suria

“You perah sendiri ke susu tu?” - Selepas lebih sebulan, gadis bertudung labuh pula dakwa jadi mangsa gangguan seksual polis ketika lalu SJR... dah macam tak bertamadun!

Seorang gadis membuat ciapan di Twitter mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang anggota polis. Gambar hiasan

SELEPAS lebih sebulan isu gangguan seksual oleh anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) reda, kini muncul satu lagi dakwaan yang serupa.

Kecoh di Twitter apabila seorang gadis membuat ciapan mengenai pengalamannya diganggu secara seksual oleh seorang anggota polis ketika melalui satu SJR, pada Sabtu pagi.

Menurut gadis berkenaan, kejadian tersebut didakwa berlaku di satu di persimpangan Putrajaya di Lebuhraya Damansara Puchong-Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).

ARTIKEL BERKAITAN: Anggota polis didakwa lakukan gangguan seksual ketika sekatan jalan raya dikenal pasti - Bukit Aman

"Hi @PDRMsia. Pada jam 9.05 pagi, exit Putrajaya masuk LDP/SKVE, i was being sexual harassed by *** police named L*** if i'm not mistaken. He asked where i'm gonna go. I told him 'nak pergi deliver susu nilofa'. And he said, 'You perah sendiri ke susu tu?'," demikian ciapan gadis tersebut.

Sehingga kini ciapan tersebut meraih lebih daripada 3,400 retweet.

Menurut gadis berkenaan, dia mengenakan tudung labuh sehingga menutupi bahagian dada.

Dalam bebenang di laman sosial itu, gadis tersebut berkata apa yang lebih mengecewakan dirinya adalah apabila beberapa anggota petugas barisan hadapan di SJR itu turut sama ketawa selepas anggota polis berkenaan menuturkan ayat kurang sopan sedemikian.



Perkongsian seorang gadis mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual anggota polis pada pagi Sabtu.

"Dan macam bo**h tak bertamadun, askar dengan polis trafik kat situ bantai gelak. Wearing tudung labuh and being sexual harassed is not cool man. Please do something.

"I was so humiliated. Takde respect dengan perempuan langsung," tulisnya lagi dalam hantaran berasingan.

Sementara itu menjengah di ruangan komen, netien memberikan reaksi yang pelbagai terhadap perkongsian gadis berkenaan.

Ada daripada mereka menyarankan gadis berkenaan membuat laporan dan membuat aduan menerusi saluran yang sepatutnya berbanding menghebohkan di laman sosial.

Korang kena tahu, yang kes ni akan lagi cepat diambil tindakan bila dah viral. But, make sure apa yang viralkan tu betul, jangan reka cerita.

NETIZEN

"I think you need to buat report terus. Kalau tag kat twitter mungkin terlepas pandang.

"Nombor satu yang wajib, buat report polis dulu, posting macam ni akan habis di sini saja dengan macam-macam andaian orang," demikian antara komen netizen.

Namun begitu, ada beberapa netizen yang menyokong tindakan gadis berkenaan memviralkan perkara tersebut di media sosial agar ia diambil perhatian.

"For those asking why tak report je, kenapa perlu share or viral kat sini? Korang kena tahu, yang kes ni akan lagi cepat diambil tindakan bila dah viral. But, make sure apa yang viralkan tu betul, jangan reka cerita. If not, korang boleh diambil tindakan. Kuasa viral.



Antara reaksi netizen terhadap perkongsian gadis berkenaan.

"Dah polis sendiri yang buat sexual harrasment, kau rasa dorang nak tolong? Better dekat twitter, baru orang ambik tindakan," kata beberapa netizen pula.

Untuk rekod, pada bulan lalu, dua wanita mendakwa menghadapi gangguan seksual oleh anggota polis dalam sekatan jalan raya, dalam kejadian berasingan masing-masing di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata, dua anggota polis berkenaan diarahkan bertugas di pejabat sementara siasatan selesai.

Ujarnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan tindakan tatatertib akan diambil berdasarkan hasil siasatan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain