RAKAMAN memaparkan seorang wanita berniqab, berpakaian serba putih di pesisir pantai Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang ternyata mengundang perhatian ramai netizen. Dalam tempoh tiga hari selepas dikongsi di TikTok, video melibatkan gadis yang dikenali sebagai Ashaly Abd Aziz itu menerima hampir sejuta tontonan. Paling mencuri tumpuan apabila segelintir netizen meninggalkan komen, menyifatkan gadis berusia 21 tahun itu persis bidadari. ARTIKEL BERKAITAN: Pilih TikTok platform berdakwah... gadis berpurdah seawal usia 14 tahun hampir menangis saat terima mesej individu luah hasrat berhijrah - "Mak pesan jaga mana wajib" ARTIKEL BERKAITAN: Sejuk mata memandang... si cilik tak kekok berpurdah, abang sulung dulu ada 'angin' kini jadi ikutan adik-adik - “Anak kecil ni kena tegas tapi secara lembut” "Sebenarnya video itu merupakan sebahagian sesi photoshoot bersama seorang jurugambar di Teluk Cempedak. Photoshoot secara suka-suka sahaja. "Ketika itu saya berpakaian serba putih. Tak sangka akan viral macam ni. Saya pun terkejut. Mengenai komen-komen tu, saya tak rasa yang saya ni bidadari. "Saya bukanlah begitu. Cuma jurugambar tu buat kerja dengan hebat sehingga dapat hasil macam tu," ujarnya kepada mStar. Telefon iPhone 12 Pro yang dipegang Asya dalam video itu turut menjadi bahan kecaman netizen. Mesra disapa Asha, model sambilan dan ahli perniagaan itu turut menerima kecaman netizen selepas video itu meraih perhatian ramai. Namun kata Asha, itu bukanlah kali pertama dia berdepan komen negatif di media sosial. "Disebalik pujian, ada juga yang kecam. Dalam video tu, saya ada pegang telefon Apple iPhone 12 Pro. Orang kata saya nak menunjuk-nunjuk. Ramai juga yang mesej dan tanya di Instagram mengenai cara untuk istiqamah dalam menutup aurat. ASYA "Sedangkan pada waktu itu, angin sangat kuat dan saya hanya nak cover tudung saya. Telefon tu memang ada pada tangan saya. "Tapi saya biarkan saja komen begitu. Sebelum ini pun saya pernah kena kecam. Apabila orang komen, saya hanya ambil positif untuk perbaiki diri," ujarnya. Bercerita mengenai dirinya, Asya berkata dia mula terbuka hati untuk berniqab ketka masih bersekolah. Model sambilan itu mula berniqab sejak tahun 2016. Jelasnya, dia mengenakan niqab sejak 2016 dan turut terbuka berkongsi pengalaman jika ada kaum hawa yang menghubunginya untuk bertanya mengenai isu aurat dan penghijrahan. "Ramai juga yang mesej dan tanya di Instagram mengenai cara untuk istiqamah dalam menutup aurat. Sebenarnya sejak zaman sekolah lagi saya ada perasaan untuk berniqab. "Masa tingkatan empat saya dah mula berniqab. Tapi pergi sekolah saya tak pakai masa tu. Alhamdulillah, ramai bagi sokongan sebenarnya. "Ada juga kawan-kawan yang ikut saya berniqab," ujar anak ketiga daripada empat beradik itu. Sebahagian komen yang ditinggalkan di TikTok wanita itu. Kata Asya, dia juga banyak menghasilkan video di TikTok untuk memberi inspirasi dan mesej mengenai fesyen wanita muslimah. "Mungkin pada mata sesetengah orang, kami yang berniqab ni macam makcik-makcik, tak lawa dan sebagainya. Saya buat video untuk tarik perhatian wanita bagi menutup aurat. "Walaupun menutup aurat, kita masih boleh bergaya sebenarnya," ujarnya lagi. Untuk rekod, Asya memiliki lebih 274,000 pengikut di TikTok. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!