SEBUT sahaja pocong, pasti kita terbayang sekujur tubuh berbungkus kain putih sebagaimana yang sering dipaparkan dalam filem-filem seram. Namun, bagaimana pula rasanya jika kita sendiri yang berhadapan dengan makhluk itu? Menurut seorang jejaka yang hanya mahu dikenali sebagai Badlisyah, dia turut berhadapan dengan makhluk itu di kediamannya di ibu negara. ARTIKEL BERKAITAN: Tiada gangguan, kelibat ketika photoshoot bunian, pelajar tak sangka ada isu lain selepas rakaman ARTIKEL BERKAITAN: Seram bertukar lucu gara-gara pocong berdiri atas helmet abang motor, “Kurang ajar punya hantu” Malah, dia turut berkongsi rakaman seram ke aplikasi TikTok sehingga meraih ratusan ribu tontonan. "Video yang dikongsi berlaku pada tahun ini. Sebelum ni pun pernah terjadi, tapi tak buat video. Kejadian berlaku di rumah bujang yang saya diami bersama rakan-rakan. "Bila lampu tiba-tiba terpadam, bulu roma berdiri, macam dah dapat tahu benda tu nak datang.Tapi benda tu pun tak ganggu teruk, sekadar main-main je. Kelibat seperti pocong yang melintas di dapur kediamannya. "Macam kisah hantu yang ketuk rumah orang tu, saya rasa ia suka perhatian. Kita tak akan berhadapan dengan benda tu. "Dia tunjuk jauh-jauh je. Dia tak akan keluar mengejut depan muka macam dalam filem seram," ujarnya kepada mStar. Menurut Badlisyah yang mengusahakan perniagaan produk kesihatan dan kecantikan, dia juga pernah terdetik untuk berpindah. Hanya orang yang alami je tahu. Ada juga video yang saya tak nak kongsi, sebab terlalu menakutkan. BADLISYAH Namun katanya, dia masih bertahan kerana gangguan yang berlaku tidaklah begitu teruk sehingga menjejaskan kehidupan hariannya. "Siapa je yang tak rasa nak pindah rumah? Tapi nak buat macam mana? Selagi tiada kejadian yang teruk, saya OK je. Kadang-kadang peti ais terbuka sendiri. Badlisyah berkata, dia turut berhadapan komen netizen yang tidak percaya akan kisah itu. "Kalau kita takut, dia lagi suka. Kita pun tak kacau dia. Kadang-kadang bila lampu terpadam, saya tegur je, minta jangan main-main sebab nak tengok tv," ujarnya berseloroh. Dalam pada itu, Badlisyah berkata ada netizen yang meragui video yang dikongsi olehnya. Kata Badlisyah, dia tidak kisah dengan pandangan netizen dan sekadar berkongsi video untuk suka-suka sahaja. Rakaman memaparkan pintu peti ais tiba-tiba terbuka. "Sampai tak terbalas komen-komen. Ada yang kata palsu. Terpulang kepada masing-masing. "Hanya orang yang alami je tahu. Ada juga video yang saya tak nak kongsi, sebab terlalu menakutkan. Saya pun pelbagaikan content di TikTok, tak naklah semua video seram je," ujarnya lagi. Dalam salah satu rakaman yang dikongsi Badlisyah, dapat dilihat kelibat putih seolah-olah pocong sedang melintas di bahagian dapur kediamannya. Untuk rekod, Badlisyah yang dikenali sebagai Badlisyah_bs memiliki 183,000 pengikut di TikTok. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! @badlisyah.bs View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)