DUGAAN membuat video aplikasi TikTok, seorang wanita berdepan detik cemas apabila nyaris terkena simbahan air kunyit ketika membuat rakaman. Ketika kejadian, wanita berkenaan sedang membuat rakaman mengenai tip fesyen dengan penampilan menggunakan baju-baju raya, di tangga sebuah kondominium. "Sampai hati simbah kita dengan air kunyit masa kita tengah shoot TikTok," tulisnya menerusi video yang meraih lebih 1.7 juta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam. ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh! Disimbah air, sampai jatuh kerusi... usahawan asyik reviu produk didakwa guna ayat lucah bikin pelanggan restoran panas - "Dua-dua ada salah, ada betul" ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 10,000 followers saksi influencer dihalau ketika buat reviu di restoran popular Melaka, pertama kali dimalukan sepanjang 14 tahun bisnes - "PKP tak boleh lama-lama" Hanya mahu dikenali sebagai Naimatul, katanya, kejadian berlaku sekitar pukul 6 petang Khamis di kediamannya di sebuah kondominium di Petaling Jaya, Selangor. Lebihan air kunyit di lantai di tingkat 15. Wanita berusia 40 tahun itu berasa terkejut apabila mendapati simbahan air berwarna oren kecoklatan, dari aras atas semasa rakaman dibuat di bahagian tangga antara tingkat 14 dan 15. "Saya buat video TikTok di tangga sebab mencari kelainan dan rakaman yang kreatif. Sekarang petang cuaca selalu mendung, jadi lebih gelap bila buat rakaman di rumah. "Rakaman di luar untuk mendapatkan lebih pencahayaan yang natural. Lagipun, saya buat secara miming (gerak bibir) dan volum audio juga sangat perlahan kerana tidak mahu mengganggu penghuni lain selain segan jika dilihat jiran-jiran," katanya kepada mStar. Tip fesyen seperti Nabila Razali merupakan antara video TikTok yang dibuat Naim. Lebih mesra disapa Naim, dia sempat menyelamatkan telefon bimbit, lampu selfie (ring light) dan rak gantung baju yang menempatkan beberapa baju kurung, blaus dan skirt labuh. "Hanya beg tangan saya warna putih terkena air simbahan tu. Bila saya naik ke tingkat atas iaitu aras 15, saya bersangka baik mengatakan ia bukanlah satu tindakan sabotaj. "Penghuni itu hanya mahu buang air kunyit ke tangga. Limpahan air tu memang kuat bau kunyit. Mungkin saya wrong timing (waktu yang salah) ketika buat video TikTok," ujarnya yang berasal dari Alor Setar, Kedah. Beg tangan Naim yang terkena limpahan air kunyit. Susulan kejadian itu, dia membuat aduan kepada pihak pengurusan kondominium dan dimaklumkan ia bukan kejadian pertama seumpamanya berlaku di kawasan yang sama. Naim yang menghuni di kondominium itu sejak hampir 10 tahun lalu memberitahu, pihak pengurusan menerima beberapa aduan sebelum ini berhubung sikap penyewa baharu yang terdiri daripada sekumpulan pemuda yang sering membuang sampah merata-rata. Saya bersangka baik mengatakan ia bukanlah satu tindakan sabotaj. Pelaku kena faham dan ada kesedaran sebab mana boleh buang air kunyit macam tu saja NAIMATUL "Pelaku kena faham dan ada kesedaran sebab mana boleh buang air kunyit macam tu saja. Walaupun terdapat kemudahan lif, tapi kemungkinan ada penghuni lain melalui kawasan itu sehingga mereka juga boleh terkena air kunyit tu," ujar ibu kepada tiga anak itu. Naim yang menjalankan bisnes baju wanita muslimah secara dalam talian sejak empat tahun berkata, dia masih terkejut dengan kejadian yang menimpanya. Naim membuat aksi seperti Iman Troye di TikTok. Video TikTok yang dibuat menumpukan perkongsian tip kecantikan dan fesyen membabitkan selebriti seperti Nabila Razali, Kilafairy, Iman Troye, Hannah Delisha dan Mira Filzah "Saya dah buat rakaman video TikTok kat tangga beberapa kali sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang kedua awal tahun ini. Tapi tak sangka kali ini pula nasib tak baik, syukur saya tak kena simbahan air kunyit. "Tapi ada netizen kata saya sengaja buat simbahan air kunyit sebagai content di TikTok. Saya tak buat dan saya tahu memang ramai akan cakap yang negatif," tambahnya. Naim yang juga jurutera itu bagaimanapun menganggap kejadian yang berlaku sebagai dugaannya untuk melakukan rakaman video menerusi aplikasi tersebut. "Inilah dugaan bila buat video TikTok sedangkan saya gunakan platform TikTok untuk mencari rezeki. Nak kata serik tu taklah, tapi saya malas nak fikir buat masa ini," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)