suria

Sayang anak dan semua barangnya! Perangai comel ibu ‘terbongkar’ apabila anaknya masuk asrama - “Nak sidai baju, terkejut tengok nama sendiri”

Sebahagian barangan Emysha yang ditulis nama oleh ibunya.

KALAU sudah namanya ibu, pasti setiap perkara mengenai anak-anaknya akan diambil perhatian dan diteliti sebaik mungkin.

Begitu juga kisah seorang ibu ini apabila menulis nama anaknya dengan pen marker pada setiap barangan agar tidak tertukar dengan pelajar lain.

Gelagat 'comel' ibu tersebut dikongsi oleh anaknya sendiri menerusi satu video di aplikasi TikTok yang sehingga kini meraih hampir 700,000 tontonan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Wah dah ada gigi” - Sengih sepanjang masa... ramai ‘join senyum’ tengok reaksi comel atuk selepas ambil gigi palsu di hospital

ARTIKEL BERKAITAN: Comel! Nenek usia 85 tahun sanggup bangun awal pagi nak ‘bye’ kru kabin pergi kerja

Menerusi video tersebut, gadis berkenaan menunjukkan namanya yang ditulis pada hampir semua barangan termasuklah kasut, penyangkut dan penyepit baju, bedak dan pakaian.

Malah rata-rata netizen turut memuji cara ibunya selain menyifatkan gadis tersebut bertuah kerana mempunyai ibu yang sangat prihatin.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Emysha berkata dia tidak mengetahui ibunya berbuat demikian kerana tidak berkesempatan mengemas barangan sendiri ketika perlu mendaftar masuk ke kolej, baru-baru ini.



Antara barangan Emysha yang ditulis nama oleh ibunya.

"Ini adalah kali pertama saya masuk mana-mana hostel. Ibu saya tuliskan nama dekat semua barang sebab kami tak duduk sekali hampir setahun sebab saya kerja sebelum sambung belajar. Dan sepanjang saya kerja tu saya duduk dekat rumah paksu saya di Ipoh.

"Bila dapat further study ni tiba-tiba PKP balik, jadi saya tak dapat nak balik rumah di Teluk Intan untuk pack barang saya sendiri. Ibu tolong kemas, dia tuliskan nama. Semua barang termasuk toiletries, baju, tudung, tuala... hampir semua barang," dedahnya.

Menurut Emysha yang kini menyambung pelajaran di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, gelagat 'comel' ibunya itu bukan kali pertama sebaliknya wanita itu pernah melakukan perkara yang sama terhadap arwah abangnya.



Tangkapan skrin (screenshot) perbualan Emysha dan ibunya selepas video yang dimuat naik tular di TikTok.

"Dia sangat prihatin terhadap anak-anaknya. Dan dia tak nak barang anak-anak dia tertukar dengan orang. Saya fikir ibu bapa lain pun akan lakukan perkara yang sama dekat anak-anak mereka.

"Saya macam terkejut juga bila tengok nama sendiri. Baru-baru ni saya basuh baju dan masa nak sidai tu tengok dekat penyepit baju pun dia tulis nama. Kekadang rasa macam comel je gelagat dia.

"Pelajar sama course pun dah kenal saya sebab nampak nama dekat kasut masa beratur nak ambil makanan," katanya yang sememangnya berasal dari Perak.

Tak lah, nak segan apanya... ia perkara normal. Mungkin ada yang segan tapi lama-lama bersyukur sebab barang tak tertukar... terang-terang nama kita.

EMYSHA

ANAK

Mungkin sesetengah gadis lain akan berasa sedikit segan namun menurut Emysha, dia malah bersyukur kerana sedar apa yang dilakukan ibunya untuk kebaikan dirinya sendiri kelak.

"Tak lah, nak segan apanya... ia perkara normal. Mungkin ada yang segan tapi lama-lama bersyukur sebab barang tak tertukar... terang-terang nama kita.

"Ibu seorang yang mengambil berat dan penyayang. Saya sebenarnya ada dua orang adik beradik... abang saya dah meninggal dunia dua tahun lepas. Dan ibu pula ibu tunggal.

"Jadi hanya kami berdua. Dan kami mengambil berat antara satu sama lain. Disebabkan itu dia akan buat apa saja untuk saya," katanya lagi.



Antara komen netizen yang memuji cara ibu Emysha.

Sungguhpun menerima banyak pujian terhadap video tersebut, namun Emysha sedikit terkilan apabila ada segelintir netizen tersalah tafsir dengan perkongsiannya.

"Ada juga yang bitter cakap saya tak bersyukur dan lain-lain yang saya pun tak tahu bahagian mana yang nampak saya tak bersyukur.

"Apa pun hargailah ibu kita selagi dia ada dan hargailah setiap benda yang ibu kita lakukan untuk kita," katanya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain