suria

Dah buat plan ‘baik punya’, tapi misi kejutan berakhir hambar! Pelik isteri pak imam tak ada perasaan terima surprise hadiah - “Macam saya pula kena prank”

Ana (gambar kecil) berkongsi pengalaman kejutan yang dibuatnya dirakamkan menerusi CCTV di rumah pelanggan.

LAIN yang dirancang, lain pula yang jadi.

Begitulah yang berlaku kepada seorang wanita yang ditugaskan ke sebuah rumah untuk membuat kejutan hadiah atas permintaan pelanggan.

Bagaimanapun, kejutan yang dirancang tidak menjadi apabila gelagatnya 'bersembunyi' di tepi pintu rumah sebenarnya dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) tuan rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami cuak surprise birthday tak menjadi, isteri dapat bunga duit siap 'hentak kaki' kata tak cukup - "Bukan satu, tapi dua kejutan ada view KLCC, Menara KL"

ARTIKEL BERKAITAN: Sengaja lupa birthday sebab nak buat prank, bagi hadiah pun kotak je gempak... suami tak sangka isteri menangis - "Dia marah saya sebab lain"

Berkongsi kisah lucu itu, wanita berkenaan, Juliana Johari berkata, dia dan suami menawarkan khidmat membuat kejutan penghantaran hadiah sejak dua minggu lalu.



Rakaman CCTV di luar rumah.

Wanita berusia 33 tahun itu memberitahu, mereka menerima tempahan daripada seorang imam yang mahu membuat kejutan sempena hari jadi isterinya, minggu lalu.

"Jadi, saya datang seorang ke rumah pak imam untuk buat kejutan hadiah pada isterinya. Pak imam tak ada di rumah pada masa tu, sekitar pukul 5 petang.

"Saya beri salam, tekan loceng dan ketuk pintu beberapa kali. Tapi tak ada orang buka pintu. Saya pelik juga sebab pak imam beritahu isterinya ada di rumah," katanya kepada mStar.



Antara kejutan hadiah atas tempahan pelanggan.

Lebih mesra disapa Ana, katanya, sementara menunggu pintu rumah dibuka, dia cuba bersembunyi di sebalik pintu di tepi rumah pelanggan tersebut.

"Saya tunggu macam menyorok, tapi tak ada orang keluar. Terpaksalah tekan loceng sekali lagi, agaknya isteri pak imam tengah sibuk di dalam rumah.

"Selepas lebih 10 minit barulah isteri pak imam buka pintu rumah. Isterinya pakai tudung dan baju cantik, pakai mekap macam dah siap lebih awal," ujarnya, sambil menambah rumah pelanggan merupakan jenis pangsapuri yang terletak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras di Kuala Lumpur.



Ana (kiri) bersama suami.

Menurut ibu kepada dua anak itu, dia bertambah hairan apabila tiada reaksi kejutan daripada isteri imam sebaik menerima hadiah berupa kek, coklat, sejambak bunga dan belon.

"Berdasarkan pengalaman saya, biasanya wanita akan tunjuk reaksi terkejut apabila menerima kejutan hadiah. Saya pelik bila reaksi wajah dia biasa-biasa saja.

Biasanya wanita akan tunjuk reaksi terkejut apabila menerima kejutan hadiah. Saya pelik bila reaksi wajah dia biasa-biasa saja

JULIANA JOHARI

"Dia hanya tersenyum, berterima kasih dan terima hadiah macam tak ada perasaan. Bila saya ceritakan kepada suami, dia kata mungkin wajah isteri pak imam memang macam tu," ujarnya sambil menambah bahawa serahan hadiah itu dibuat dalam tempoh kurang lima minit.

Ana yang berasal dari Batu Pahat, Johor berkata, suaminya kemudian menghantar video dan gambar kejutan yang dirakamkannya, kepada imam berkenaan selepas menghantar hadiah sebagaimana yang dilakukan mereka kepada pelanggan-pelanggan lain.



Suami Ana turut membantu membuat kejutan dengan memakai kostum beruang.

Dia yang juga pengusaha salon itu bagaimanapun memberitahu, mereka pula sebaliknya menerima kejutan yang tidak disangka-sangka daripada imam tersebut pada sebelah malam.

"Pak imam hantar klip video CCTV di luar rumahnya yang menunjukkan saya cuba-cuba untuk sorok di sebalik pintu untuk buat kejutan.

“Nampak saya struggle dalam rakaman CCTV cuba hulur tangan guna handphone ke dalam pintu gril untuk ketuk pintu selepas tekan loceng tak berjaya.

"Rupa-rupanya pak imam ni kerjanya bekalkan CCTV. Dia ingatkan kami tahu dan kami tak tahu rumah dia ada CCTV. Masa saya datang ke rumahnya, kaki lima agak gelap jadi tak nampak ada CCTV.

"Tak sangka dalam banyak kejutan yang kami buat atas permintaan pelanggan, inilah satu-satunya yang tak menjadi. Macam saya pula yang kena prank," ujarnya secara berseloroh sambil menambah rezeki mereka bertambah susulan video prank tersebut menjadi perhatian di TikTok.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain