suria

Hebat gaya BBNU, stail rambut tutup telinga macam Noh Hujan... apa yang dibuat di surau memang luar jangka, selepas solat terus main telefon – “Tuhan ajar saya on the spot”

Seorang guru berkongsi kisah mengenai seorang anak muda 'BBNU' yang ditemuinya di surau di pusat beli-belah. -gambar hiasan

SUDAH menjadi kebiasaan, segelintir masyarakat suka menilai orang lain dari segi luaran.

Sama ada rupa, gaya dan penampilan seseorang itu, keperibadian mereka dinilai.

Namun, bak kata pepatah 'Don't judge a book by its over' (Jangan menilai sesebuah buku dari kulitnya) atau jangan menilai seseorang itu berdasarkan gambaran luarannya semata-mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Guru 'curiga' murid tidur dalam Grab sambil pegang buku, tersentak pemandu dedah kisah sebenar - "Saya dah tersalah tanya soalan ni"

ARTIKEL BERKAITAN: Rider basah kuyup masuk surau, 'pinjam' kain pelikat terselit RM50 – "Susah-susah dia, rupanya dia jenis lurus"

Seorang guru berkongsi pengalamannya bertemu dengan seorang pemuda di surau ketika berkunjung di sebuah pusat beli-belah.

"Semalam saya pergi sebuah shopping mall. Masa saya nak sembahyang Maghrib, ada sorang budak dalam surau mall tu. Stail juga budak ni dengan bajunya, rambut tutup telinga macam Noh Hujan.

"Dalam hati saya kata 'hebat' dressing (pemakaian) budak-budak nak up sekarang ni," katanya yang merujuk kepada vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, menerusi satu perkongsian di Facebook Muhammad Yusof.



Stail rambut budak yang ditemui itu seperti vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh. foto instagram mohammadnohbinsalleh

Budak-budak nak up atau BBNU merupakan istilah yang kini diguna pakai dalam masyarakat yang merujuk kepada anak muda, antaranya mengenai cara penampilan mereka yang menyukai trend fesyen semasa.

Mengulas lanjut, Muhammad Yusof berkata, dia kemudian ditegur oleh pemuda berkenaan yang mengajaknya untuk menunaikan solat berjemaah bersama.

"Saya ingat nak solat sendiri je, tapi tiba-tiba budak tu pelawa saya jadi imam, saya kata tak apalah, awak jadi imam. Bila solat punyalah sedap budak ni baca. Kagum saya.

"Habis solat dan doa, budak tu terus duduk kat penjuru surau. Main handset (telefon bimbit). Dalam hati saya kata, kerja menghadap handset je budak-budak sekarang," tambahnya.

Kadang-kadang kita cepat sangat misjudge (tanggapan salah) orang... 'Kau ahli neraka, aku ahli syurga'. Entah-entah dia yang masuk syurga awal lagi daripada kita

MUHAMMAD YUSOF

Bagaimanapun, sangkaannya meleset sejurus berjalan melepasi pemuda 'BBNU' itu dan apa yang dilakukan anak muda berkenaan adalah di luar jangkaan.

"Bila saya lalu sebelah budak tu, saya perasan rupa-rupanya dia tengah baca al-Quran," ujar Muhammad Yusof.



Perkongsian Muhammad Yusof di Facebook.

Kejadian yang berlaku ternyata memberi pengajaran kepada Muhammad Yusof dalam hal menilai orang lain berdasarkan gambaran luaran mereka.

"Saya belajar sesuatu. Tuhan ajar saya on the spot (serta-merta). Kadang-kadang kita cepat sangat buat penilaian luaran macam saya pandang budak ni.

"Lagi silap, ada masanya, kadang-kadang kita cepat sangat misjudge (tanggapan salah) orang... 'Kau ahli neraka, aku ahli syurga'. Entah-entah dia yang masuk syurga awal lagi daripada kita," ujarnya.

Perkongsian tersebut memberi kesan kepada netizen terutama pengikut guru itu di laman sosialnya.

"Allahuakbar... satu perkongsian yang menjentik hati kita. Sesungguhnya kita jangan menilai seseorang dari luaran saja. Sentiasa fikirkan yang baik-baik, ” tulis seorang netizen.

"Pandangan mata kasar selalu mengelirukan dan sering mencari salah sahaja. Muhasabah diri, terima kasih perkongsian yang sangat bermanfaat," komen seorang lagi netizen.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain