WOW! Persis model melakukan 'catwalk' di ibu kota, seorang pemuda menjadi perhatian kerana ketinggiannya yang luar biasa. Menerusi video yang dikongsi di aplikasi TikTok dengan lebih 670,000 tontonan, ketinggian anak muda itu kelihatan lebih jelas apabila dia berjalan berselisih dengan orang awam. Pemuda berkenaan, Muhammad Syazwi Mazlan berkata, dia mempunyai ketinggian 200 sentimeter (6 kaki 6 inci), dan mula merasai perubahan fizikal berhubung ketinggiannya sejak kecil. ARTIKEL BERKAITAN: Awas, abang polis 'terlajak' tinggi! Sekali kenal, sukar hilang dari mata "Pandang-pandang macam saya ni pelik sangat..." ARTIKEL BERKAITAN: 'Perang' selepas ramai gadis letak syarat ketinggian untuk bakal BF- "Kalau lelaki tak nak perempuan gemuk, rasanya pecah Twitter" Anak muda berusia 22 tahun itu bagaimanapun tidak menyangka video yang dikongsi meraih perhatian kerana tidak menganggap ketinggiannya sebagai sesuatu yang luar biasa. Syazwi ketika bersiar-siar dekat sebuah pusat beli-belah. "Saya mula sedar perubahan fizikal saya ketika usia lima tahun apabila sama tinggi dengan abang berumur sembilan tahun. Sekarang ni saya yang paling tinggi dalam keluarga. "Penerimaan mengenai ketinggian saya adalah berbeza di media sosial dan realiti. Mungkin netizen akan terkejut jika terjumpa saya tapi hakikatnya orang awam yang bertembung dengan saya hanya berkelakuan biasa," katanya kepada mStar. Syazwi yang merupakan anak kelima daripada enam beradik itu berkata, ketinggiannya itu memberi kelebihan kepadanya untuk bergiat aktif dalam sukan bola keranjang sejak 2018. Syazwi berketinggian 200 sentimeter. Namun, anak kelahiran Tasek Gelugor, Pulau Pinang itu menjelaskan bahawa dia belum pernah menceburi bidang peragaan disebabkan oleh ketinggiannya. "Tak pernah jadi model lagi. Tapi sejak video saya itu tular, sudah ada yang DM (mesej secara langsung) menawarkan saya untuk menjadi model bagi baju raya," ujarnya sambil menambah sedang mempertimbangkan tawaran tersebut. Aktif bermain bola keranjang. foto MABA Cup Pelajar Ijazah Sarjana Muda Petroleum Geosains di Universiti Teknologi Petronas (UTP) itu menyifatkan dirinya seorang yang kelakar dan sering berjenaka bersama teman-teman rapat. Maka tidak hairanlah perwatakan lucu dan ketinggiannya itu dikaitkan dengan bintang program Running Man juga pelakon popular Korea Selatan, Lee Kwang Soo. Mungkin netizen akan terkejut jika terjumpa saya tapi hakikatnya orang awam yang bertembung dengan saya hanya berkelakuan biasa. MUHAMMAD SYAZWI MAZLAN "Bila mereka samakan saya dengan Lee Kwang Soo, saya tertanya-tanya siapa pelakon Korea tu. Selepas dah tahu, barulah saya mengikuti program Running Man. "Persamaan mungkin kerana Lee Kwang Soo juga terkenal dengan ketinggiannya selain mempunyai karakter yang kelakar, tapi saya tetap berwajah Melayu," ujarnya. Mahu menceburi bidang peragaan dan lakonan sekiranya diberikan peluang. Mengulas lanjut, pemuda yang gemar menonton filem sains fiksyen itu tidak menolak sekiranya diberikan peluang untuk terjun dalam bidang lakonan. "Saya tiada pengalaman berlakon jadi saya perlu mengasah bakat terlebih dahulu dalam lakonan. Jika saya benar-benar berbakat, barulah saya terima tawaran berlakon. "Saya tertarik dengan pelakon Amelia Henderson kerana lakonannya yang bersahaja dan wajahnya yang cantik," ujar pemuda yang bercita-cita bergelar pakar geologi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)