PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula tahun lalu ternyata memberi impak buat pasangan suami-isteri peniaga pasar malam ini. Enggan terus bersedih dengan nasib yang menimpa, Azie Fazamilla Awi, 33, dan suaminya Mohd Fakhruddin Zulkifli, 35, tampil dengan satu idea kreatif. Setelah bertahun lamanya berniaga air balang di pasar malam, pada tahun lalu pasangan itu memulakan perniagaan tempoyak secara dalam talian. ARTIKEL BERKAITAN: Order ‘kencang’ dari pagi sampai malam... video sayu peniaga dikompaun selepas jual 5 botol air terima 1.3 juta tontonan! ARTIKEL BERKAITAN: Dulu kerja OK, kini jual keropok lekor! Pemuda hilang kerja tak sangka satu mesej WhatsApp daripada abangnya mampu buka rezeki Rezeki ternyata menyebelahi pasangan dari Terengganu itu sehingga si isteri mampu menghadiahkan sebuah trak pikap Ford Ranger kepada suaminya pada Februari lalu. Bercerita kepada mStar, ibu kepada seorang cahaya mata yang mesra disapa Azie ini sempat memperincikan semula kisah perjalanan suka-duka mereka selama ini. Azie sekeluarga. "Kami dah 12 tahun berkahwin dan memiliki seorang anak perempuan berusia 11 tahun. Dulu saya pernah kerja sebagai kerani, kemudiannya saya berniaga di pasar malam. "Saya dan suami sama-sama berniaga air balang. Kami juga pernah berniaga pakaian wanita. Kemudian kami tak boleh berniaga disebabkan PKP, jadi saya dapat idea untuk berniaga secara dalam talian. Ford Ranger tu memang idaman suami. Saya beli dengan duit hasil jual tempoyak sejak tahun lalu. AZIE "Masa PKP saya berniaga pelitup muka, cecair sanitasi makanan, ambil upah jadi runner, ambil upah jual laksa. Kemudian kami jual tempoyak yang ada empat perisa dengan sambal bilis petai secara dalam talian," ujarnya. Menurut Azie, hasil perniagaan tempoyak membolehkan dia membeli sebuah kereta Toyota Vellfire baru-baru ini sebelum membeli sebuah lagi trak pikap buat suaminya. "Mula-mula kahwin kami naik motor. Kemudian beli Perodua Kancil. Ada duit sikit, kami beli Perodua Myvi. Azie dan suaminya sebelum ini pernah berniaga air balang di pasar malam. "Ford Ranger tu memang idaman suami. Saya beli dengan duit hasil jual tempoyak sejak tahun lalu. Ia juga memudahkan urusan kami untuk berniaga. "Sebelum itu saya ada beli Vellfire untuk keselesaan keluarga dan ibu bapa saya," dedahnya lagi. Kata Azie, dia juga pernah dipandang rendah kerana berniaga pasar malam dan menaiki kenderaan biasa-biasa sahaja, suatu masa lalu. "Masa naik Kancil dulu saya pernah dihina. Perjalanan saya memang jauh. Pernah juga dipandang rendah kerana berniaga pasar malam. "Saya tak pernah malu berniaga pasar malam. Ia periuk nasi saya. Kini, kami juga membuka peluang kepada netizen yang nak jana pendapatan sampingan, boleh sertai kami untuk berniaga tempoyak," ujarnya. Tempoyak keluaran pasangan itu turut dihantar ke luar negara. Selain dijual di seluruh Malaysia, tempoyak keluaran pasangan itu turut dihantar ke Perancis, Jepun dan Itali. "Sekarang dah masuk pasaran Singapura. Ada rakyat Malaysia yang beli dari Itali, Jepun dan Perancis. Siap ada yang ambil gambar tempoyak kami dengan salji. "Askar-askar Malaysia yang pergi ke Lubnan pun ada beli dengan kami," ujarnya lagi. Dalam pada itu, video Azie yang menghadiahkan Ford Ranger buat suaminya turut tular. Ia sehingga kini meraih lebih 55,000 tontonan di TikTok. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!