PADA zaman sekarang, telefon bimbit menjadi gajet yang dimiliki oleh hampir setiap orang. Malah ada kanak-kanak seawal usia enam tahun sudah memiliki gajet sendiri yang dibeli oleh ibu bapa. Tidak salah sekiranya telefon bimbit digunakan untuk tujuan bermanfaat seperti pendidikan. ARTIKEL BERKAITAN: “Dia minta telefon lagi...” - Tak serik! Bapa dedah reaksi anaknya sehari selepas kejadian ‘mata hitam’ ARTIKEL BERKAITAN: Usia baru 5 tahun mata dah juling gara-gara gajet, ibu takkan lupa saat anak dihina - “Pada yang kutuk, mungkin tak jadi pada anak mereka sekarang” Namun yang menjadi masalah apabila tiada pemantauan oleh ibu bapa khususnya dari aspek had masa serta konten yang dilayari sehingga tujuan asalnya telah terpesong. Paling ditakuti, ada anak-anak yang sudah pandai 'chatting' dengan individu yang hanya dikenali secara maya, sebagaimana perkongsian oleh seorang doktor ini. Menerusi satu posting di Facebook, Dr Anayasmin Azmi berkongsi kisah seorang pesakit kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun sudah pandai berhubungan dengan lelaki yang dikenali menerusi aplikasi permainan video dalam talian (online game). "Risaunya saya! Seorang kanak-kanak usia lapan tahun. Dia di wad seorang diri, tiada peneman. Mak ayah kerja katanya. Dari pagi dia sibuk bervideo call di wad. "Saya kira mungkin itu ibu atau ayahnya, sebab saya tak berapa nampak rupa orang di dalam phone tu. 'Call mak ke tu?' Saya bertanya. 'Tak'. selamba dia jawab. 'Then call siapa tu?'. 'Saya tak kenal orang tu'. Keberanian kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun itu menghubungi seseorang yang tidak dikenali cukup membimbangkan kerana dia mungkin terdedah kepada 'pemangsa'. Gambar hiasan. "Saya terkejut. Tapi tetap bertenang depan adik tu. 'Oh macam mana boleh call kalau tak kenal?'. 'Oh kami main game online sama-sama tadi, lepas tu dia bagi nombor handphone dia. Saya try la call. Tadi saya cakap dengan abang dia. Umur 20 tahun," demikian perbualan antara doktor itu dan pesakitnya. Sebaik mendengar jawapan selamba kanak-kanak tersebut, doktor berkenaan terus kelu malah pelbagai perkara bermain di fikirannya. "Allah... seram! Saya tak tahulah kalau anda semua tak rasa seram. Budak usia lapan tahun bervideo call dengan orang tak dikenali, yang dia baru jumpa semasa main game online. Tak boleh lepas saja! Bahayanya. Siapa pernah baca kes-kes sebelum ni mesti tahu apa kerisauan saya. DR ANAYASMIN AZMI DOKTOR "Siap beritahu lokasi, beritahu maklumat peribadi. Siapa di hujung talian tu? Dia mungkin pemangsa? Pedofilia? Remaja yang nak ambil advantage ke atas kanak-kanak? Nauzubillah! Minta dijauhkan," tulis Dr Anayasmin. Lebih mengecewakan, apabila perkara itu dibincangkan bersama ibu kanak-kanak tersebut, namun jawapan yang diberikan begitu memeranjatkan Dr Anayasmin. "Si emak berkata, 'itulah dia doktor, dia tak nak dengar cakap saya'. Terpinga-pinga saya dengar jawapan tu. Sebab anak baru lapan tahun, bukan 18 tahun. "Mak ayah perlu bimbing, kena guide mana boleh dan tak boleh. Tak boleh lepas saja! Bahayanya. Siapa pernah baca kes-kes sebelum ni mesti tahu apa kerisauan saya," katanya lagi. Antara komen netizen yang turut sama meluahkan kebimbangan dengan trend penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak. Dalam pada itu, netizen turut sama bersetuju dengan perkongsian doktor berkenaan selain meluahkan kebimbangan mereka dengan trend pengunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak yang dianggap normal. "Ibu bapa terlalu memanjakan anak? Sampai semua kehendak diberikan sedangkan ibu bapa kena tahu limit dan keperluan yang sepatutnya. "Saya tak terkejut. Memang ada spesis macam ni. Ibu bapa tolonglah ambil tahu hal anak-anak. Biarlah kita ni kolot tak ikut trend tapi janji anak kita selamat dunia akhirat. "Ya memang susah nak didik anak. Namun ibu mahu pun ayah jangan mengalah. Jangan sampai kita menanggung dosa berpanjangan," demikian antara komen netizen. Sehingga kini posting tersebut meraih melebihi 800 shares. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!