suria

Sistem ‘down’, staf di gedung perabot popular didakwa sindir pelanggan sebab tak bawa cash - “Tak kan 100 pun tak ada dalam wallet?”

Muhammad Amir meluahkan rasa geram dengan layanan biadab seorang staf restoran gara-gara pelanggan tidak mempunyai wang tunai.

KETIKA musim pandemik masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk reda, kebanyakan daripada kita digalakkan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan penularan, antaranya menggunakan transaksi tanpa tunai (cashless).

Tambahan pula kebanyakan premis perniagaan sudah mengaplikasikan kaedah ini untuk memudahkan dan menjimatkan masa, justeru ia menjadi pilihan bagi kebanyakan individu.

Namun kadangkala situasi boleh menjadi 'haru biru' juga sekiranya premis tersebut mengalami masalah 'system down' secara tiba-tiba, lebih 'parah' jika sudah tiba di kaunter untuk membuat pembayaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Niat baik peguam nak belanja kawan terbantut, cashier kafe mahal silap tekan order tapi salahkan pelanggan - “Bukan nak kecoh, ini berkenaan adab”

ARTIKEL BERKAITAN: Layan pelanggan nak beli jam pintar acuh tak acuh, staf dapat ‘balasan’ kena buat kerja lebih... kira selonggok wang kertas RM1

Di Twitter, seorang pelayar berkongsi kisah yang berlaku di sebuah restoran di dalam gedung perabot terkenal, yang mana dia mendakwa seorang pelanggan diherdik salah seorang staf gara-gara tidak mempunyai wang tunai untuk membuat pembayaran makanannya.

"Cik ******, mulut elok sikit ye! Masalah tak boleh guna card adalah masalah korang, bukan customer. Mintak maaf je la elok-elok ada masalah sikit. Tak payah marah customer takde cash! Boleh pulak sindir customer takkan 100 pun tak ada dalam wallet," tulisnya pada perkongsian tersebut.

Berkongsi cerita dengan mStar, pelayar yang dikenali sebagai Muhammad Amir berkata kejadian tersebut berlaku membabitkan seorang pelanggan yang sedang beratur di hadapannya.



Perkongsian Muhammad Amir di Twitter yang meluahkan rasa geram dengan layanan seorang staf di restoran berkenaan.

"Saya bersama seorang rakan mengidam nak makan di restoran tu. Inilah kali pertama nak pergi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketika itu waktu tengah hari.

"Kami pun dah ambil makanan dan beratur untuk membuat pembayaran di kaunter. Tiba-tiba salah seorang staf meletakkan papan tanda kecil menyatakan transaksi tunai sahaja.

"Menggelabahlah pelanggan di depan saya yang memang masa tu 'system down' elok-elok je bila sampai giliran dia. Nampak la dia buka dompet tercari-cari wang. Kemudian staf tu boleh pula sindir 'takkan 100 pun tak ada dalam wallet'.

"Kemudian dia minta pelanggan tu keluarkan duit dahulu di ATM. Saya pun masa tu ada sekitar RM30 saja dalam dompet. Mujur kawan ada wang tunai untuk bayar makanan kami berdua," ujarnya.

Perlu ke nak guna ayat macam mengherdik. Bukan salah pelanggan dalam situasi ini sebab sistem yang tiba-tiba down.

MUHAMMAD AMIR

PELANGGAN

Menurut Muhammad Amir, walaupun bukan dirinya menjadi 'mangsa' namun tindakan staf berkenaan dirasakan sangat tidak wajar kerana seolah-olah menyalahkan pelanggan.

"Saya tak pertikaikan dia tegur tapi nada dia tu memang tak wajar... perlu ke nak guna ayat macam mengherdik. Bukan salah pelanggan dalam situasi ini sebab sistem yang tiba-tiba down.

"Lagipun sekarang ni musim Covid-19, memang ramai yang lebih suka guna kaedah cashless untuk elakkan penularan. Sepatutnya situasi macam ini tak wajar berlaku tambahan pula ia premis yang terkenal.

"Memang tak boleh jangka sistem tu boleh down tiba-tiba tapi sepatutnya premis yang terkenal patut menyediakan beberapa pilihan untuk melakukan transaksi.



Muhammad Amir turut membuat perbandingan di mana restoran mamak lebih baik kerana menyediakan option e-wallet kepada pelanggan.

"Mungkin akak tu kelam kabut tapi sepatutnya staf yang berurusan dengan pelanggan ni wajar bijak kawal emosi. Sepatutnya lebih beradab dan berbudi bahasa," kata kakitangan sebuah syarikat swasta berusia 28 tahun ini.

Menurutnya perkongsian tersebut sekadar untuk mengingatkan orang ramai agar menjaga adab khususnya apabila berdepan dengan pelanggan.

"Lagi-lagi pula kalau mewakili sesebuah brand atau syarikat... tak pasal-pasal terkait pula nama syarikat," katanya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain