MUNGKIN ada pelajar yang mengeluh kerana terpaksa mengikuti kelas dalam talian (online) dari rumah berikutan pandemik Covid-19. Namun, dalam keluhan itu sebenarnya terdapat pelajar yang bersusah payah melakukan perkara yang sama, bukan di rumah tetapi di tempat kerja kerana mencari rezeki. Kesusahan bekerja sambil belajar dan kelas online itu juga bukan penghalang bagi seorang anak muda untuk memperoleh keputusan cemerlang bagi peperiksaan semester universiti apabila mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.91 dengan pencapaian Anugerah Dekan. ARTIKEL BERKAITAN: Nak sambut anniversary ke-26 mak ayah, gadis ini buat kejutan hadiahkan Anugerah Dekan 5 Semester berturut-turut - "Dulu cuma 4A" ARTIKEL BERKAITAN: Anak dapat Anugerah Dekan, ibu teruja bikin 'kecoh' depan kedai makan sebelum akhirnya 'banjir' - "Mak tahu betapa saya struggle belajar online" Pemuda itu, Muhammad Afig Iskandar Adrel berkata, dia menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang, Selangor. Keputusan semester pertama yang diperoleh Afig. Pelajar berusia 21 tahun itu berkata, sebelum itu dia bekerja sepenuh masa di sebuah rangkaian restoran di Petaling Jaya, Selangor bagi mencari sumber pendapatan sendiri. "Keluarga saya bukan orang senang. Ayah merupakan pemandu lori dan mak pula bekerja di kedai makan. Kami tinggal di flat PPR (Projek Perumahan Rakyat). "Jadi, saya bekerja kerana mahu berdikari untuk meringankan beban mak ayah. Saya tak mahu menyusahkan mereka," katanya kepada mStar. Lebih mesra disapa Afig, katanya, dia kemudian melakukan kerja separuh masa di restoran tersebut sebaik memulakan pengajian semester pertama di UPM pada Oktober 2020. Antara tugasan yang dilakukan di restoran. "Bila buat part time, jadual kerja saya lebih fleksibel. Syukur penyelia di tempat kerja amat memahami status saya sebagai pelajar," ujarnya yang berasal dari Lembah Subang.Menurut anak sulung daripada dua beradik itu, dia juga membantu ibunya yang mencari pendapatan sampingan dengan membuat bisnes makanan dari rumah, ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) awal tahun ini. Saya bekerja kerana mahu berdikari untuk meringankan beban mak ayah. Saya tak mahu menyusahkan mereka. MUHAMMAD AFIG ISKANDAR ADREL "Mak yang bekerja di kedai makan turut terkesan ketika PKP, jadi mak cari duit lebih dengan menjual nasi ayam atau nasi berlauk dari rumah, dan saya membantu membuat penghantaran secara COD (pembayaran tunai ketika serahan) kepada pelanggan. "Penghantaran dibuat untuk waktu makan tengah hari. Jadi, sempatlah saya untuk buat COD sebab kelas online di sebelah pagi dan waktu kerja pukul 1 hingga 4 petang," ujarnya. Selain nasi berlauk, Afig turut membuat COD bagi produk choco jar. Namun Afiq yang turut berniaga choco jar secara kecil-kecilan berkata, terdapat jadual kelas yang bermula sekitar pukul 4 petang menyebabkannya mempunyai masa yang begitu singkat antara waktu kerja dan belajar. "Disebabkan tak sempat untuk balik ke rumah, saya dibenarkan untuk mengikuti kelas online di tempat kerja. Tapi ingin saya tegaskan bahawa saya melakukannya selepas waktu kerja, di ruang staf dan bukannya tempat pelanggan menikmati makanan, serta tidak memakai pakaian seragam kerja. "Saya juga menggunakan earphone (fon telinga) ketika kelas online, jadi tidak mengganggu pelanggan mahupun pekerja restoran," katanya sambil menambah dia akan bekerja lebih masa sehingga malam sekiranya tiada kelas dan hujung minggu. Afig bercita-cita untuk bergelar PTD atau pegawai polis. Keputusan semester pertama dengan pencapaian Anugerah Dekan ternyata mengejutkan Afig dengan melihat kembali jadualnya yang padat untuk kerja separuh masa, COD dan kelas online. "Kadang-kala tu rasa stres juga sebab penat. Tapi saya sedar yang saya bukan orang senang, jadi kena cari duit dengan bekerja dan belajar bersungguh-sungguh. "Syukur keputusan Dekan ni menggembirakan mak ayah dan ia memberi cabaran kepada saya untuk lebih fokus bagi mengekalkan prestasi cemerlang bagi semester akan datang," katanya yang mahu menjadi pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) atau pegawai polis. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!