BAGI seorang lelaki, tiada apa yang lebih menakutkannya selain terserempak dengan lipas ketika berada di dalam tandas. Bagaimanapun, ada juga individu yang berani berdepan dengan binatang perosak itu tanpa sedikit pun timbul rasa geli atau takut. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tergamam tengok darah menitis dari bahagian enjin, rupa-rupanya ada ‘makhluk tumpang’! - “Dalam bilik boleh terhidu bau bangkai” ARTIKEL BERKAITAN:Video dikejar geng monyet raih lebih 3 juta tontonan, pelajar mengaku ada buat sesuatu kepada anak monyet sebelum insiden – “Saya serik, dah insaf” Ini yang terjadi kepada Muhammad Ariff, 23, apabila isterinya, Syahin Ibrahim, selamba menangkap dua ekor lipas yang muncul dalam tandas rumah mereka dalam kejadian pada Jumaat. “Pada waktu itu, saya berada dalam tandas, kemudian saya ternampak lipas. Saya pun menjerit satu rumah lipas, lipas, lipas!"Isteri saya terus masuk dalam tandas macam Superman, dia cari lipas tu dan tangkap pakai tangan je,” katanya ketika dihubungi mStar. Pasangan ini baru sahaja mendirikan rumah tangga. Melalui video kejadian yang tular di aplikasi Twitter itu, wanita berusia 23 tahun itu dilihat langsung tidak takut untuk memegang lipas dengan tangan, malah sempat menyakat dengan menghulurkan binatang itu kepada suaminya.Muhammad Ariff berkata, dia sebenarnya tidak tahu bahawa isterinya itu begitu berani memandangkan mereka baru sahaja seminggu berkahwin.“Bila dah tahu saya takut dengan lipas, dia acah nak baling lipas tu dekat saya,” katanya yang menetap di Setapak, Kuala Lumpur. Malah, disebabkan terkejut dan terlalu takut apabila diusik isterinya, lelaki ini juga secara tak sengaja mengeluarkan kata-kata kesat. Isteri dan keluarganya hanya mampu ketawa apabila melihat gelagat Ariff yang ketakutan hanya disebabkan serangga kecil itu“Lepas dah jadi penyelamat menentang lipas, keesokannya saya belanjalah dia pencuci mulut yang terkenal di Ipoh sebagai reward,” kata usahawan minuman perisa strawberi itu yang kemudiannya merentas negeri atas urusan kerja. Ariff tidak sangka yang isterinya seorang yang suka menyakat. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Arif yang diusik sebegitu oleh isterinya."Selalunya yang takut lipas, dia okay dengan kucing atau haiwan yang berbulu. Bila dah tahu saya takut dengan lipas, dia acah nak baling lipas tu dekat saya. MUHAMMAD ARIFF "Yang takut kucing pula, dia okay dengan serangga seperti lipas mahupun haiwan seperti katak," komen seorang netizen terhadap posting Ariff yang sehingga kini mendapat 10,600 retweet. Di sebalik keberanian isterinya, Ariff memberitahu yang wanita itu takut dengan haiwan seperti tikus, cicak dan katak. " Saya geli dengan lipas dan benda lembik. Tak takut tapi geli. Tapi kalau pacat atau cacing, saya tak takut," jelasnya.Ariff juga memberitahu sebelum ini dia pernah diusik sebegitu oleh bapanya sendiri."Dia pernah pukul seekor lipas lepas tu acah nak baling dekat saya. Kalau tidak pun dia akan biarkan je lipas tu terbang," katanya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!