SERING kali kita melihat berita kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk di kaca televisyen, media sosial ataupun surat khabar. Perkara ini sememangnya menimbulkan kemarahan ramai lantaran sikap segelintir golongan ini yang mementingkan diri dan tidak memikirkan keselamatan pengguna jalan raya lain, apabila mereka masih berdegil untuk memandu walaupun dalam keadaan mabuk. Lebih mendukacitakan, akibat sikap golongan ini, kita dapat menyaksikan anak-anak kecil menjadi yatim piatu sekelip mata, ataupun si isteri kehilangan suami tempatnya bergantung hidup. ARTIKEL BERKAITAN: Uncle Kentang luah perasaan... puji Melayu sambil imbau kisah ayah diterima baik walau bergelar pendatang - “Biar aku notakan sebelum pulang ke kubur” ARTIKEL BERKAITAN: Miskin harta, kaya adab! Uncle Kentang sayu terima mesej ‘sopan’ lewat malam, rayu bantuan kecil untuk teruskan hidup esok hari Kecelakaan yang berpunca daripada pemandu mabuk ini sebenarnya boleh dielakkan bukan sahaja menerusi penguatkuasaan undang-undang, tetapi juga dengan penglibatan anggota masyarakat sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh aktivis kebajikan, Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang. Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, Uncle Kentang berkata dia tidak teragak-agak bertindak sekiranya ternampak individu mabuk yang cuba untuk memandu kereta. "Aku terjumpa seorang lelaki Cina cuba bawa kereta pulang ke Seremban dalam keadaan mabuk. Kawan-kawan yang baik kena tolonglah. Kalau dia langgar orang, mati. Dia pun kena masuk penjara. "Hanya kawan yang tak sayang akan biarkankawan dia memandu dalam keadaan mabuk. Itu macam kawan baik, pergi matilah," kongsinya. Antara kes kemalangan maut yang membabitkan pemandu mabuk. Dalam pada itu, Uncle Kentang turut berkongsi satu peristiwa ketika dia pernah berada dalam pasukan polis, yang mana dia terus bertindak merampas kunci kereta milik pemandu mabuk yang cuba memandu. "Dulu semasa saya kerja polis, saya terjumpa satu lelaki Cina membawa kereta terhoyong hayang kiri dan kanan jalan di Jalan Ipoh. Saya merayu pada dia untuk berhentikan kereta. "Tak boleh arah. Kena beri salam dulu bos. Kalau tak, orang kata polis buli orang tua. Selepas beliau berhenti dan turunkan tingkap tanya saya apa hal, dengan bau Stout, Tiger, entah apa-apa lagilah. "Saya telah masukkan tangan dan tutup enjin serta rampas kunci. Kereta jenis dulu, kunci ada kat ignition. Kini tak boleh semua pakai push start. Aku ambil kunci dan campak masuk semak jauh-jauh. Padan muka apek itu," tulisnya. Hanya kawan yang tak sayang akan biarkan kawan dia memandu dalam keadaan mabuk. Itu macam kawan baik, pergi matilah. UNCLE KENTANG AKTIVIS MASYARAKAT Bagaimanapun katanya, cara tersebut adalah cara lama dan sudah pasti pasukan polis ketika ini mempunyai kaedah dan prosedur tersendiri dalam menangani kes sedemikian. "Aku berani cakap kerana aku dah (jadi orang) awam dan tua. Dah dua belah kaki dalam kubur. Kalau sekarang tak sound direct, bila lagi... masuk kubur dah jadi bisu. Jangan ada yang marah aku... kebenaran tetap kebenaran," tulisnya lagi. Sementara itu menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen melahirkan kekaguman mereka dengan cara lelaki tersebut ketika mengendalikan kes membabitkan pemandu mabuk. Uncle Kentang merupakan seorang aktivis kemasyarakatan yang dikenali ramai kerana inisiatifnya menyediakan bantuan untuk pengurusan jenazah selain sering tampil membantu golongan kurang berkemampuan. "Betul sangat-sangat uncle. Kepada yang minum dengan rakan, rampas kunci dia dan bawa dia balik atau biar dia tidur di kaki lima pun takpe asalkan tak bunuh orang. "Terbaik uncle, boleh dipraktikkan buang kunci kat semak. "Kalau dah minum arak tu, naik Grab balik rumah saja," demikian antara komen netizen. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!