh berpantang cahaya mata sulung di rumah kedua ibu bapanya. "Bila dah lama sangat di kampung, ayah mak aku pun peliklah apasal menantu diaorang ni lama sangat cuti. Nak kata WFH (bekerja dari rumah), kerja dia bukannya depan laptop boleh WFH. Tapi demi nak menjaga air muka dan perasaan anak menantu, ayah mak aku diamkan aja. 'Status' pekerjaan abang iparnya terbongkar selepas lelaki itu terlalu lama menetap di rumah ibu bapanya. -Gambar hiasan "Bila dah lama sangat duduk depan mata, mulalah terkeluar perangai abang ipar aku yang pemalas. Aku perasan tiap kali kakak minta belikan barang dapur, abang ipar akan ambil duit dan kad debit kakak aku," luahnya membuka bicara. Tambahnya, dia hanya mendiamkan diri dan enggan bertanya mengenai perkara tersebut kepada kakaknya. "Yang boleh kantoi suami kakak aku tak kerja sebab lepas tiga bulan, kakak aku WFH. Walaupun masa tu dah boleh rentas negeri, kakak aku nak duduk kampung je. "Ayah aku tanya direct dekat abang ipar aku 'Kamu dah berapa lama tak kerja? Kamu dah kena buang kerja ke?'. Tercengang abang ipar aku. Macam biasalah kakak aku cover suaminya. Bila dah lama sangat duduk depan mata, mulalah terkeluar perangai abang ipar aku yang pemalas. PELAYAR "Terus kakak aku katakan 'Takpe ayah, gaji saya lebih dari cukup pun. Sementara tak dipanggil kerja ni eloklah abang jaga anak, jaga saya, jaga rumah kami. Lagipun Covid-19 kan bahaya nak keluar selalu'. "Baguslah jaga air muka suami tapi tak bagusnya bila si suami ambil kesempatan," kongsi pelayar berkenaan. Lebih 'menyakitkan mata', lelaki tersebut dikatakan lebih banyak goyang kaki berbanding membantu kakaknya menjaga bayi mereka ataupun membantu kerja-kerja rumah yang lain. "Baru-baru ni company tempat kerja abang ipar aku panggil dia masuk kerja. Dia boleh reject dan minta sambung cuti. Kakak aku ni walaupun cakap dia boleh sara, dia reda dan bahagia hidup dengan suami dia, Tapi dia mengadu juga dekat aku. Menurut pelayar itu, kakaknya sering mengadu perihal suaminya menerusi mesej. -Gambar hiasan "Sekarang anak dah hampir setahun, balik kerja kakak aku kena masak, mandikan anak, kemas rumah dan buatlah semua kerja rumah. Kata kakak, suaminya tak sempat nak kemas rumah sebab anak tak mahu berenggang. "Bagi akulah, lelaki kalau dah diajar jadi biawak dan dia dah selesa jadi biawak hidup, maka susahlah dia nak jadi manusia atau lelaki soleh yang bertanggugjawab mencari nafkah. "Tak bersuami pun tak apalah kalau macam ni punya perangai suami. Aku pula naik takut nak nikah. Jomlah kita berdoa pada Allah supaya kita semua dijodohkan dengan lelaki soleh yang faham agama," katanya lagi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!