suria

Tukang jahit cun jahit baju sendiri sejak Form 3... tradisional, moden, busana pengantin semua boleh - “Saya ada gaya tersendiri”

Akma menggayakan persalinan tradisional (kiri) dan moden (kanan) yang dijahit olehnya sendiri.

MENGGAYAKAN pakaian yang dijahit sendiri ternyata memberi kepuasan tersendiri buat gadis ini.

Menurut Nur Izzatul Aqma Ludin, 19, dia bukan sahaja menguasai teknik jahitan pakaian moden, malah berupaya menghasilkan busana-busana tradisional.

Mesra disapa Aqma, dia mengakui mula belajar menjahit ketika masih kecil sebelum mengikuti pengajian di Giat Mara semasa berusia 17 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah belajar menjahit, anak tukang jahit berjaya siapkan sendiri kaftan dalam masa 3 jam... esoknya melaram pergi kenduri

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan tak sokong orang kita, tapi dedah usahawan tudung "tukang jahit Bangla bagus, lebih kemas"

"Saya sekarang bekerja sebagai tukang jahit sepenuh masa. Mak saya merupakan seorang tukang jahit dan dia memiliki butik sendiri. Abang saya juga tukang jahit.

"Saya membesar di butik, minat datang dengan sendiri. Selain belajar dengan keluarga, saya masuk Giat Mara untuk kembangkan kemahiran diri," ujarnya kepada mStar.

Menurut Aqma, dia juga sudah menjahit baju raya sendiri sejak berusia 15 tahun dan ia ternyata memberikan satu perasaan istimewa buatnya.



Akma manis bergaya dalam persalinan yang dijahit olehnya sendiri.

Jelas Aqma, dia yang bertubuh agak tinggi kadang-kala sukar mencari pakaian yang sesuai dengan tubuhnya, tambahan pula dia seorang yang cerewet, sekali gus menjadi pendorong untuk menghasilkan pakaian sendiri.

"Sebenarnya rasa puas bila jahit baju sendiri. Saya pula seorang yang cerewet. Tak semua baju yang dijual menetapi citarasa kita.

"Saya juga ada gaya tersendiri. Bila saya tak jumpa pakaian yang saya nak di kedai, saya nekad untuk buat sendiri.

Selain menjahit baju tradisional, saya juga mempelajari teknik menjahit pakaian moden.

AKMA

"Macam baju raya, masa kecil mak yang jahit. Masa tingkatan tiga, saya belajar menjahit dengan serius dan sejak detik itu, saban tahun saya jahit baju raya sendiri," ujarnya yang pernah menjahit busana pengantin untuk sahabatnya sendiri.

Menurut anak bongsu daripada dua beradik itu, dia bersyukur apabila pakaian-pakaian yang dihasilkannya turut menerima pujian netizen selepas ia dikongsi di aplikasi TikTok.

Malah, reaksi positif yang diterima memberi inspirasi untuk dirinya menghasilkan jenama fesyen sendiri, tidak lama lagi.



Baju pengantin yang dijahit khusus untuk rakannya.

"Bila saya kongsi video di TikTok, ada yang tanya untuk tempah, minta saya buka tempahan. InsyaAllah, selepas raya saya akan keluarkan jenama pakaian sendiri.

"Tapi saya nak fokus kepada pakaian moden. Selain menjahit baju tradisional, saya juga mempelajari teknik menjahit pakaian moden seperti jaket dan sebagainya," ujar Akma yang bekerja di butik ibunya yang terletak di Damansara Damai, Selangor.

Terbaharu, tular pula satu video jenaka yang dihasilkan gadis itu menerusi TikTok.



Video jenaka oleh Akma meraih 1.7 juta tontonan di TikTok.

Dalam video yang meraih 1.7 juta tontonan itu, Aqma secara berjenaka menawarkan bantuan untuk menjahit seluar seorang remaja yang terkoyak.

Rata-rata netizen mengakui teribur dengan video itu sehingga dihujani lebih 2,400 komen.

Untuk rekod, Aqma memiliki lebih 42,000 pengikut di aplikasi TikTok.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

@aqmaa_

#stitch with @Rifqi mari mas aku jahitin celananya

original sound - QmaaClothe
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain