“KENA rotan dan sergah sikit dah melenting,” begitulah petikan ayat dari posting di akaun Facebook seorang guru sekolah menengah di Skudai, Johor. Guru yang dikenali sebagai Hariri Yusof, 54, menyuarakan pendapatnya mengenai bagaimana pelajar sekarang tidak boleh ditegur sedikit, pasti akan terus mengadu kepada ibu bapa. Status tersebut mendapat hampr 4,000 perkongsian di Facebook dan ada juga yang berkongsi pengalaman dirotan guru mereka di ruangan komen. ARTIKEL BERKAITAN: Tak sia-sia bangun sebelum subuh, pelajar dapat keputusan 8A selepas gigih buat nota cantik - “Lelaki pun boleh buat macam perempuan” ARTIKEL BERKAITAN: Bukan mudah bergelar pendidik, Imam al-Ghazali senaraikan 17 adab seorang guru “Yela, kita rotan pun bukan ikut suka-suka. Nak merotan ni pun ada peraturan, pertama kena beri nasihat dahulu. “Kalau dah lebih tiga kali, kita beri peringatan dan rekod kesalahan itu. Kalau tiada perubahan juga baru la kita ambil tindakan,” tambahnya lagi, hukuman yang diberikan bergantung juga pada jenis kesalahan yang dilakukan. Lebih mesra disapa Hariri, dia menjelaskan menjadi guru pada zaman sekarang amat berbeza berbanding dahulu. Jika dahulu, guru sangat dihormati dalam kalangan pelajar dan mereka boleh menerima teguran cikgu. Hariri bersama anak muridnya ketika mereka meraikan ulangtahun guru tersebut dua tahun lepas. Tetapi lain pula yang jadi sekarang, guru langsung tidak boleh bersuara jika pelajar melakukan kesalahan. Malah, guru pula yang harus lebih berhati-hati jika mahu menegur pelajar jika melakukan kesalahan. Bukan apa, takut nanti lain pula yang diceritakan kepada ibu bapa apabila pulang ke rumah. “Ada sesetengah ibu bapa yang hadir ke sekolah kerana tidak berpuas hati apabila anaknya mengadu dirotan. “Namun selepas saya ceritakan perkara sebenar, mereka faham kenapa anaknya dikenakan tindakan sebegitu,” jelasnya ketika dihubungi mStar. Bukan apa, kita hanya mahukan yang terbaik untuk pelajar. Yang mana nakal dulu semuanya dah jadi orang dah sekarang HARIRI BIN YUSOF GURU SEKOLAH Hariri berkhidmat sebagai seorang guru sejak tahun 1989 di sekolah sekitar Johor Bahru. Dia telah mengajar pelbagai subjek seperti Bahasa Melayu, Matematik, Geografi, Pendidikan Seni dan satu lagi matapelajaran yang digemari ramai pelajar iaitu Pendidikan Jasmani. Guru tersebut memang dikenali sebagai seorang yang garang di sekolah. Tetapi dia begitu disenangi oleh pelajarnya sehingga ada yang masih lagi berhubung walaupun sudah tamat belajar. Salah seorang dari anak Hariri mengikut jejak langkahnya untuk mejadi seorang guru. "Ada je yang contact saya di Facebook. Kadang ada yang ajak ngeteh sebab mereka tinggal dekat dengan kawasan rumah saya. "Bukan apa, kita hanya mahukan yang terbaik untuk pelajar. Yang mana nakal dulu semuanya dah jadi orang dah sekarang," kata yang berasal dari Johor. Berkongsi cerita dengan mStar, dia telah berkahwin selama 26 tahun dan dikurniakan empat anak lelaki dan seorang cahaya mata perempuan. “ Dalam lima anak, hanya yang perempuan sahaja mengikut jejak menjadi seorang guru," katanya sambil menambah anaknya itu sedang belajar di Institut Pendidikan Guru, Kampus Gaya di Sabah. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!