KEHADIRAN insan ketiga sudah tentu akan mengganggu keharmonian sesebuah perhubungan. Begitu juga yang dilalui wanita ini apabila mendakwa suaminya menjalin cinta dengan rakan sekerja. Lebih pilu, wanita itu ini sedang hamil anak kedua. ARTIKEL BERKAITAN: Suami nak ‘outstation’ naik pangkat, isteri dalam pantang sanggup packing barang - “Selepas balik tiba-tiba dia baik lain macam...” ARTIKEL BERKAITAN: “Saya berpantang sendiri, badan sakit, hati sakit...” - Sara perempuan lain ketika bisnes sedang maju, isteri dah tak sanggup tengok muka suami "Aku tengah mengandung anak kedua. Hari ini aku dapat tahu suami aku curang dengan rakan sekerja dia. "Bersayang-sayang dalam chat (mesej). Siap dating pegang-pegang. Sedih sangat," ujar wanita itu. Dia membuat luahan hatinya menerusi Facebook pada Selasa. Menurut wanita itu, dia meminta suaminya untuk melupakan wanita berkenaan. Kata wanita itu, suaminya juga meluahkan hasrat untuk berkahwin lain pada masa akan datang. Namun jawapan yang diterima cukup mengecewakan hati, apatah lagi suaminya turut meluahkan hasrat berkahwin dengan wanita itu. "Aku minta dia tinggalkan perempuan tu, tapi dia cakap sayang. Dia nak kahwin dengan perempuan tu suatu hari nanti. "Dia cakap dia tak nak aku sakit hati ketika hamil, tapi aku sendiri dapat tahu hal ni," ujarnya. Bab nafkah lain dia tak pernah culas tapi bab perempuan tu aku tak boleh terima. ISTERI Tambah wanita itu lagi, ini bukanlah kali pertama suaminya membuat onar sepanjang perkahwinan mereka. "Perangai macam ni bukan baru je jadi. Dah lama dia macam ni tapi masih tak berubah. "Kali ni dia serius sayang kat perempuan tu, sebelum ni aku tahu untuk enjoy-enjoy je. Antara komen netizen di Facebook. "Bab nafkah lain dia tak pernah culas tapi bab perempuan tu aku tak boleh terima," luah wanita itu di Facebook Kisah Rumah Tangga. Kata wanita itu, dia mahu pergi membawa diri, namun dirinya tak memiliki sebarang pendapatan dan anak sulung juga masih kecil. "Mana aku nak cari duit dengan bawa perut macam ni? Sumpah aku buntu," tulisnya lagi. Dalam pada itu, hampir 300 netizen turut meninggalkan komen buat wanita itu. "Buat masa ni adik fokus je pada kandungan. Jangan fikir sangat pasal suami. "Ramai perempuan yang rela bersusah dan tetap setia dengan suami, tapi ramai lelaki yang mudah melupakan pengorbanan isterinya dan berlaku curang. "Jangan cepat mengaku kalah sis. Fight for your right. Sabar dulu, kalau sis undur diri pihak sana dah tentu akan happy kan," tulis netizen. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!